2.4.08

Apa Kejadah?

Luar Negara
Ahli Parlimen Belanda, si brengsek Geert Wilders sememangnyo
sialan menyiarkan filem pendek bertajuk 'Fitna' yang menghina agamo Islam.
Seluruh dunio mengutuk tindakannyo.
Duta Belanda di Malaysia, Lody Embrechts melahirkan raso kosal.
Terlajak perahu boleh la ekau kayuh undur balik jang oiii,
ni dah terlajak jet roket dah ni.

Dan kini, seluruh dunio Islam memboikot barangan dari negaro Belanda.
Beberapo barangan buatan Belanda :
Shell, Mentol Philips, Dutch Lady, Ferrero Rocher,Van Houten,
Knorr, Lady’s choice, Lipton, Wall’s, Planta, Fair & Lovely, Lux, Rexona,
Pond’s, Dove Clear, Breeze, Ben & Jerry’s, dan banyak lagi.

Mari samo-samo kito memboikot.


Luar Negara lagi
Siapo itu Sufiah Yusuf kalau di Salford, Manchester?
Penggomar seks bebas mungkin lobih mengonali beliau dongan Shilpa Lee.
Dodahan tabloid membuko mato rakyat kito terutamonyo,
yang dolu cukup berbanggo mempunyai permato harapan bangso.
Namun sekali tersilap langkah terjerumus, padah jawabnyo eh.

Mari samo-samo kito doakan mugo beliau kembali ke Malaysia.


Dalam Negara? ( ada jugak ruponyo )
Penyanyi tersohor yang merupokan adik kepado Kak Ziana Zain,
siapa lagi kalau bukan Anuar Zain. Kalian kenal?
Mungkin ado orang terkojut, mungkin ado orang tidak terkojut.
Malah menganggap itu adolah caro terkini yang lobih 'open minded'.

Ya. Inilah salah satu contoh penggunoan 'Matlamat Cuba Menghalalkan Cara'.
Sanggup buat apo sajo asalkan dapek mencapai matlamat.
Bagi ese, ini sungguh memalukan. Sungguh memualkan.
Kalau beliau bukan Islam, ese tidaklah semual sekarang.
Tetapi jelas, beliau mengenepikan agamo semato untuk peminat.

Dalam sedar atau tidak, tawaran beliau itu bakal mengajak masyarakat
sekeliling ( terutamo peminat beliau lah ) untuk turut samo berkongsi
habuan mencemar imej agamo Islam. Sungguh memalukan.
Kalau ini berlaku, apo tanggapan 'orang luar' tontang perilaku ini?

Berpuluh tahun dalam dunio hiburan, semakin berani bertindak-tanduk
tanpo memikirkan kesan dan natijahnyo. Dimano kematangan beliau?
Mungkin sudah tibo untuk beliau punyai 'sesorang' untuk menjagonyo.

Mari samo-samo kito doakan Anuar Zain sodar akan tindakannyo itu.

1 comment:

pHu YinG said...

Sepatut ea, ekau yang poie duduk atas ribo si nuar tu.. Hik hik hik! ;-p

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails