Sumbang! Sembang! Subang! Sibang??

Dalam Harian Metro ari nih ado la satu tajuk kat bahagian Minda, topik of the day is 'Mentafsir Erti Sumbang'. Kat situ ado ayat yang menarik perhatian eden iaitu,

"Bagaimana berpeluk, berkucup boleh ditafsirkan sumbang sedangkan masyarakat Malaysia, muda atau tua, sudah biasa menonton adegan itu di TV? Dan mereka tidak mendapati ianya sesuatu yang salah."

"Dalam hal ini, seorang penyanyi wanita meluahkan fantasi seksnya secara terbuka dan jugak perbuatan seorang pelatih sebuah rancangan T.V yang popular mendukung pelatih wanita, ini mencetuskan polemik di kalangan umum yang mengukur pemahaman masing-masing mengenai konsep moral."

"Undang-undang moral Malaysia 'keliru, bagaimanakah rakyat dapat memastikan mereka tidak menjadi mangsa kekeliruan berkenaan"

Okies, best tak topik nih ah.. topik nih membuatkan pihak peguam di Mesia iaitu antara 'Majlis Peguam' dan 'Persatuan Peguam Syarie Malaysia' bertembungan pendapat. Kata Pengerusi Majlis Peguam, berpegangan tangan dan berkucup merupakan satu bentuk luahan kasih sayang yang biasa di Mesia pada abad ke-21 nih.. Dan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia pula menyangkal dengan mengatakan perbuatan itu dikhuatiri menjejaskan Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan kerana perbuatan berpeluk dan bercumbu di tempat terbuka adalah perbuatan tidak sopan dan bertentangan dengan nilai murni dan tatasusila rakyat Mesia.

Haaa.. camno nih ek.. ado duo pendapat nih skang.. topik ni bukan ajo berkisar pado mereko yang 'ujang dan daro' tetapi jugak berkisar pado seluruh rakyat Mesia yang udah berkahwin, pasangan gay dan jugak pasangan lesbo... ditumpukan pado topik sumbang di khalayak ramai.. seperti taman bunga, kawasan perkelahan, shopping complex dan mano2 ajo yang ado orang ramai yang leh nampak orang yan tongah ber'sumbang' itu..

Apo pulak pendapat korang kat luar sano yerk? Adakah berpegangan tangan di shopping complex seperti di luar KLCC tuh jugak dianggap sebagai perbuatan sumbang? Adakah si suami yang memeluk bininyo jugak di kawasan air pancut KLCC tuh dianggap sebagai telah melakukan kesumbangan..? Bagaimana pulak dengan kaum lain? Rakyat Mesia masih lagik dihantui dengan persoalan, "Apakah yang dimaksudkan dengan berkelakuan sumbang? Apakah ada satu kayu pengukur yang bleh digunakan oleh semua rakyat Mesia? Atau tafsiran itu berbeza mengikut agama, bangsa dan budaya?". Marilah samo2 kito pikirkan adakah Mesia sekarang masih ado lagik ke tak nilai2 Tanah Melayu?


Spekku Spekmu Jua..

Today, eden poie kodai cormin mato sobab nak buatkan cormin baru utk spek eden. Bukan sajo jo nak membazir buatkan yang baru.. tp malang itu berbau hamis.. spek tuh hancur lebur setelah dihempah satu bebanan yang beratnyo hampir 50kg.. Sedih pilu bilo eden nengok spek tuh semalam patah tigo, seb baik spek tuh frameless.. kalu tak dongan framenyo sekali akan patah.. dan seb baik jugok la eden ado spek spare.. tp kaler sedikit ke'brown'an ah... pakai jerk la utk sementaro waktu.
Maso eden poie kodai spek.. eden mmg regular customer kat situ.. maklum la.. spek eden akan pocah sotiap sebulan sekali.. nyosal jugok sbb pakai spek yang frameless nih.. mmg sonang nak longgar skrunyo dan sonang nak pocah. Eden pun bitau la kat salesgirl, eden nok pasang lens yang paling murah sekali... no multicoat and no computerize.. hehe.. cam dapat agak ajo akan pocah laie bulan dopan.. setolah tolak discount dongan menggunokan members card eden.. dapat la hargo lobih kurang rm40++.. Esok eden akan poie amik, kebotulan esok jugak la gaji eden akan masuk.. Fuhh... fuh.. mintak2 banyok la gaji eden bulan nih.. hehehehe.
Sapo yang raso nak di'belanjo'kan dirinyo tuh.. copat meh.. meh.. jemput ke Rasa Ayamas Jusco Taman University.. Sementara stock masih adooooo!!

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails