Mano eden menghilang?!?
Lamo eh eden tak update blog eden nih.. ado jugok yang tertanyo2 kemano eden poie sbb kat shoutbox pun eden tak reply.. takpe.. takpe.. kini eden kembali utk menjawab segalo persoalan di minda pembaco semuo..
Actually, seminggu lepas eden btol2 busy ngan kojo eden. Maklum la outlet baru bukak mako ramai la customer yang datang.. dengan itu eden pun menjadi mangso keadaan yang terpakso kojo sampai 14 jam sehari.. start dari kol 9am hingga la 11pm.. tp ado rehat la dalam 2 atau 4 jam.. eden tak sempat nak balas msg kat shoutbox, apatah laie nak mencorat coret utk entry terbaru eden. Pagi2 dah poie kojo.. balik malam lak badan dah ponat, mandi dan terus tido. Kalu sempat bukak computer pun waktu pagi la sebolum eden poie kojo.. waktu malam time balik kojo mmg tak sempat nak bukak sbb bila bukak computer jerk.. mata eden dah kuyu dan asyik dok tersengguk2 depan computer.. jadik eden terus melentangkan diri yang ponat ini...
Membowlingkan Diri..
Dah lamo eden tak main bowling.. tp disebabkan boss eden En. Zainal dok ajak soh jadik partner dalam team dio, mako eden dongan rela hati la untuk menyumbangkan tenago. Eden segan sebonarnyo sbb eden kurang yakin ngan diri sendiri. Almaklum la dah setahun eden tak trainning bowling.. kalu main pun hanya satu or dua game jerk ngan memember.
Boss soh turun Sunway Pyramid pado 6hb utk main dalam tournament AyAmas Food Corporation Berhad ( AFCB ). Pastu eden setuju ajo la sbb dapat cuti 2 hari utk poie ke KL.
5hb Jun, eden kojo pagi sampai petang dan malam terus eden chow ke KL. Eden poie bertigo ngan member eden, Ameri dan Blue. Kitorang poie KL naik ketapi sbb Blue blom ponah laie naik ketapi sbb dia orang Sabah. Keretapi Senandung Malam dari Singapore ke KL bertolak dari JB kol 11.15pm. Kitorang dok seat yang agak berjauhan. Eden lak dok sebelah Indian.. malas nak layan eden terus bantai tido sbb ponat kojo.
Sodar2 ajo dah kat area KL.. apo laie.. kitorang sumer sampai kat KL Central dalam kol 6.45am.. member eden kat KL, si Haq lak amik kitorang dan terus poie sarapan kat area Pandan Jaya. Then terus balik ke umah Haq kat Bandar Sri Damansara. Ini merupakan kali kedua eden sampai ke rumah Haq. Terus membongkangkan diri tanpa sedar pepe.. eden dah set alarm.. kol 2pm eden bangun sbb nak kena poie ke Sunway Pyramid lak.
Di pendekkan citer yang ntah pepe ini.. tournament AFCB tuh start pada kol 7pm sbbnyo sebelum tuh ada tournament dari company menda ntah.. eden lupo. Team eden di namokan dengan namo RAR iaitu Rasa Ayamas Restaurant. Very simple name that choose by En. Zainal selaku ketua team. Rata2 peserta adalah dari bahagian office AFCB dan hanya team eden jerk la dari Restaurant.
Tournament nih memula lawan 2 games utk tentukan kumpulan A dan B.. kiranya kumpulan A adalah hardcore dan kumpulan B lak kumpulan novice.. supaya adil. Semua team ada 32 team. Dan kumpulan eden termasuk dalam kumpulan A.. alamak.. dalam hati eden dah agak tentu susah nak lawan team A yang lain, tentu power2..
Perlawanan seterusnya di teruskan dengan cara knock-out ataupun kalah-mati. Lawan punya lawan seb baik En. Zainal dapat perform bagus.. eden lak average hanya 150 jerk..dan sorang laie team mate eden iaitu Sharmila.. average dalam 130. Setiap team ada 2 orang lelaki dan sorang pompuan dan yang pompuan diberi handicap sebanyak 20 point setiap games.
Nasib menyebelahi team RAR, sampai akhirnyo ke perlawanan akhir. Team RAR melawan team Food Bowlers. Sorang pemain lawan adalah pemain spinner.. dan mmg lawa balingan spin dio..
Team RAR kalah sebanyak 42 pin.. banyak tuh utk satu games.. ampehss.. tp syukur gak sekurang2nya team eden tak di jangka langsung akan mencapai tahap itu. So, dapat la tempat ke-2 dalam AFCB Bowling Tournament-Team Event.
Nama eden turut tersenarai utk Single Event pada Ahad depan seramai 30 orang.. terpakso laie eden kono turun KL laie minggu dopan..
Lopaih tournament.. ikut boss balik umah dio kat Rawang.. terpakso tumpang umah boss sbb esoknyo kono ikut boss balik ke JB samo2.. save budget eden. Hehe... umah boss lawa gak.. setingkat setengah. Kat area Sungai Buaya, Rawang.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment