27.2.09

ABC

Di topi jalan bawah pohon redup.

"Ponah tak maso u kencing, tibo-tibo u terberak?"

"Eii.. apa la u ni. Orang tengah makan ABC ni."
"Ada ke tanya macam tu. Pengotor la u ni."

Geram sungguh Rina. Muko dah merah padam.
Rina cubit bahu kiri Darman. Kuat.

Darman terpekik.
"Adoiiii, jangan cubit kuat-kuat. Nanti i terberak."

26.2.09

Kasut Jaisi II



Jaisi tukar kasut laie tigo hari lopeh.
Kasut size 16.
Jaisi bawak bersiar-siar kojap.
Tak tahan lamo.
Jaisi tampak tak cun dongan kasut tu.
Warna putih silver.
Tak ngam dongan Jaisi yang kejambuan ni.

Hari ini. Ese poie balik kedai kasut Jaisi tu.
Ese tukar kasut size 17 balik.
Tapi jenis lain pulak.
Baru nampak ngam.
Ontah kasut ni boleh bertahan berapo lamo.
Pun ese taktau.
Ikut mood la yo.

24.2.09

Melambak

Tibo-tibo yo.
Kojo melambak dalam minggu ini.
Tidak sompek nak menulih dokek sini.

Tapi ese lobih suko.
Kojo melambak daripado takdo kojo.
Bilo takdo kojo, badan jadi lomau.
Mulolah diri ni dapat penyakit. Malas.

22.2.09

Driving

Ese. Tak suko bilo memandu.
Orang dokek sebolah menceceh tak tontu halo.
Pantang ese tokan laju sikit.
Pantang ese cucuk angin sikit.
Pantang ese mencilok sikit.
Bunyi mulut macam mak nenek.

Mengganggu konsentrasi ese nak mandu.
Paham tak?

Tatkalo jarum meter pado 180km/j.
Jangan sesekali ado yang cubo nak menceceh.
Memang tak pasal-pasal kono herdik dongan ese.
Apatah laie kalu ese tongah main cucuk angin dongan Merc dokek dopan.

Jadi. Pado penumpang Jaisi.
Silo pakai tali pinggang keledar.
Walaupun kalian duduk di belakang.
Wajib. Kalau tidak yang duduk bolah kiri boleh beralih ke kanan.

Kalian sodang berado dalam jentera rally.
Harap maklum.

21.2.09

Blogging?

Ado ramai orang tanyo ese.
"Dah lama ker kau nulih blog ni.? Apa yang best nya ada blog?"

Huh. Soalan tipikal yang haruskah ese jawab.
Tapi sobab seringkali di soal.
Maka ondak tak ondak.
Ese jawab kek sini, biar orang rujuk kek sini yo.

Ese dikonalkan dongan dunio blog ni sekitar tahun 2002.
Maso tu penggiat penulisan secaro online tak sebut blog.
Mereko sebut Online Journal.
Sekitar tahun 2004 gitu lah kot, baru wujud perkataan Blog.
Yang mano shortform dari perkataan Web Log.

Ese menulis online journal pado tahun 2002 di Upsaid.
Tapi semuo entri itu sudah hilang.
Mungkin hard disk server upsaid maso tu corrupt barangkali.
Sehinggolah 2004. Banyak jugak ese menulih dokek situ.

Dan barulah ese dikonalkan dongan Blogger.com.
Ketiko zaman permulaan perkataan Blog.
Dan ese gunokan blog sekadar untuk jadikan diari online.
Menceritokan kisah diri sendiri. Dan cerita perihal semaso.
Untuk dijadikan kenangan dan mungkin juo jadikan pengajaran.

Rentetan dari isu pilihanrayo yang lalu.
Ramai orang berpolitik menggunokan medium blog.
Tak semena-mena. Dunio blog makin famous di Malaysia.
Walhal blog sudah pun hampir 10 tahun lebih wujud di negaro luar.
Yang mano maso tu dikonali dongan namo Online Journal.

Ramai orang tak kiro mudo, tuo, lelaki mahupun pempuan.
Kini sekurangnyo harus mempunyai blog.
Seperti kempen kerajaan dolu-dolu lah.
Satu rumah satu komputer.
Tetapi sekarang, Malaysia makin maju.
Bukan ajo satu rumah satu komputer yo.
Tapi paling tidak sekarang, satu rumah satu notebook.
Dan purata dalam sebuah rumah sekarang mempunyai 2 komputer.

Ado yang buat blog untuk tujuan sebagai diari peribadi.
Untuk berkongsi kisah kehidupan mereko dokek teman-teman.
Ado pulak yang buat blog untuk mencari duit atau bisnes.
Ado yang buat blog mungkin untuk mencari glemer.
Dan ado yang blog mereka untuk tujuan hobi seperti blog kelab-kelab tertentu.
Dan tidak kurang jugak yang buat blog untuk menipu orang atau mencari mangsa.

Ahli politik dulu yang tidak tahu guno komputer untuk melayari internet.
Kini bukan main expert lagi mereka menulis blog.
Mereko bulih tulis apo yo yang mereko mahu untuk kepentingan politik mereko.
Untuk meraih penyokong dan sebagainyo.

Tidak kurang jugak.
Artis-artis yang dulu tidak reti nak menaip langsung.
Tekan keyboard pun kena carik satu-satu huruf.
Tapi kini dah boleh menaip dongan lancar.
Blog digunokan sebagai berceghito tontang kisah sendiri.
Mahupun dijadikan sebagai ruangan untuk kelab peminat.

Makcik-makcik yang suko main masak-masak.
Pun sekarang boleh kemaskini masakan mereka dokek blog.
Boleh kongsikan resepi mereka untuk rakan-rakan.

Penipu di internet. Pun makin boleh berleluaso.
Mencari kaedah terbaru untuk mencarik mangso.
Nak menipu orang ramai dan meraih keuntungan.
Dan yang mano tak hati-hati, memang mudah terkono.

Bak kato. Makin canggih teknologi.
Makin hebat dan ponuh cabaran dunio ni.
Yang pandai guno teknologi.
Mungkin boleh berjayo.

Ese?
Ese kategori orang menulih untuk kepuasan sendiri.
Untuk ceghito diri sendiri.
Untuk bacaan maso mendatang.
Sobab bagi ese. Konangan itu penting.
Untuk ese abadikan.
Buat bekal.

20.2.09

Nusajaya

Pagi-pagi.
Ese kono terjah jugak kesano.
Ondak tak ondak, kono rodah juo.

Ese taktau jalan.
Yang ese tahu, Nusajaya dokek area Gelang Patah.
Ikut jalan pintas la kononnyo.
Sampai dokek Gelang Patah.
Sepatah haram sign-board pun takdo.
Ese dah buat tawaf kat situ.

Ese cubo laie jalan lain plak.
Lalu kot lobohrayo.
Sekali tengok macam dah boto yo jalan ni.
Dokek tongah-tongah loboh rayo tu.
Ado fly-over. Atas tu jalan Second Link.
Highway nak ke Singapore.
Dokek situ baru ado satu sign-board bosar.
Tulis "Bandar Nusajaya".

Sampai dokek ujung.
Dah masuk area Nusajaya.
Tapi kawasan lapang tanah gersang.
Pun masih belum nampak apo-apo bangunan kerajaan.
Malah masih belum ado apo-apo sign-board.
Jenuh boto ini macam.

Ese rodah laie.
Jalan pun banyak tutup pakai kon merah.
Dah duo kali round-about ese rodah.
Akhirnyo baru nampak bangunan tak berapo nak siap.
Masih kontraktor dok buek kojo.
Nampak bosar dan menarik jugak.
Ado kubah laie.

Alamak. Banyak pulak tutupnyo.
Nak parking dokek mano.
Tawaf punyo tawaf.
Sekali tengok ado beberapo keto parking kek atas jalan.
Di kawasan dataran luas.
Ese parking jugak lah situ.

Bilo menjongah masuk bangunan yang masih berserabut.
Ese tengok ramai laie kontraktor.
Ado yang dok godek sano sini.
Ado tukang pasang karpet dongan bau gam memeningkan kepalo ese.
Ado yang pasang staging manjang repair bumbung.

Dalam hati.
"Apokobondo la gomen Johor ni. Bangunan dan jalan bolom siap sepenuhnyo laie. Dah nak kerah kakitangan pindah masuk ke Nusajaya ni. Yang susahnyo sapo?"

19.2.09

Cakap Tak Fikir

Arakian.
Ampeh sungguh.
Itu yo ese bulih katokan.
Pado makhluk yang tak punyo pendirian.
Malah otak yang cerdik pun masih tak boleh guno pakai.
Untuk keluarkan kenyataan bodoh. Piang.

Ari ni.
Ese terboli koran jenamo tempatan.
Ese terbaco satu berito hangat terkini.

"Kerajaan negeri Pasir Berdengung akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana dikehendaki rakyat."

Owh damn. Lagu mano dio bulih keluarkan kenyataan 'dikehendaki rakyat'?
Butokah mato dio nih bilo mano ado perhimpunan yang dio anggap haram.
Untuk membantah dan tidak merestui pentadbiran ala lanun ni.

Dan 'rakyat' mano yang beliau maksudkan mengkehendaki itu?
Kalu cumo sebilangan rakyat. Adakah itu boleh diambil kiro?
Bagaimano pulak dongan sebilangan rakyat lain yang 'tidak mengkehendaki' pun?
Adakah dio telah membutokan mato sendiri untuk tidak melihat sebilangan lagi tu?

Argh..sonang cerito. Ampeh totap ampeh.
Lagu mano nak orang hormat.
Kalu yang bijak pandai dan nombor satu dalam gelandangan.
Pun masih tidak pandai menggunokan otak sendiri.
Barangkali otaknya lebih kecil dari bijik matonyo sendiri.
Macam burung unta.

Bikin malu ese yo Pok Akob ni.
Lenkali nak main game Civilian.
Biarlah bijak menggunokan otak.
Baru rakyat suko.

13.2.09

Burger

Burger kat dopan Tujuh-Sebelas kat tompek ese.
Memang sodap. Menjilat jari.

