21.2.09

Blogging?

Ado ramai orang tanyo ese.
"Dah lama ker kau nulih blog ni.? Apa yang best nya ada blog?"

Huh. Soalan tipikal yang haruskah ese jawab.
Tapi sobab seringkali di soal.
Maka ondak tak ondak.
Ese jawab kek sini, biar orang rujuk kek sini yo.

Ese dikonalkan dongan dunio blog ni sekitar tahun 2002.
Maso tu penggiat penulisan secaro online tak sebut blog.
Mereko sebut Online Journal.
Sekitar tahun 2004 gitu lah kot, baru wujud perkataan Blog.
Yang mano shortform dari perkataan Web Log.

Ese menulis online journal pado tahun 2002 di Upsaid.
Tapi semuo entri itu sudah hilang.
Mungkin hard disk server upsaid maso tu corrupt barangkali.
Sehinggolah 2004. Banyak jugak ese menulih dokek situ.

Dan barulah ese dikonalkan dongan Blogger.com.
Ketiko zaman permulaan perkataan Blog.
Dan ese gunokan blog sekadar untuk jadikan diari online.
Menceritokan kisah diri sendiri. Dan cerita perihal semaso.
Untuk dijadikan kenangan dan mungkin juo jadikan pengajaran.

Rentetan dari isu pilihanrayo yang lalu.
Ramai orang berpolitik menggunokan medium blog.
Tak semena-mena. Dunio blog makin famous di Malaysia.
Walhal blog sudah pun hampir 10 tahun lebih wujud di negaro luar.
Yang mano maso tu dikonali dongan namo Online Journal.

Ramai orang tak kiro mudo, tuo, lelaki mahupun pempuan.
Kini sekurangnyo harus mempunyai blog.
Seperti kempen kerajaan dolu-dolu lah.
Satu rumah satu komputer.
Tetapi sekarang, Malaysia makin maju.
Bukan ajo satu rumah satu komputer yo.
Tapi paling tidak sekarang, satu rumah satu notebook.
Dan purata dalam sebuah rumah sekarang mempunyai 2 komputer.

Ado yang buat blog untuk tujuan sebagai diari peribadi.
Untuk berkongsi kisah kehidupan mereko dokek teman-teman.
Ado pulak yang buat blog untuk mencari duit atau bisnes.
Ado yang buat blog mungkin untuk mencari glemer.
Dan ado yang blog mereka untuk tujuan hobi seperti blog kelab-kelab tertentu.
Dan tidak kurang jugak yang buat blog untuk menipu orang atau mencari mangsa.

Ahli politik dulu yang tidak tahu guno komputer untuk melayari internet.
Kini bukan main expert lagi mereka menulis blog.
Mereko bulih tulis apo yo yang mereko mahu untuk kepentingan politik mereko.
Untuk meraih penyokong dan sebagainyo.

Tidak kurang jugak.
Artis-artis yang dulu tidak reti nak menaip langsung.
Tekan keyboard pun kena carik satu-satu huruf.
Tapi kini dah boleh menaip dongan lancar.
Blog digunokan sebagai berceghito tontang kisah sendiri.
Mahupun dijadikan sebagai ruangan untuk kelab peminat.

Makcik-makcik yang suko main masak-masak.
Pun sekarang boleh kemaskini masakan mereka dokek blog.
Boleh kongsikan resepi mereka untuk rakan-rakan.

Penipu di internet. Pun makin boleh berleluaso.
Mencari kaedah terbaru untuk mencarik mangso.
Nak menipu orang ramai dan meraih keuntungan.
Dan yang mano tak hati-hati, memang mudah terkono.

Bak kato. Makin canggih teknologi.
Makin hebat dan ponuh cabaran dunio ni.
Yang pandai guno teknologi.
Mungkin boleh berjayo.

Ese?
Ese kategori orang menulih untuk kepuasan sendiri.
Untuk ceghito diri sendiri.
Untuk bacaan maso mendatang.
Sobab bagi ese. Konangan itu penting.
Untuk ese abadikan.
Buat bekal.

4 comment:

Kakmim said...

utk tatapan di hari tua... ya! itu yg penting

Nanie Harris said...

Wah...camtu rupanya sejarah blog. byk point2 yg baik kat situ.

Nk mntk kebenaran boleh x nk amik point2 tu utk kursus blog kwn nanti?

Credit akan diberikan kepada 1001 malam! :)

Unknown said...

Boleh saja.. silakan bro....

Anonymous said...

drugmakers semesters address turning propertyto merchandise given supervisees ykhk today vlog
lolikneri havaqatsu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails