27.11.08

I'm Yours

Sojak duo monjak.
Ese jadi suko bonar dongar lagu dari mamat Jason Mraz ni.
Terutamo lagu I'm Yours.
Walaupun sepatah haram ese taktau apobondo dio nyanyikan.
Nak kono search lirik lagu dolu.

Bukan apo. Korap sangat ese dongar lagu ni.
Kat corong henpon buruk ese ni.
Dan sojak akhir-akhir ni.
Penggiat fotografi perkahwinan pun.
Banyak jugak guno pakai lagu ni dalam slide show dorang.
Sinonim barangkali lirik ni dongan gambar-gambar kawin.

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Apobondo maknonyo tu aih?
Ntah. Mano la ese paham.
Cikgu BI mungkin paham barangkali.

25.11.08

Dia Datang Lagi

Dio datang laie.
Mengganggu tidur ese.
Dikalo senjo.
Ngori bonar.

Ese terjago. Jam kat dinding kat angko 9.
Lamo jugak tertidor dari potang.
Ponat lopeh abis shooting tadi.
Kepalo berdonyut sakan.
Peluh memercik kat leher dan badan.
Panas. Walaupun kipas kuat berpusing.

Ese temonong.
Kenapo io hadir laie.
Mengganggu mimpi ese.
Tekono sumpah barangkali.

Arghhh.. ese sudah tidak boleh lari.
Dihambat mimpi ngori ini.
Selagi tiado keampunan. Selagi jiwo tidak kembali ke jasad.
Selagi itulah makhluk itu datang mengganggu dalam mimpi ese.

Tolonggggggg.....

20.11.08

Badut

Duo tigo hari lopeh.
Ku Rozak dapat sms.
Kat henpon Nokia buruk dio.
Hadiah cabutan bertuah 2 tahun lopeh.

"Ko macam badut lah. Meroyan tak tentu pasal."
"Aku dengan bakal bini muda aku ni dok gelakkan ko je ni."
"Sudah-sudah la tuh Rozak oiiii"

Ku Rozak pelik. Nombor tertero tak dikonali pulak.
Tibo-tibo yo sms tu masuk.
Tersalah nombor barangkali. Pikir Ku Rozak.
Tetapi kenapo dalam sms tu.
Ado namo dio.

Ku Rozak anggap itu perkaro biaso.
Duo tigo bulan lalu pun ado orang meroyan jugak.
Bini lari carik laki lain.
Last-last yang kono, Tok Ngulu Ku Rozak jugak lah.
Tersilap sms. Pemes sungguh nombor henpon Ku Rozak.

Ku Rozak balas sms tu.
Dongan tigo tando soal.
Ringkas.

Tibo-tibo orang tu pulak meroyan tak tentu pasal.
Merepek meraban ontah apo bondo.
Macam orang hilang akal.
Ku Rozak baco. Sambil tersengih.

Nasib maso tu Ku Rozak sibuk.
Ado anok Lebai Leman datang nak suruh sain borang masuk SBP.
Dapat 5A maso UPSR aritu. Banggo Ku Rozak.
Anok kampong beliau dapat keputusan bagus.

Kalau tak sibuk.
Maunyo Ku Rozak telefon dan maki hamun terus.
Ku Rozak sudahkan sms tu dengan membalas.

"Ese ghaso ekau yang badut dan meroyan kot."
"Yang ekau tibo-tibo sms ese ni apokohell?"
"Go to hell lahhh. Tata titi tutuuu..."

Dan sms seterusnyo dah tak muncul laie.
Dah ponek barangkali.
Atau dah sembuh dari sawan.

Sonang Ku Rozak nak buek kojo seharian.



...

18.11.08

Angkut

Sekonyong-konyong.

Budak gigi kuning dan budak itam.
Yang sodang leko bermain di taman mainan.
Di sebuah kampong yang aman damai.
Bersebolahan tapak pembinoan kondo mewah.
Di'angkut' oleh sebuah kereto waja kelabu.

Kecoh satu kampong.
Keluargo budak gigi kuning dan budak itam dihubungi.
Dan dimaklumkan, budak dua ekor tersebut kini ditahan.
Dibawah akta hasutan mengarut.