Dolu. Maso ese masih belaja.
Kalu bebudak nak stay-up.
Burger jadi makanan supper.
Waktu tongah malam perut lapar.

Kalu sorang tak beli 2 bijik burger.
Memang tak sah.
Selalu ese yang poie beli.
Dan sekali beli.
Sudah pasti tidak kurang dari 10 bijik.
Dan 2 botol bosar air bergas.

Ado burger King, Queen, Single, Double.
Dan ado jugak Benjo. Dan hot-dog.
Ese selalu posan Burger Ayam Special.
Dongan sebijik Hot-Dog.

Ah..tibo-tibo perut ghaso lapar.

12.2.09

Phuket


Ese teringin nak poie Phuket.
Dongar kobar dan lihat ghupo.
Nampak macam menarik.

Pantainyo yang indah.
Pulaunyo bak syurgo duniowi.
Sesuai untuk menonangkan jiwo.

Ado mano-mano awek single yang mahu ikut?
Tambang bayar sendiri yo.
Bilik kongsi. Auwww.

10.2.09

Sepi

Baru sehari lopeh.
Ese menonton Sepi dokek rumah.
DVD yang dibeli 3 minggu lopeh.
Sorang-sorang.
Apa barang nonton Sepi ramai-ramai.
Tak sepi la bai...

Ese suko jalan cerito dalam Sepi.
Cerito permulaan dah nak penghujung.
Cerito terakhir masih kek tongah-tongah.
Dan cerito yang hujung duduk di permulaan.

Haaa.. mulo-mulo ese tak dapek nak tangkap.
Tapi bilo nonton sampai abis.
Baru ese paham bagaimano pengarah merangkaikan keseluruhan cerito.
Tidak samo macam cerito Cinta yang dulu tu.

Sepi.
Ese memang sepi.
Tapi ado orang posan.

"Kalau sepi, dekat-dekatkan lah diri dengan DIA".

5.2.09

Batuk

Demam dah nak kebah.
Batok pulak datang menjengah.
Dah memang lumrah.
Pakej sekali. Murah.

Masih tidak punyo mood.
Untuk membuat design.
Sudah lamo terbengkalai.
Garo-garo virus demam.
Hancus segalo kojo terbarai.

4.2.09

Em-see

Bunyi penggera tidak kedengaran.
Ontah ese tidor atau mampos.
Badan lunyai di haruk virus.
Rimas.

Gagahkan bangun. Mencapai henpon.
Sudah banyak 'missed called' tertera.

"Em-see today, i'm collapsed on my bed"

Dan ese membongkang sampai matahari dah ke hulu.
Badan masih lesu. Nak makan pun tak lalu.
Tapi kono la mandi dolu.
Baru tak ghaso berbulu.

Makan totap kono makan.
Kalu tak makan, boleh pengsan.
Keluar poie pokan.
Nak cari apobondo boleh ditelan.
Alih-alih, roti jugak jadi pilihan.

Ubat mesti makan ikut jadual.
Nanti virus tak terkawal.
Bilo dah tolan, mudah tido awal.

3.2.09

Demam

Seusai mesyuarat tergompar.
Di mejo bulat.

Ese membukam di mejo segi di bilik lohong.
Penghawa tidak berapa nak dingin.
Mujur.

Hidung sudah tersumbat.
Satu hari tiado apo yang dapek difokuskan pado kojo.
Melainkan fokus terhadap cecair mukus likat di rongga.

Badan sudah nak demam.

2.2.09

Kertas Kerja

Mungkin pertamo kali.
Atau ke sekian kali.
Tidak kepastian barangkali.

Kertas kojo yang ese bontangkan.
Seawal jam 8am.
Di terimo pakai sepenuhnyo.
Untuk satu projek mega.
Yang berlangsung selama 6 purnamo mendatang.

Dan selamo 6 purnamo.
Segalo progress, dibawah kawal selio ese.
Bertambahlah satu beban kojo.
Yang sedio ado.

Itulah lumrah hidup di dunio.

Dolu. Ese suko join MLM.
Hampir 8 tahun ese bergelumang dongan dunio MLM.
Yang bagus. Yang tak bagus.
Selok belok MLM dari segi marketing strategy, word of mouth dan market planning.
Semuo ese kaji satu persatu.
Sampai ado satu tahap.
Ese boleh keluarkan satu e-book berkaitan dunio MLM.

Kerano itu. Bilo ese jumpo dongan orang yang buat MLM.
Dari sebutan pertamo mereko.
Lenggang lenggok gayo bahaso mereko.
Dari mulo dorang nak memasang umpan.
Bak kato pepatah.
Sekilas ikan di air.
Ese tahu jantan pondannyo.

Tetapi, tidak dinafikan.
Bisnes MLM ini amat bagus.
Kalu ia menerapkan bisnes yang berunsurkan bisnes.
Yang sebonar-bonarnyo.
Bukan sekadar menggunokan pendekatan People Money Manipulation.

Apobondo tu People Money Manipulation?
Nanti ado mood, ese cerito lobih details laie.

Related Posts with Thumbnails