18.11.08

Angkut

Sekonyong-konyong.

Budak gigi kuning dan budak itam.
Yang sodang leko bermain di taman mainan.
Di sebuah kampong yang aman damai.
Bersebolahan tapak pembinoan kondo mewah.
Di'angkut' oleh sebuah kereto waja kelabu.

Kecoh satu kampong.
Keluargo budak gigi kuning dan budak itam dihubungi.
Dan dimaklumkan, budak dua ekor tersebut kini ditahan.
Dibawah akta hasutan mengarut.

Ketuo kampong, Ku Rozak terbeliak.
Copek-copek pakai seluar slack. Baju kemejo.
Tak sompek bergosok. Bini beliau sibuk home-party sojak akhir-akhir ini.
Bergogas nak poie ke tompek tahanan budak duo ekor tu.
Osman Keding dah tunggu kat bawah dongan proton kotak.
Sobab kereto Ku Rozak masuk bengkel.

Ku Rozak mendengus.
Beliau sudah maklum.
Ini pasti kejadian di tadika tempohari.
Musti cikgu tu ado melaporkan pado pegawai atasan.

"Ini tak bulih jadi. Budak kecik pun dorang 'angkut'?.

Sampai yo kat situ. Ku Rozak masuk pintu utamo. Bagi salam.
Ku Rozak memang baran orangnyo.
Beliau terus nak jumpo pegawai tertinggi.
Pegawai jemput masuk bilik.
Osman Keding tunggu kat sofa luar sambil tengok Berita Terkini.

"Apobondo ni semuo? Apo pasal ekorang tahan budak udoh duo ekor tu?"
"Ekorang ingat semuo orang ekorang bulih tahan sesuko hati?"
"Budak tu kecik laie. Tak salah apo-apo. Sunat pun bolom."
"Dorang cumo baco dokek sok kabar arus perdano. Dan baco dokek Internet yo."
"Membaco pun dorang tergagap-gagap laie."
"Itukan kenyataan yang boto, bukannyo membuat fitnah apo-apo."
"Ese nak ekau lopehkan budak udoh duo ekor tu sekarang jugak."

Ku Rozak bercakap sambil tepuk mejo.
Angkat jari telunjuk tunding muko pegawai tersebut.
Pegawai di dopan Ku Rozak tergamam.
Beliau tau, Ku Rozak bukan calang-calang orang.
Darah kerabat dirajo.
Anak kepado arwah Tengku Sulung. Yang banyak berjaso dalam nogori.

Gedegang. Pintu ditutup kuat.
Ku Rozak keluar tunggu dokek luar di sofa.
Muko Ku Rozak merah padam.
Osman Keding senyum.

"Rileks Ku, sobar, sobar Ku. Kejap lagi kito bawak balik lah budak tu."


...



* sapokah budak udoh?
* sapokah pegawai atasan?
*dimanokah tompek tahanan?
*sapokah Ku Rozak?
*apokah peranan Osman Keding?
-semuo jawapan diatas adalah mengikut pemikiran khayal kalian.
tiado kono mengono dongan ese kerano khayalan ese khayalan skodeng.

11 comment:

filanastasia said...

mr ayares : sadis btul la kalau bebetul kena tangkap.. belum berkhatan ker?? tak matang lagik tu.. huhuhu..hampeh btul la mereka²itu..

AyAres said...

itu kan sekonyong-konyong...

disclaimer berada di awal2 ceritera..

filanastasia said...

mr ayares : that's why i said - kalau bebetul.. means.. it's can happen but not seriously happend.. errr.. blur blur.. huhuh

C H E D A said...

cerita bagus. terbayang muka budak udoh 2 org tu. :D

Princess Liyana said...

huhu..jauh btol bro berkhayal..emm

AyAres said...

cheda: terbayang muko camno?

prcess : psssttt.. ini penangan Romlah ler nih..

zuRiE said...

oit..!! dh ader ROMLAH?? Pinjam bley??

AyAres said...

ape pinjam2? sewaaa aaaa...
1hari RM5.. ada bran?

zuRiE said...

hahaha 1hr rm5...bek aku beli sdn!! hakhakhak...

MazrulHisyam said...

Ini citor politik malaysia nie, bukan politik myanmar. politik sekarang perlukan tok dalang yg baru!

AyAres said...

nnt ambo jadi tok dalangnyo yo..

nnt ambo carik lah pok dogol dan wokyoh yang baru..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails