Kojo Gomen.
Dari dulu otak ese diset untuk tidak terjerumus dalam
lembah pekojoan gomen. Tidak. Bukan tidak bagus.
Ese tidak suko kojo yang di ikat.
Macam lembu di cucuk idung.
Gaji terjamin. Ado kenaikan setiap tahun.
Kalau hujung tahun mungkin ado bonus.
Nak buat permohonan pinjaman pun sonang.
Tapi kojo gomen macam tu lah.
Kalu duduk atas, kono tokanan dari bawah.
Kalu duduk tongah2, laie la sakit kono tokanan dari dua arah.
Kalu duduk bawah, kalian tahu lah kan camno kan?
Kojo Swasta.
Masih jugok laie seperti lombu dicucuk idung.
Tapi bergantung pado skop kojo.
Kalau kalian dibidang pemasaran seperti ese,
mungkin kalian boleh bergerak kesano kemari.
Bebas. Tapi masih di dalam kandang yang luas.
Gaji kalian kadang totap. Tak bergerak-gerak.
Kalau nasib baik, duit claim boleh dapat cepat.
Tapi kalau nasib kurang baik, claim kalian yang dah
5 bulan pun belum dilunaskan. Jadi haraplah pado gaji
pokok yang tak seberapo. Cukup untuk kalian makan minum.
Kojo Sendiri.
Bebas. Takdo tali tercucuk dokek idung.
Mau pergi atau pulang kojo pukol berapo pun takdo orang kisah.
Bergantung cumo pado disiplin sendiri.
Bilo ado job, adolah gaji untuk makan.
Kalau takdo job, kalian bakal sasau mencari.
Risiko tinggi tetapi pulangan jugak tinggi.
Kalau kalian untung bosar, agih-agihlah pado yang memerlukan.
Barulah ado borkat dalam perniagoan.
Kalu nak buat pinjaman bank, agak rumit sikit lah.
Perlu itu ini baru boleh lopeh. Itupun kalau duit kat bank banyak.
Pengurusan kendiri mesti teratur, baru dapat menguruskan anak buah.
Bertambah lagi satu 'pengurusan' yang perlu kalian fikirkan.
Kalau kalian, mahu pilih yang mano satu?
Yang selamat tetapi terikat.
Yang bebas tetapi tersekat.
Yang luas tetapi berisiko tinggi.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 comment:
yang mana memberi rezeki yg halal.. itu la pilihan hati.. kerana rezeki yg halal itu membawa berkat dalam idup.. huhuhu..
keje sendiri best..takde kongkongan..sakit memang sakit bil job x masuk..akan tetapi...pandai2 la mencari ..janji niat....lagipon..mana ada bende senang dlm hidup ni..susah dulu..senang kendian...
yang pastinya
ketiga-tiga kerja itu juga mempunyai risiko. pendek kata.. berani ambil risiko apa pun boleh. Kalau nak cuba, cuba masa masih muda, cuba kala masih single. sakit sakit pun sendiri rasa bukan anak-anak dan keluarga.
Post a Comment