8.11.08

Hijrah

Seingat ese. 8 tahun lalu.
Sewaktu pertamo kali memiliki telefon genggam.
Yang sebosar botol air tu.
Yang memegang trademark Helo Moto tu.
Saat itu talian yang ese pakai adalah 010.

Dan ketiko saat mahu berhijrah dari kompeni biru.
Ke kompeni merah. Memang agak mahal bayarannyo.
Namun disobabkan coverage yang kurang kuat dari kompeni biru.
Pado maso itu. Terpakso juo lah berhijrah.

Agak lamo jugak lah menjadi pelanggan setio kompeni merah.
Sampaikan apo yang kompeni biru tawarkan.
Tidak menarik perhatian.
Hinggolah satu maso, kerajaan hadhari membonarkan pertukaran kompeni.
Tanpo perlu menukar nombor yang sedio ado.

Inilah masonyo. Ese skodeng jarak jauh.
Memang tidak dinafikan. Kompeni biru sudah meningkatkan prestasi.
Coverage sudah meluas. Pakej jugak amat bersesuaian.
Tanpo lengah, ese mau berhijrah.

Dan potang Jumaat tempohari.
Ese melangkah gah ke kompeni biru.
Layanan memuaskan dari staf di sano. Mesro.
Dan akhirnyo. Ese kini menjadi pelanggan kepado kompeni biru.
Berkuatkuaso semalam.

2 comment:

Aishah Hashim said...

hrrmm.. kompeni kuning xpula dipandang eh..

Unknown said...

kuning tak best... asyik ngan badut kuning tuuuu jerr....takde perubahan la dorang..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails