Sojak awal tahun. Sepatutnyo cek tu dah dikeluarkan.
Memandangkan sudah melobihi tempoh budi bicaro pembekal.
Walaupun terma cumo 30 hari. Tetapi atas kebaikan lah sangat hati ese.
Dan budi bicaro. Ese mampu bertahan untuk selama 90 hari.
Bayangkan. Ado syarikat mano yang sanggup untuk terma 90 hari?
Bagi satu projek yang berkeuntungan tidak mencocah 20%.
Projek berlangsung sekitar Oktober 2008.
Selepas budi bicaro 90 hari berlalu.
Ese seperti biaso akan mengojar hutang dari client.
Kerano disitulah lotaknyo keuntungan yang sedikit itu.
Buat menampung overhead syarikat.
Namun. Tika saat ini. Sudah lobih 180 hari berlalu.
Sebarang status tontang pembayaran, usahkan samar-samar.
Tetapi bayang pun tidak kelihatan.
Hati usah cakap. Walaupun bergelogak, namun masih waras.
Masih laie berlembut demi menjago hubungan perniagaan.
Jumlahnyo tidaklah seberapo.
Tetapi kehairan melando tatkalo terjadinyo pembelian baru.
Namun pembayan yang tertunggak sekian lamo.
Seolah seperti diabaikan begitu yo.
Tanpo ado usaho untuk membuat pembayaran.
Walaupun pembayaran deposit pembelian baru sudah terlaksano.
Harus? Siapokah bertanggungjawab.?
Bagi menggalas baris patah...
"Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut".
Yang membuatkan ese hilang kesabaran.
Bilo mano merujuk kepado bahagian kewangan.
Mereko seolah melopehkan tangan begitu yo.
Dongan memberitahu bahawo pegawai atasan bolum laie memberi maklum-balas.
Maklum balas apakah yang harus ditunggu sehingga 180hari?
Tetapi bilo ese mintak nak bercakap dongan pegawai berkonaan.
Berbagai alasan diberikan. Cuti? Out-station? Meeting?
Ese cumo mahukan status. Bukan suruh sign cek tu on the spot.
Berikan satu tarikh yang tepat untuk ese poie mengutip cek.
Itu yo. Bukannyo dongan memberikan harapan kosong.
Minggu hadapan. Minggu hadapan. Minggu hadapan.
Sudah berminggu-minggu berhadapan pun dah berlalu.
Adakah ayat yang sama mahu diulang lagi dicorong telingo ese?
Inilah. Diberi muko. Dipijak-pijak.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 comment:
haihh.. lambat bayar meme parok ahh.. :P
sedak time demo ado dulu guu....
kok lambek bona sok..jgn warikh pijak2 an kepalo org tuh plak...nayo jer sok..lompang takpo...hehehheheh
Post a Comment