Budak-budak Capturepixs ni kobar,
"ayares tuh kalau eksiden, kitorang dah tak terkejut dan tak heran sangat dah"
Sojak ese memeliharo Jaisi, dah ompek kali Jaisi menyondol dan disondol.
Ado main belakang, ado main tepi.
Memang gay sungguh si Jaisi nih. Heh!
Seingat ese, kali pertamo Jaisi 'main belakang' dongan V6.
Maso tu jalan jammed. Kejap henjut-henjut.
Sekali henjut tak sempat tekan brek.
Terus sondol. Terangkat boot depan Jaisi.
V6 tu pulak tercabut bontot belakang.
Kuat jugak Jaisi menyondol walaupun slow and steady .
Kali keduo pulak ghasonyo mamat naik motor dongan awek dio.
Malam. Ese nak buat u-turn dokek Jalan Kolam Air.
Maso tu ese poie fetch Dr. Faisal nak poie mengeteh dokek Danga Bay.
RXZ tu sondol pintu drebar. Nasib baik cermin tak pocah.
Tapi maso tu tibo-tibo tayar pancit. Kono kejadah apo ontah dokek motor tu.
Jenuh ese dan Dr. Faisal menukar tayar ganti dokek dalam golap.
Bersuluh lampu jalan yang suram.
Kali ketigo dokek simpang Jusco Taman Universiti.
Kebiasaannya kalau dari arah Pulai Utama,
mahu ke Taman Universiti, sememangnyo jalan tu boleh terus jalan.
Tiada garisan untuk berenti.
Tetapi di dalam Waja hitam tu, seorang wanita berbangso India.
Memandu perlahan dan tibo-tibo berenti.
Ese yang sodang memandang ke kanan mahu melihat kereto yang datang.
Dan menyangko Waja tersebut terus jalan. Ruponyo berenti.
Tidak sompek nak brek laie dah.
Dan Jaisi sekali lagi main bontot. Tak puas barangkali dongan V6.
Kali ni Jaisi memilih Waja. Kopak jugak bontot Waja.
Buat pemeriksaan di pusat rawatan di Skudai Baru.
Kali ke ompek ponah disiarkan di blog ini gambarnyo. ( Rujuk : SINI )
Muko dopan Jaisi hancur terus. Terbabas dalam hujan.
Maso tu mau copek-copek menghantar sebuthargo ke Pasir Gudang.
Jaisi main tepi dongan pembahagi jalan.
Dan kerano itulah, budak-budak Capturepixs kobar,
"ayares tuh kalau eksiden, kitorang dah tak terkejut dan tak heran sangat dah"
Ese tidak ponah menyalahkan sesapo.
Kalau orang pikir bukan-bukan.
Bilo ese tidak membalas sms.
Ado yang kato ese dah taknak berkawan laie.
Ado yang kato ese ni sekarang dah sombong.
Ado yang kato ese tongah dok dating.
Dan yang berfikiran lobih dari itu pun ado.
Nak tergolak pun ado ese membaconyo.
Tapi hakikatnyo, ese sendiri yang tahu.
Sudah beberapo kali ese masuk kilang itu.
Wajib melapor diri di pondok pengawal.
Dan wajib memakai kasut. Ya. Kasut dan bukan sandal.
Diberi satu 'topi keras' berwarno biru.
Khas untuk pelawat.
Dan satu tag yang perlu digantung pado baju.
Ese melawat tapak. Untuk projek CCTV.
Seluruh kilang itu.
Dan sudah pasti ese membawo Lumix kesayangan.
Milik kompeni.
Dan seringkali itu jugak lah.
Semuo bangla dokek dalam kilang itu.
Melihat ese semacam ajo.
Dan takut-takut.
Mungkin mereko sangko.
Ese ini wartawan.
Mahu membuat liputan.
Dan tatkalo ese lalu sebolah mereko.
Dengan segero mereko menjadi rajin dan tekun membuat kojo.
Dan ese shoot dan shoot.
Walaupun kasut hitam ese dah berdebu.
Ya. Kasut dan bukan sandal.
Kadang-kadang ghaso macam nak idup sondirian yo.
Susah bonar nak puehkan hati semuo orang.
Terutamo orang yang dokek dan rapat dongan kito.
Serbo salah dibueknyo.
Bak kato pepatah.
Ditolan mati omak, diluah mati bapak.
Perkaro kocik jadi bosar.
Makan ati berulam jantong.
Kalau ulam pucuk rajo tu best la jugak.
Mengharapkan bondo yang simple dari orang.
Bukan semudah yang kito sangkokan.
Walaupun pengharapan itu cumo sekecil kuman.
Selagi orang tidak dapat menilai kehidupan kito.
Selagi itulah harapan tinggal harapan.
Dan haruskan kamu terus bersorah pado takdir semato?
Date : 24 July - 03 August 2008
Venue : Plaza Angsana, Johor Bahru.
Mari meriahkan karnival ini beramai-ramai.
Pelbagai acara yang disediakan setiap hari termasuk persembahan dari peragawati
dan peragawan yang menggayakan fesyen terbaru dari butik-butik yang menyertai karnival ini.
Temui kami di Booth 1 ( near the Main Entrance ),
dan dapatkan pakej promosi istimewa sepanjang minggu ini.
Atas apo yang kamu buat, sudah pasti kamu akan menerimo balasan.
Samado baik mahupun buruk. Semuonyo kamu bakal terimo.
Dan sekarang. Perlukah kamu sosal atas apo yang kamu buek?
Bak kato pepatah, Sosal Dolu Pendapatan, Sosal Kendian Takdo Gunonyo Aih.
Menangis air mato darah sekalipun, kamu takkan dapek nak undur waktu.
Yang kamu harus buek sekarang.
BERUBAH.
Duo bondo ni sekarang dah berado dokek Capturepixs Studio.
Satu yang kocik, dan satu laie yang bosar.
Yang kocik dan comel untuk budak kocik.
Yang bosar dan gedabak untuk budak bosar.
Setolah terkono racun dari rakan.
Akhirnyo rebah menyembah bumi juo.
Terbanglah not-not ungu melayang.
Tersenyum riang si jurujual yang lurus bendul.
Yang bosar masih poning kepalo.
Teruja dongan paparan yang bosar.
Sampai mulutnyo tak beronti diam.
Dari petang bawak ke awal pagi.
Ubah gayo hidup.
Kato pemimpin kami.
Lalu kami pun mengubah gayo idup.
Menyahut seruan pempimpin kami.
Dongan tidak menyokong Bill Gates laie.
Kerano Bill Gates menipu kami.
Untuk bagi duit bilo meng'forward'kan email berantai.
Muahahahaahaha.....
Dio berjalan melintas jalan.
Berpimpin tangan. Erat.
Bukan satu. Tapi tigo budak kecil.
Satu dalam dukungannyo.
Anaknyo ker tu?
Di tangan kiri, tergantung satu beg plastik.
Warno merah. Bosar.
Ontah apo isi, takdo sapo yang tahu.
Panas. Takdo sapo yang berenti.
Mahu tumpangkan dio.
Setiap hari. Begitulah.
Ado orang kato, itu sindiket.
Untuk menagih belas ihsan orang.
Bilo ado yang tumpangkan,
sedikit sebanyak pun dihulurkan jua not-not merah.
Lantaran kesian melihat nasib si anak kecil.
Menahan hujan dan panas.
Setiap hari. Begitulah.
Tajuk pun sudah buat orang ramai teruja.
"Hari ini memerintah, esok harga minyak turun".
Kau menarik, tertarik, kau memang dabomb.
Dua pendebat, Datuk Seri Anwar Ibrahim versus Datuk Ahmad Shabery Cheek .
Rakyat melihat, mendengar dan menilai.
Lalu Nabil pun cakap, Lu Pikir Sendiri La Beb.
Dan ese pun pikir dan pikir.
Economist+Politician vs Policitian ajo.
Ekorang agak2, sapo punyo hujah yang paling bernas dan berfakta?
Dan Sabery sibuk menghantam peribadi Anwar. Berulang kali.
Walaupun Anwar seringkali memberitahu, beliau takkan membalasnyo.
Dan ese respek dokek Anwar, kerano beliau sempat lagi berjenako tatkalo
hangat di sebolah dalam dadonyo. Beliau sempat lagi tersenyum sambil tepok dahi.
Ese bukanlah pemerhati politik tanahair. Ese jugo kurang minat nak ambil tahu
tentang politik tanahair. Tetapi kalau menyentuh isu semaso yang hangat ini,
ese cubo menilai sendiri mengikut kemampuan akal.
Yang mano ekorang raso bernas, telus dan berfakta. Kalian boleh nilai sendiri.
Ayat yang paling best,
"KENAIKAN HARGA MINYAK YG MENDADAK. TIDAK MENAIKKAN KADAR INFLASI.
ITU TEORI EKONOMI SAPA YG AJAR TU ??? - tanyo Anwar dalam nada sinisnyo.
Fakta :
- ayat paling banyak di sebut Sabery : "ini adalah masalah global"
- ayat paling banyak di sebut Anwar : "kenaikan mendadak membebankan rakyat"
Technorati Tags:
Anwar Ibrahim, Sabery Cheek, Debat Khas, Astro Awani, Debat Minyak Naik, Debat at Astro Awani, Anwar vs Sabery, Debat, PKR vs BN
Wahai gadis-gadis di luar sano.
Ese jarang sms manusio terlebih dahulu, jika takdo apokohal.
Bukan pado kalian ajo. Turut merangkumi semuo termasuk keluargo ese.
Jadi. Kalau kalian tidak dapat sms dalam jangko maso lamo.
Kalian lah sms ese dulu.
Amcam? Ada ciri-ciri egoistic tak?
Tidak. Itu ciri-ciri lelaki pemalu.
Hahahahaha..
Musim durian dah tibo. Tepi jalan penuh peniago bukak gerai temporary.
Entah ado lesen atau tidak. Semuo main rodah yo.
Itu. Tidak heran sangat. Kalau ese ado kebun durian pun.
Ese akan jual jugak. Tepi jalan yang ramai orang lalu.
Tapi yang ese heran ni.
1km kereto berderet jalan macam siput. Kadang terhenti-henti.
Ado kemalangan kah dokek dopan?
Ado lori muatan berat kah dokek dopan?
Ado beca roda tigo kah dokek dopan?
Melepasi beberapo gerai jualan mega durian tepi jalan.
Yang ado beberapo kerat manusio dok meraso durian sogar.
Yang sibuk belek dan selak buah berduri itu.
Terus jalan yang tadinyo sosak, dah boleh pecut laju sikit.
Lengang terus.
Adushh... orang Malaysia ni. Orang jual durian tepi jalan pun nak tengok ka?
Orang makan durian pun nak tengok ka?
Sampai perlahankan kereto masing-masing.
Kalau Angelina Jolie atau Maya Karin ko yang dok jilat durian tepi jalan tu
buat ekorang perlahankan kendoraan tu takpolah jugak.
Ese pun akan join perlahankan samo. Malah mungkin akan berhenti buat-buat
nak beli durian.
Maya Karin punyo pasal. Muahaha
Walaupun ese tak minat makan durian.
Fakta benar : ese hanyo mampu makan durian maksima sebanyak 5 ulas yo.
Ahad lopeh, ese menganjurkan sesi picnic di Batu Layar bersamo dongan
geng dari Photoskool bolah selatan ni.
Seramai 20 orang lobih kurang yang hadir memeriahkan sesi santai sambil ber-barbeque
di tepi pantai. Dan ado banyak laie makanan yang dorang bawak.
Sekali-sekalo poie picnic ramai-ramai pun best. Boleh release tensen walaupun ponat.
Sambil mandi-mando dokek laut, dorang sompek jugak buek photoshoot.
Alang-alang takdok model yang ese sediokan buek dorang ni, ese me-volunteer-kan
diri untuk menjadi model of the day.
Walaupun panas bangat dan gatal-gatal kat tengah lalang tu, tapi ese lihat dorang
semuo seronok dan tak henti-henti dok snap.
Dan dorang bergilir-gilir menjadi model.
Iyolah, selalu asyik dok shoot model ajo. Kali ni biar dorang pulak yang jadi model.
Baru tahu betapo sekso menahan panas dan seksonyo nak posing.
Ese ucapkan terimo kasih pado rakan-rakan yang turut serto. Kalian memang besh.
An outdoor portraiture during picnic at Batu Layar, Johor. - photo : Fendy
Sabtu lopeh, alang-alang ese takdo job wedding.
Ese ajak Din dan rakan-rakan poie shoot model.
Tapi sobab pagi-pagi tu baru ese sms last minute,
jadi ramai lah yang masih tido atau dah ado hal lain.
Jadi yang join hanyolah Din dan Rozek serta sorang kawan Rozek.
Kitorang buek photoshoot ni dokek Taman Bunga Istana, Johor Bahru.
Din cubo gitau ese untuk bawak konsep green and natural dalam
sesi kali ni. Dan menjajau lah kitorang carik kawasan yang penuh kehijauan.
Sesi start pado jam 10.00am dan habis sekitar jam 11.30am.
Tak lamo pong coz shoot 1 lokasi tu sekejap-sekejap yo.
Dapek lah dalam tigo lokasi yang kitorang shoot.
Banyak bermain dengan angle dan more to half body potraiture.
Dan dalam eksperimen pado sesi kali ni ialah menggunokan
Aperture Priority pado F2.8 hinggo F4.0 dan jugak
di minuskan EV kepado -0.3 .
Ok, untuk pengetahuan ekorang. Model ni baru berumur 17 tahun.
Spm la dio tahun nih. Tapi she's look more matured than her age.
Caro percakapan beliau pun menunjukkan kematangan beliau.
Diakui oleh Din Pawaka.
Nadia Hana, friend of mine come from Muor.
Another photo for Nadia Hana, please log on to my FLICKR.
Ese: Bang, ooo bang. Jangan la saman bang. Baru jer park kejap. Tak sampai seminit pun.
Pak Polisi: Saya dah tulis dah. Saya tunggu sini dah lama dah. Bayar jer kompaun.
Cis. Tunggu lamo kejadah. Ese parking tepi kereto lain, angkat Pc kat bonet.
Bawak masuk kedai. Orang kedai tulis service note. Ese keluar.
Tengok-tengok Pak Polisi dah tulis saman.
Apo salah kalau ekau ketok pintu kedai tu.
Bukan orang parking suko-suko yo dokek situ.
Fikir la logik. Jangan sibuk dok pikir ekau tu berkuaso.
Memang haramjadah sungguh. Dah takdo parking, camno ese nak antar PC.
Bukan lamo pun. Tak sampai seminit masuk kedai tu.
Ni yang buat ese hangin ni dongan Pak Polisi ni. Takdo hati perut ka.
Kalu zaman minyak murah nak saman, tarak hal lagi.
Ni zaman minyak mahal camni pun sibuk nak menyaman orang.
Masalahnyo, kat dopan SPACE-UTM tuh berlambak kenderaan parking
macam haramjadah bersepah sampai susah nak lalu.
Takdo pulak polis nak poie amik tau.
Memang mangkok betul Pak Polisi ni. Yang bakal buat ese anti dongan PDRM ni.
Bukan membantu. Tapi mengambil kesempatan pado insan lomah.
Montang-montang ekau ado kuaso.
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
My Blog List
-
72 RANCANGAN B2 weeks ago
-
my promise to try..6 years ago
-
Artis baharu popular7 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan9 years ago
-
-
Azam Eden.11 years ago
-
muhdrushdi11 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama12 years ago
-
Money as grow12 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture12 years ago
-
-
My Album13 years ago
-
Rindu...14 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-