"Selsema" atau dikenali juga sebagai demam selsema merupakan campuran beberapa jenis gejala yang mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini lebih bersifat akut dan terhad yang sering ditunjukkan oleh gejala-gejala seperti hidung berhingus dan berair serta bersin. Cecair yang jernih keluar dari rongga hidung yang dijangkiti merupakan tanda utama selsema. Cairan yang mulanya cair akan bertukar menjadi lebih pekat, bermukus dan bernanah. Umum beranggapan keadaan keadaan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bagaimanapun, virus boleh menyebabkan reaksi inflamatori tersendiri yang menghasilkan mukus. Kerosakan sel yang berlaku boleh menjadi bertambah teruk bergantung kepada jenis virus yang dihidap. Terdapat lebih kurang 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.
Gejala selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus selalunya berlaku dengan cepat. Selain daripada struktur nasal atau hidung yang terganggu, tempat-tempat lain di sepanjang sistem pernafasan mungkin turut dipengaruhi. Penghidap akan mengalami gejala-gejala tersebut dengan cepat dan berterusan untuk beberapa hari iaitu antara satu hingga empat hari. Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang komplikasi, jangka masa jangkitan akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk reda. Gangguan setempat batuk, sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala, demam dan sakit otot merupakan komplikasi yang mungkin timbul. Kombinasi gangguan di hidung, pengeluaran hingus dan hidung tersumbat akan menyebabkan bersin.
Aduhai omak.. eden kono virus laie kali nih.. nih garo2 cuaco tak menontu dokek JB nih.. maso kojo siang tadi raso sojuk sakan.. tak tahan eden. Seb baik kojo ari nih tak lamo sangat.. hanyo 4 jam sajo. Dongan tokak yang peritnyo tidak terkato.. ini adolah kerano terdapat kahak yang mengganggu anok tokak eden.. Eii.. dah bapo banyok eden tolan Strepsils tapi tak mujarab jugok. Eden pun boli plak gula2 Woods tp samo ajo. Nih tak bleh jadik nih.
Balik umah raso malas ajo nak berinternet.. tp ini dah sebahagian dari idop eden. Nok tak nok terpakso jugok jenguk barang seminit duo. Raso lomah eh eden nak menaip dokek blog nih.. jadik eden bantai poie tido dolu. Bangun ajo tido.. tolan ubat sebijik utk selsemo nih.. eden terus on pc balik.. boring. Takdo idea!
Jadik eden surfing skit pasal Selsemo nih dan amik info untuk kongsi bersamo dongan pengunjung yang datang. That's all..
Haaa.. eden dah rujuk balik dongan 'Cik Doneeh' sayang kito tuh... ontah bleh bertahan lamo ataupun tidak.. eden tak tau la.. harap2 dorang dah upgrade dan kekal bertahan sehingga eden bonti dari berblogging. TP eden akan bonti ke ah? Maso dan keadaan sajo yang menontukan.!!!
0 comment:
Post a Comment