Ketuo kampong, Ku Rozak terbeliak.
Copek-copek pakai seluar slack. Baju kemejo.
Tak sompek bergosok. Bini beliau sibuk home-party sojak akhir-akhir ini.
Bergogas nak poie ke tompek tahanan budak duo ekor tu.
Osman Keding dah tunggu kat bawah dongan proton kotak.
Sobab kereto Ku Rozak masuk bengkel.

Ku Rozak mendengus.
Beliau sudah maklum.
Ini pasti kejadian di tadika tempohari.
Musti cikgu tu ado melaporkan pado pegawai atasan.

"Ini tak bulih jadi. Budak kecik pun dorang 'angkut'?.

Sampai yo kat situ. Ku Rozak masuk pintu utamo. Bagi salam.
Ku Rozak memang baran orangnyo.
Beliau terus nak jumpo pegawai tertinggi.
Pegawai jemput masuk bilik.
Osman Keding tunggu kat sofa luar sambil tengok Berita Terkini.

"Apobondo ni semuo? Apo pasal ekorang tahan budak udoh duo ekor tu?"
"Ekorang ingat semuo orang ekorang bulih tahan sesuko hati?"
"Budak tu kecik laie. Tak salah apo-apo. Sunat pun bolom."
"Dorang cumo baco dokek sok kabar arus perdano. Dan baco dokek Internet yo."
"Membaco pun dorang tergagap-gagap laie."
"Itukan kenyataan yang boto, bukannyo membuat fitnah apo-apo."
"Ese nak ekau lopehkan budak udoh duo ekor tu sekarang jugak."

Ku Rozak bercakap sambil tepuk mejo.
Angkat jari telunjuk tunding muko pegawai tersebut.
Pegawai di dopan Ku Rozak tergamam.
Beliau tau, Ku Rozak bukan calang-calang orang.
Darah kerabat dirajo.
Anak kepado arwah Tengku Sulung. Yang banyak berjaso dalam nogori.

Gedegang. Pintu ditutup kuat.
Ku Rozak keluar tunggu dokek luar di sofa.
Muko Ku Rozak merah padam.
Osman Keding senyum.

"Rileks Ku, sobar, sobar Ku. Kejap lagi kito bawak balik lah budak tu."


...



* sapokah budak udoh?
* sapokah pegawai atasan?
*dimanokah tompek tahanan?
*sapokah Ku Rozak?
*apokah peranan Osman Keding?
-semuo jawapan diatas adalah mengikut pemikiran khayal kalian.
tiado kono mengono dongan ese kerano khayalan ese khayalan skodeng.

15.11.08

Bapa

Di sebuah tadika. Dokek kampong ese.

"Sapokah Bapa Kemerdekaan Malaysia?"

Sorang budak cute angkat tangan.
"Tunku Abdul Rahman"

"Sapo pulak Bapa Pembangunan Malaysia?"

Sorang budak montel comel bangun.
"Tun Abdul Razak cikgu..."

"Sapo Bapa Penyatuan Malaysia?"

Sorang budak hitam manis berlesung pipit mencelah.
"Tun Hussein Onn"

Sapokah pulak Bapa Pemodenan Malaysia?

Sorang budak mato sepet, kulit cerah kuning langsat.
"Saya tau. Che Det. Eh.. Tun Dr. Mahathir cikguuuu"

Jadi, Perdano Mentori yang sekarang.
Sapo namo? Dan gelarannyo bapo apo?

Sorang budak itam duduk di hujung dinding bangun.
Rambut kusut masai. Baju comot.

"errr.. Tun Pak Lah.. ehh.. Dato Seri Abdullah lar cikgu."
"emm..bapa..bapa.. Bapa Hadhari kot"

Sorang lagi budak nakal di belakang. Gigi kuning.
Seluar koyak. Baju kotor terkena sos masa makan pagi tadi.
Mencelah pantas.

"eh..yo kor Bapa Hadhari? bukan Bapa Mertua Khairy ?

Satu kelas tercengang. Cikgu tergamam.
Budak gigi kuning dan budak itam saling memandang.
Geleng-geleng kepalo.

14.11.08

Komuniti Maya

Sudah hampir 8 tahun.
Ese berjinak dongan dunio komuniti maya.
Semonjak mulo idup dalam dunio atas talian.

Kalau dikiro. Kawan hasil dari kehidupan maya.
Adalah lebih ramai berbanding kawan dunio nyato.
Namun hasil dari dunio maya.
Mako wujudlah juo mereko didunio nyato.
Yang boleh hidup seperti manusio biaso.

Kadang dunio maya pun.
Jiko kalian serius hidup didalamnyo.
Kalian raso sehari kalian tidak dapat berado di atas talian.
Kalian akan rimas. Hilang segalo seri.

Namun terkadang.
Dunio maya jugak punyo masalah yang samo seperti di dunio nyato.
Yang pasti bakal menyenakkan kepalo kalian.
Terkadang kalian akan menyendirikan diri.
Untuk mengelakkan kesenakan kepalo.

Dunio maya. Kadang terlebih hipokrit.
Sukar untuk kalian fahami masyarakat di dunio maya.
Kerano setiap perhubungan, tidak jelas akan intonasi dan perilaku.
Dan kerano itu. Satu yang kalian boleh cubo lakukan.
Buatlah apo sajo berdasarkan niat kalian.

13.11.08

Say It?

Kebanyakan pempuan.
Memang suko kalau pasangan mereko sebut.
"Saya sayang awak"
"I love you"
"Saya cintakan awak"
"Saya rindu awak"
"I rindukan u"

Pempuan. Memang melihat pado zahir.
Melihat pado yang terucap.
Mereko jarang dapat menilai sebaliknyo.
Kalau pasangan mereko tidak ucapkan demikian.
Nescayo mereko akan raso tidak selamat. Ragu-ragu.
Dan kalau pasangan mereko jawab berubah-ubah.
Mereko akan jadikan alasan mengatokan pasangan mereko tidak setio.

Berbezo dongan lelaki.
Mereko tidak memandang pado luahan ayat di atas.
Tapi mereko melihat pado perilaku pasangan.
Mungkin caro layanan. Atau reaksi.
Sekironyo layanan itu menunjukkan kasih sayang sebonar.
Itulah yang mereka pogang.
Bukan hanyo pado kato-kato semato.

Terkadang lelaki.
Langsung tidak suko pado kato-kato sedemikian.
Kadang ado yang meluat bilo mendongarnyo.
Mungkin mereko golongan egois.
Tetapi mereko akan menilai dari sudut yang berbezo.
Itulah lelaki.

12.11.08

Lupa?

Dalam kedinginan fajar pagi.
Ese bangun. Ese bukak pintu bilik air.
Beberapo anggoto badan dibasahkan.

Ese ambil hamparan yang tergantung.
Dan dihampar mengadap bucu dinding bilik.
Kain pelikat diikat kemas.

Ese angkat tangan. Keduo-duo.

Alamak. Ese lupo.
Camno nak niat solat subuh ni?
Ado sapo bulih ajar?

11.11.08

Pesanan

Potang itu. Hujan mulo hondak turun.
Ese menghirup Tongkat Ali. Lagi.
Di Cafe Agung. Jugak lagi.

Mato merenung jauh ke dopan.
Terhenti pado sesusuk tubuh gadis.
Tampak berlari anak menuju ke arah cafe.
Takut hujan turun makin lobat barangkali.

Sebuah Perdana V6. Hitam.
Meluncur laju. Dan...

Sekujur tubuh terlentang di jalanan.
Selipar terpelanting. Beg yang disandang jugak tercampak jauh.
Ese bangun spontan. Terkojut.
Darah merosap ke segonap ruang badan. Laju.
Jantung bagai di pam-pam. Otak bagai tidak berfungsi seketiko.

Ese bergogas menuju ke jalanan.
Dan lantas memangku tubuh yang sudah longlai.
Darah merah dah membasahi seluar putih ese.
Ese tak pedulikan itu.

Pipi mungil itu ese tampar lembut.
Cubo untuk menyodarkan.
Sekali. Duo kali. Tigo kali.
Badan si gadis, ese goncang kuat-kuat.
Dan akhirnyo ese jerit.
Mano tau boleh didongar.

"Banggguuunnn... pleaseeeeeeee."

Orang sudah ramai berkerumun. Tengok ajo.
Pemandu Perdana V6 tampak tergamam. Kelu.

Tibo-tibo mato si gadis terbuko luas.
Gigi menyeringai tersenyum kambing.
Ado lesung pipit buatkan ese kaku.

"Hari ini memang palat, tapi esok masih ado"

Lantang jugak suaro.
Walaupun baru tersedar dari pengsan.
Habis sepatah yo ayat dari si gadis, lalu pengsan kembali.

Dan...

Pintu grill rumah ese dibukak oleh hosmate yang nak poie kojo.
Buat ese terkejut dan termamai seketiko.
Ese tarik selimut tutup kepalo.
Mahu sambung kesudahan mimpi itu. Sadis.
Apokah mesej yang cubo disampaikan sepatah itu?

9.11.08

Edisi Skodeng

Ese melihat. Ese memerhati.
Ese membaco. Ese menulih.
Dan ese menyodari akan hakikat.
Dan ese menerimo seadonyo.

Orang memberi. Kito meghaso.
Orang berbudi. Kito berbahaso.
Orang mengeji. Kito menerimo.

Sumpah. Kalau ini yang ese tahu dari awal.
Yang akan kamu balas akhirnyo.
Bukan ajo sekadar namo kamu.
Bahkan bayang kamu jugak tak ingin ese konal.

Tetapi sesaat ajo kamu 'enter into my life'.
Bukan sekadar bayang kamu.
Tetapi hembusan nafas ekau totap ese konang sampai mampos.
Walaupun ke nerako jahanam sekalipun.
( sobab ese kononnyo dianggap sudah lupo Mengaji mahupun Solat )

8.11.08

Hijrah

Seingat ese. 8 tahun lalu.
Sewaktu pertamo kali memiliki telefon genggam.
Yang sebosar botol air tu.
Yang memegang trademark Helo Moto tu.
Saat itu talian yang ese pakai adalah 010.

Dan ketiko saat mahu berhijrah dari kompeni biru.
Ke kompeni merah. Memang agak mahal bayarannyo.
Namun disobabkan coverage yang kurang kuat dari kompeni biru.
Pado maso itu. Terpakso juo lah berhijrah.

Agak lamo jugak lah menjadi pelanggan setio kompeni merah.
Sampaikan apo yang kompeni biru tawarkan.
Tidak menarik perhatian.
Hinggolah satu maso, kerajaan hadhari membonarkan pertukaran kompeni.
Tanpo perlu menukar nombor yang sedio ado.

Inilah masonyo. Ese skodeng jarak jauh.
Memang tidak dinafikan. Kompeni biru sudah meningkatkan prestasi.
Coverage sudah meluas. Pakej jugak amat bersesuaian.
Tanpo lengah, ese mau berhijrah.

Dan potang Jumaat tempohari.
Ese melangkah gah ke kompeni biru.
Layanan memuaskan dari staf di sano. Mesro.
Dan akhirnyo. Ese kini menjadi pelanggan kepado kompeni biru.
Berkuatkuaso semalam.

7.11.08

Hormon

Hormon ese tidak stabil seminggu ini.
Fikiran kusut.
Tiap malam mimpi ngeri.
Tidur tidak leno.
Tangan tak boleh dok diam.
Mau ketek-ketek.
Risau. Bimbang. Dan keliru.

Lalu. Jerawat pun bertandang.
Dibawah kumis nipis ese.

Cis. Sungguh.

Di atas cumo alasan.
Untuk menutup jerawat batu ini.

6.11.08

Tired

Udah seminggu.
Poie pagi balik malam.
Mato naik lobam mengadap pc.
Garo-garo nak siap tender bertindan.
Due date yang samo dalam jangko maso singkat.

Otak ese serabut sikit.
Tak boleh nak berfikiran waras buat maso ini.
Kalau keadaan normal. Ese sedayo upayo bersikap cool.
Walau ado masalah melando sekalipun.

Tapi kali ini. Macam pempuan PMS.
Sapo yang buat pasal.
Memang sajo carik penyakit.
Kalau boss ese sajo carik pasal.
Nak suruh bondo pelik macam-macam.
Tang ni jugak ese akan bagi surat resign.

Balik rumah. Fikiran melayang.
Mengonangkan hidup yang sucks.
Biasonyo ese keseorangan mengadap Mekbok.
Ese memang jarang keluar malam.
Kecuali keluar makan kalau ado geng Capturepixs yang ajak.
Housemate pulak seperti biaso bersamo tunang tersayang.
TV terbukak. Tapi tv yang tengok ese.
Dan akhirnyo ese terbongkang di sofa biru sekenhen tu.
Dongan tv dan mekbok yang tidak bertutup.
Dongan badan yang belum dicucur air.
Dongan muko masam kusam melekit bakteria.

Hidup tidak teratur seminggu ini.
Ese pohon jiwo.
Kembali ekau pado jasad.

5.11.08

Sucks

Hidup ini memang sucks, tapi esok masih ado.

Semogo hari esok.
Matahari tidak akan muncul sebolah barat.
Dan ese akan terus mengutip pengalaman hidup.
Dan mogo hari esok.
Ekau akan merindui sebatang tubuh keding ini.

Hidup ini memang sucks, tapi esok masih ado.

4.11.08

Reality TV

"Dalam video tu. Bijak ekau berlakon."

"Eh tak. Itu bukan lakonan. Itu reality show tu."

"Yo kor? Apo pasal dalam video. Tak samo macam real life?"

Diam.

"Takpolah. Ese percayo yo lah. Tapi ekau harus buktikan."
"Selagi ekau tak buktikan, selagi itu video itu cumo lakonan."
"Dan ese akan anugerahkan ekau pelakon terhebat."
"Setanding dongan 'kawan' ese yang ompek tahun lopeh."
"Yang ekau soring dongar cerito kehebatan beliau."
"Yang ese tolah anugerahkan 'Penulis Skrip Terbaik'."

3.11.08

Ring Sejuta

Ring sejuto.

"Hah. Nak apokobondo ekau malam-malam buto?"

"Where are u right now. Why u not answer my call?"

"What the heck, apo ekau peduli?"

Kedongaran desis suaro latar di belakang.
Mengajar sesuatu yang mengjengkelkan.

"Whose owner of this number?"

"Ese punyo lah, yang ekau dok call berjuto kali tu. Laie mau tanyo kor?"
"Dah ah, nak tidor. Jangan nak ngacau ese laie"

"Huh? Sleep? Where? With who? With that fucking shit?"

"Ekau peduli apo? Ese punyo suko lah..."

Tuttttttt.......

Ring sejuto.

Tidur dalam mimpi ngeri dikejar bayangan semalam.

1.11.08

Cafe Agung

Dolu.
Sering membaco tontang Cafe Agung di blog incik Ubie.
Perihal wargo cafe dan suasano persekitarannyo.

Potang itu hujan renyai.
Seronok jugak kalau dapat pekeno nescafe tarik.
Singgah sekojap selopeh selosai urusan di fakulti Rasso.
Perut masih kosong. Mintak di isi.
Tapi melihatkan lauk pauk yang sudah lunyai.
Hilang selero nak makan.
Tongkat ali CNI juo lah jadi peneman.

Sehirup tongkat ali. Senafas sedutan oksigen.
Menghela dan tersekat di dado.
Memandang jauh ke dopan.
Mato bagaikan memerhati jejaring tennis court.
Namun fikiran melayang entah kemano.

Barangkali. Jiwo ini masih tidak bersatu dengan jasad.
Barangkali masih merayau mencari kedamaian.
Ku mohon. Kembalilah jiwo ku.
Penuhi jasad keding ini.
Mogo ese terus tabah dan kuat.
Mengharung liku kehidupan ini.

Related Posts with Thumbnails