30.7.08

Jaisi Lagi?

Budak-budak Capturepixs ni kobar,
"ayares tuh kalau eksiden, kitorang dah tak terkejut dan tak heran sangat dah"

Sojak ese memeliharo Jaisi, dah ompek kali Jaisi menyondol dan disondol.
Ado main belakang, ado main tepi.
Memang gay sungguh si Jaisi nih. Heh!

Seingat ese, kali pertamo Jaisi 'main belakang' dongan V6.
Maso tu jalan jammed. Kejap henjut-henjut.
Sekali henjut tak sempat tekan brek.
Terus sondol. Terangkat boot depan Jaisi.
V6 tu pulak tercabut bontot belakang.
Kuat jugak Jaisi menyondol walaupun slow and steady .

Kali keduo pulak ghasonyo mamat naik motor dongan awek dio.
Malam. Ese nak buat u-turn dokek Jalan Kolam Air.
Maso tu ese poie fetch Dr. Faisal nak poie mengeteh dokek Danga Bay.
RXZ tu sondol pintu drebar. Nasib baik cermin tak pocah.
Tapi maso tu tibo-tibo tayar pancit. Kono kejadah apo ontah dokek motor tu.
Jenuh ese dan Dr. Faisal menukar tayar ganti dokek dalam golap.
Bersuluh lampu jalan yang suram.

Kali ketigo dokek simpang Jusco Taman Universiti.
Kebiasaannya kalau dari arah Pulai Utama,
mahu ke Taman Universiti, sememangnyo jalan tu boleh terus jalan.
Tiada garisan untuk berenti.
Tetapi di dalam Waja hitam tu, seorang wanita berbangso India.
Memandu perlahan dan tibo-tibo berenti.
Ese yang sodang memandang ke kanan mahu melihat kereto yang datang.
Dan menyangko Waja tersebut terus jalan. Ruponyo berenti.
Tidak sompek nak brek laie dah.
Dan Jaisi sekali lagi main bontot. Tak puas barangkali dongan V6.
Kali ni Jaisi memilih Waja. Kopak jugak bontot Waja.
Buat pemeriksaan di pusat rawatan di Skudai Baru.

Kali ke ompek ponah disiarkan di blog ini gambarnyo. ( Rujuk : SINI )
Muko dopan Jaisi hancur terus. Terbabas dalam hujan.
Maso tu mau copek-copek menghantar sebuthargo ke Pasir Gudang.
Jaisi main tepi dongan pembahagi jalan.

Dan kerano itulah, budak-budak Capturepixs kobar,
"ayares tuh kalau eksiden, kitorang dah tak terkejut dan tak heran sangat dah"

2 comment:

AIN NAZRI said...

huh seb baik Jaisi tak merajuk.. dah 4 kali berlaku kecederaan.. hehehehe.. kalau majuk.. tuan nya prepare ler.. beli kete baru..ahakkss

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails