Taegukgi
Seoul, Jun 1950.. Jin Tae seorang pengilat kasut yang hidup dalam kesusahan namun tetap ceria bila mengenangkan perkahwinan hampir tiba bersama seorang gadis, Young Shin. Dia juga berharap adiknya Jin Shouk akan berjaya meneruskan pengajiannya ke pusat pengajian tinggi.
Namun segala harapan dan impiannya berkecai apabila satu peperangan telah meletus berdekatan DMZ. Jin Tae membuat keputusan untuk membawa ibu dan adinya ke selatan Seoul. Nasib tidak menyebelahi mereka kerana kerajaan telah mengumumkan semua lelaki yang berusia lingkungan 18-30 tahun diwajibkan untuk menyertai pasukan askar. Mereka juga tidak terkecuali.
Dalam sekelip mata kehidupan mereka telah berubah. Namun semangat yang ada dalam diri Jin Tae semakin berkobar-kobar. Lebih lagi dia telah membuat keputusan utk menghantar adiknya pulang ke pangkuan keluarga. Dengan segala kekuatan dan semangat yang ada, dia terus berjuang mempertahankan Sungai Nak Dong. Semua askar PBB dan Korea telah berjaya di Operasi Inchon. Jin Tae dan pasukannya juga terpaksa menyertainya setelah banyak kejayaan yang dilakukan oleh Jin Tae.. dan dia kini di segani ramai.
Namun tiada siapa yang tahu apa yang dia lakukan adalah semata-mata kerana mahu membebaskan adiknya dari menjadi askar. Kini mereka terpaksa menyeberangi DMZ untuk menduduki Pyong-Yang, ibu negara Korea. Di sinilah dua beradik ini menjalani peristiwa paling perit yang mengubah hidup mereka selama-lamanya.
Ikuti kisah seterusnya di pawagam2 berhampiran anda... jika anda di selatan tanah air.. di sini eden sarankan anda menempah tiket di panggung Mega Pavillion, City Square untuk mengikuti kisah ini seterusnya. Ianya kisah sejarah Korea.. real.. lawak.. aksi ganas.. 18SG..
Jika anda ingin menempah tiket di Mega Pavillion.. sila hubungi di talian : 07-2262888.
Jangan ketinggalan menontonnya bersama keluarga.. kawan2.. awek/pakwe.. dan jangan lupa nikmatilah drummet di dalam pawagam bersama ice lemon tea.. pasti memikat perut yang kosong.. hahaha..
0 comment:
Post a Comment