28.12.08

Mawi & Ekin

Selesai sudah. Ponat bangat.
Itu yo yang ese bulih katokan setakat ini.

Seawal 9am ese sudah bersiap sedio dan berbincang dongan team official photographer.
Selaku Official Photographer bagi pihak Ekin, pihak Capturepixs dan Artcreative
dibonarkan mengambil gambar ketiko persiapan di Sofitel Palm Resort Hotel.
Dan tidak banyak yang dapat di shoot kerano menghormati hak ekslusif pihak Maestro.
Hanyo beberapo pihak yo yang dibonarkan untuk membuat fully coverage
seperti pihak Astro sendiri dan pihak Karangkraf serto Murai.com.my.

Mawi & Ekin menaiki helikopter tajaan Pak Leh, selaku kawan baik Mawi
dan sanak saudara Ekin pulak berarak dari Impian Emas diiringi konvoi
motorsikal berkuaso bosar serto beberapo kereto klasik.

Helikopter mendarat di padang sekolah rendah Felda Taib Andak sekitar jam 1.30pm
setolah beberapo kali berlegar di ruang udaro Taib Andak.
Kelihatan Mawi melambai tangan kepado peminat yang hadir tetapi tidak dapat
dilihat dongan mato kasar kerano ketinggian helikopter pada aras 5000 kaki.
Hanyo lensa zooming yo yang dapek melihat lambaian Mawi.

Kemudian tepat jam 2.30pm, Mawi & Ekin diarak menaiki kereto mewah
yang jugo tajaan Pak Leh dan menuju ke dewan serbaguno Felda Taib Andak.
Peminat mulo bersosak-sosak untuk mengambil gambar Mawi & Ekin.
Termasuk lah rakan media semuo untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Nasib bek ado brother badan tough yang kawal kesosakan.
Tapi biaso lah, bertolak-tolak jugak lah. Asalkan dapek hasil yang memuaskan.

Pengantin di jamu mato dongan tarian Barongan, berasal dari kepulauan Jawo.
Selamo 15 minit tarian dan pengantin mulo masuk ke dewan untuk ke pelamin.
Pelamin yang dihias indah berkonsepkan Bali dan Jawa Kontemporari penuh
dongan bungo sogar serto hiasan dari kayu jati.

Tidak lupo. Pengacaro majlis jemputan adalah Bro Kuman dan Yasin.

Pengantin dijemput makan damai. Hiasan mejo makan damai tolah disiapkan oleh
Adli Bridal selaku sponsor utamo decoration di dalam ruangan dewan.
Dan pengantin seterusnyo ke acaro pemotongan pulut kuning setinggi 4 tingkat.
Sekali lagi rakan media bersosak bagi mendapatkan angle terbaik.
Pado rakan media yang membaco blog ese ( kalau ado lah ),
sorry
kalau ado yang terhantuk lens,tertolak kamera ekorang, terhadang angle dan
tersiku perut ekorang.

Majlis selosai sekitar jam 4.30pm. Pengantin berarak keluar dewan untuk bertemu
dongan peminat-peminat dari Mawi-FC.

Fuh. Barulah dapek duduk dan minum.

Selesai sudah. Ponat bangat.
Itu yo yang ese bulih katokan setakat ini.





Gambar sisipan. Ini yo yang bulih dilotak dolu setakat ini. Ding dong.





Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , , , ,

25.12.08

Tahniah Celcom

Tahniah buat wargo kojo Celcom.
Kalian memang hebat.

Tapi taktau lah samado sememangnyo begitu.
Atau.
Selopeh yo ese antar report melalui website dan email.
Dan buat sedikit mainan psikologi.
Membuatkan mereko terlobih-lobih caring dokek ese.

Kerano tidak tahan menunggu dari bahagian Teknikal di KL.
Ese melangkah kaki menuju Celcom-JB Branch.
Dan menunggu selamo 15 minit untuk panggilan nombor giliran.
Nasib baik dokek situ ado disediokan 2 unit pc ber-internet.
Sambil menunggu, sompek la jugak ese check email.

Rupo-ruponyo bahagian Teknikal di KL dah solve masalah ini.
Dan kini. Call Waiting dokek handphone ese dah boleh berfungsi.
Bahagian Celcom Careline sekali lagi hubungi untuk mengesahkan status.
Serta satu sms dihantar mengandungi kod laporan yang tolah berjayo diselosaikan.



Ros dan Andi yang ese konal semaso majlis dokek rumah
Roslina dan Rosli di Perling tempohari.
Sebelum ini apo yang ese kato.
PR itu ponting semaso menjalankan tugas di majlis perkahwinan.
Dari PR kalian lah, mako kalian akan kenal ramai prospek
dan seterusnyo bakal menjadi client kalian pado maso mendatang.

Jangan sesekali kalian lupo untuk membawo business card
kalian ketiko menjalankan tugas.
Tetapi harus diingat jugak.
Kalau tugasan itu adalah tugasan dari rakan-rakan photographer
yang melantik kalian sebagai official photographer pado majlis tersebut.
Mako jangan pulak kalian hulurkan business card kalian.
Etika sebagai professional photographer haruslah kalian jaga.

Ponah jugak ese lihat ado beberapo photographer yang tidak sodar akan etika ini.
Atau sememangnyo sengajo menangguk di air keruh.
Tapi pado ese, rezeki itu totap tolah ditontukan oleh-NYA.
Sekironyo kalian jujur, sesungguhnyo pintu rezeki itu akan terbuko.
Namun sekironyo apo yang kalian buat itu menyalahi etika atau berniat tidak baik,
dan sesungguhnyo DIA, Maha Mengetahui dan DIA lah yang memberikan rezeki.

Ado kawan ese ponah bagitau. Rezeki itu tidak datang bergolek.
Kono usoho untuk mencari rezeki.
Dan itu bonar samo sekali.
Namun setiap orang, usaho yang mereko lakukan adalah berbezo-bezo.
Setiap orang punyo strategi yang berbezo mengikut kesesuaian diri.
Ado yang main rodah. Ado yang selidik dulu. Dan ado yang jenis tak kisah.
Dan pelaksanaan strategi dalam business adalah mengikut ilmu masing-masing.
Yang penting, adalah sejauh mano keberkesanan dan keuntungan dari strategi tersebut.


23.12.08

Celcom Lagi

Tadi. Ketiko ese sodang merodah jammed di tongah kota.
Dapat panggilan dari Celcom.
Seorang wanita bercakap di seborang sano.

"Encik, adakah masalah Call Waiting encik dah ok".

-"masih samo jer. still tak bulih"

"Encik dah check samada activated atau tidak kat handphone encik."

-"dah. dari haritu lagi saya dah check. Still panggilan tak dapat masuk bila saya on call."

"Ok. Nanti saya laporkan lagi kepado bahagian teknikal untuk mereko siasat."

-"erm..ok. Terima kasih."


Ese dah malas sebonarnyo nak melayan panggilan dari Celcom Careline ni.
Walaupun tampak macam caring tetapi masalah sekecil itu pun dorang tak boleh nak solve.
Belum laie masalah tontang broadband Celcom yang kadang slow kadang laju tu.
Sonang cerito. Servis dorang masih tidak konsisten.
Terdetik jugak ghaso kosal kerano bertukar ke Celcom.
Ese sajo yo dolu nak cubo meghaso balik pakai Celcom walaupun dah lamo
menjadi pengguno Maxis. Nak tengok samado Celcom ado improvement atau tak.
Tapi nampak gayo, macam takdo apo-apo peningkatan pun dari zaman ese belaja dolu.

22.12.08

Fotokahwin



Di atas adalah tugasan dari Fotokahwin pada bulan lalu.
Ese cover sorang dan sememangnyo untuk majlis
satu hari dan diadokan dokek rumah, memang team Capturepixs
hanyo turun seorang yo untuk cover.
Melainkan tugasan di dewan besar ataupun ballroom yang
akan memerlukan duo photographer minima.
Dan sudah semestinyo pakej yang berlainan.

Selaku wedding photographer, apo yang kalian dapek bilo
laksanokan tugasan selain daripado bayaran servis?

Salah satu yang ese boleh katokan adalah 'hubungan silaturrahim'.
Jiko kalian seorang yang professional dan menitikberatkan PR
dalam tugasan yang kalian laksanokan, tidak mustahil kalian disenangi oleh
ahli keluargo pengantin malah jugak tetamu-tetamu yang hadir.

Senyuman itu jangan lekang dari bibir kalian. Berikan senyuman seikhlas
mungkin walaupun kalian keponatan seharian menjalankan tugasan.
Jangan mengelak jiko ado tetamu yang mintak untuk tangkap gambar dorang.
Dan mainkanlah peranan korang bukan ajo sebagai photographer,
tetapi harus jugak merangkap menjadi marketer.
Sekurangnyo kalian boleh sebarkan business card kalian.

Dan yang paling penting. Cubolah menjadi seorang yang peramah.

21.12.08

Jalan Klang Lama

Ese torbang laie ke KL bersamo Jaisi.
Kali ini lokasi tugasan adalah di Jalan Klang Lama.
Ese sampai di Jalan Klang Lama yang panjangggg itu.
Sedikit awal dari maso majlis.
Sekitar jam 1pm dah berado di situ sodangkan majlis
akan berlangsung sekitar 5pm.

Disobabkan masih awal. Ese mencari tempat penginapan dolu.
Tersosat sekojap mencari jalan untuk ke Universiti Malaya.
Carik punyo carik, jumpo duo hotel berdokatan.
Crystal Crown Hotel dan Armada Hotel di Petaling Jaya.
Hilton Hotel plak terkeluar dari list kerano budget yang kurang.
Sesudah survey, Armada Hotel menjadi pilihan disobabkan
Crystal Crown takdo Executive Suite.

Bilo yo nak bayar, ese hulur duit plastik.
Sekali receptionist tu cucuk, rejected.
Cucuk laie sekali. Rejected jugak.
Alamak. Duit plastik ni dah cocah limit kah?
Ese selak dompet. Yang ado cash cumo ompek koping not 50.
Tak cukup untuk bayar bilik Executive Suite yang berhargo 400++.

Ese mintak maso untuk carik mesin ATM.
Sikit punyo jauh nak kono poie cucuk.
Dan dapek la kuarkan cash untuk check-in.
Ingatkan bilik lawa ruponyo karpet kelihatan kotor.
Bekas terbakar dek puntung rokok.
Bilik pun biaso yo. Takdo la gompak bonar.
Tak padan dongan namo Executive Suite.
Kat tingkat paling atas sekali di Armada Hotel.
So, ese akan black-list hotel ni untuk menginap di lain kali.
Nilai bayaran tidak sepadan dongan facilities yang ado.

Disobabkan ponat torbang dongan Jaisi.
Ese terlolap dokek sofa.
Dan potang itu akak ese dari Terengganu sampai.
Tapi takmoh ikut ke lokasi majlis.
Mungkin abang ipar ese ponat nak berehat setolah ponat memandu.
Malam nanti dorang nak poie jalan-jalan pusing KL dongan adik ese.
Dan ese cumo poie berduo yo untuk menjalankan tugas.

Rombongan 6 buah kereto berderet dari PJ menuju Jalan Klang Lamo.
Dan sampai di Masjid Taman Sri Manja.
Majlis bermulo sekitar 5.30pm. Agak lewat sedikit dari jangkaan.


Majlis perkahwinan antaro Nora dan Fadzli diadakan pada 22 dan 23 November 2008.
Berlangsung dokek Majidi, Johor Bahru.
Dan baru sekarang ese dapek nak siapkan album dorang ni.
Ngam-ngam soi yo design dapek disiapkan dalam maso sebulan seperti yang dijanjikan.

Team Capturepixs selaku Official Photographer mengucapkan semoga berbahagio
hinggo ke akhir hayat. Dan terimo kasih atas segalo kerjasamo yang diberikan.


Kepado rakan-rakan diluar sano yang plan nak kawin tahun dopan.
Copek-copek la booking pakej fotografi perkahwinan khasnyo di kawasan Johor.
Namun ado jugak bakal pengantin dari luar negaro yang hubungi kami.
Bertanyokan pakej yang ado. Dan berminat dongan hasil kojo kami.
Dan kami berbosar hati untuk bekojosamo di luar kawasan.
Malah sebelum ini pun ese ponah membuat liputan perkahwinan di bahagian
utara tanahair hinggolah ke Sabah dan luar negaro seperti Singapura.

Untuk makluman rakan-rakan, Capturepixs kini melebarkan sayapnyo untuk
membuat semua liputan di beberapo negaro jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.
Dan pado April 2009 nanti, ese sendiri akan terbang ke Bandung, Indonesia untuk
mengutip pengalaman dari otai-otai yang menjadi official photographer membuat liputan majlis perkahwinan dalam adat Sunda. Kito nantikan perkahwinan Fairus Myphotographer dongan gadis pilihannyo di kota Bandung.

18.12.08

Hadiah

Dulu Shino bagi adiah pengunjung blog dio.
Sekarang Papa-Itam pulak yang bagi.

Terima kasih atas jalinan persahabatan ini.
Moga pertalian ini dibawak ke alam nyato.
Moga kita ketemu di satu maso nanti.



Timo kasih sahabat.


16.12.08

Malam Pelabuhan

Malam Pelabuhan 2008 yang berlangsung dokek Persada, Johor Bahru pado tahun ini tampak kurang meriah berbanding tahun yang lalu. Kehadiran tetamu walaupun memenuhi ruang meja yang ado, tetapi ballroom yang digunokan cumo sebahagian sahajo berbanding tahun lalu.

Team Capturepixs selaku Official Photographer untuk Malam Pelabuhan ini bersedia dari seawalnyo bagi memastikan setiap perjalanan majlis dapat di capture sebaik mungkin.
Di ruang pendaftaran tetamu, terdapat satu backdrop untuk tetamu mengambil gambar
sebagai kenangan dan juga untuk simpanan Lembaga Pelabuhan Johor.

Artis jemputan adalah Noraniza Idris dan Salleh Yaacob. Ese tak banyak shoot artis dan persembahan kerano sudah ado duo orang team di hadapan yang sudah bersedio.
Dan persembahan dari warga LPJ sendiri yang buat lawak dokek atas pentas tu.
Berdekah VIP semuo menahan lucu.

Majlis bersurai sekitar jam 11pm dan segalonyo terakam lobih dari 5 Gigabait iaitu sekitar 2000 keping foto-foto sepanjang majlis. Ianyo hasil dari ompek orang photographer professional dari Capturepixs yang berdedikasi menjalankan tugas masing-masing.

Habis yo majlis, perut dah berirama keroncong. Dan kami melantak sakan dokek Myfriend Tomyam tetapi layanan tongah malam oleh pekojo restoran membuatkan kami memasukkan Myfriend di dalam senarai Black List.

15.12.08

Teknikal

Ramai laie photographer samado otai mahupun newbie.
Yang masih kurang ilmu tontang teknikal alatan photography.
Terkadang ado yang mahir tontang art of photography.
Pun masih jugak terkeliru ataupun cetek dongan aspek teknikal.

Ilmu asas seperti bukaan aperture, kelajuan shutter, focal length dan seumpamonyo.
Ketaksuban newbie terhadap otai bakal membuatkan mereko terkadang
hanyo menerimo input dari satu sudut ajo. Perkaro asas kadang terus terabai.

Cubo kalian selidik beberapo otai yang kalian kagumi.
Tontang pengetahuan mereko dalam aspek teknikal.
Ese pasti tontu ado yang masih tergagap-gagap mahu menjawab.
Dan terkadang jawapan yang diberikan kurang meyakinkan.

Usah berdebat dongan mereko.
Kerano pasti kalian akan kalah.
Disobabkan otai-otai kebiasaannyo akan bersifat ego.
Dan tidak akan mahu mengaku kalah.
Walaupun jelas terang tontang kecetekan ilmu asas tersebut.
Tetapi kecetekan ilmu itu, kalian boleh nilai.
Melalui jawapan atau fakta yang mereko kemukokan.

Jadi, bergurulah dongan ramai guru.
Moga kalian tidak sosat di tongah jalan.

10.12.08

Celcom Careline

Dah beberapo kali dah ese call Celcom Careline.
Berhubung dongan masalah Call Waiting.
Yang masih bolom selosai laie.

Disobabkan ese ni manusio paling sibuk kek dunio ni.
Seken call yang nak masuk dah tak boleh.
Dan sms di hantar menandokan ado call tak dapek masuk.
Kalu itu dari future client, bukankah itu bakal merugikan ese.?

Dan baru limo minit lopeh. Ese call Careline di nombor 1111.
Pasal ese tak bulih register kat Celcom Careline.
Bilo ese nyatokan masalah ese.
Nak tau apo operator tanyo dan jawab?

"Encik dah masukkan email yang betul?"
-Ya, email yahoo.

"Adakah email itu aktif?"
-Ya, pasti. ( sambil nak tergolak ese jawab )

"Biasanya customer register dan email confirmation tak dapat atau lambat dapat."
-Masalah saya, tidak dapat register. Failed for registration.

"Buat masa ini memang terdapat masalah server. Pihak kami masih dalam investigation tentang
masalah yang Encik hadapi ini"
- Berapa lama lagi boleh selesai?

"Saya tidak pasti. Buat masa sekarang Encik boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau semakan bill."
- Jadi, taktau lah berapa lama lagi saya boleh register ya?"

"Ya Encik, nanti Encik boleh cuba lagi untuk register di lain kali."
- Em.. oklah gitu gak. Terima kasih jer lah.


Dan ese cakap dalam hati.
"Kalau ekau dah tau ado masalah server dan
memang ekorang masih dok siasat taktau apo punconyo,
baik ekorang cakap yo terus dokek ese awal2.
Yang poie tanyo ese macam-macam tu buek apobondo.

5.12.08

Tekanan

Yang ese carik, ese buat dari A hinggo Z.
Yang datang dongan sendiri, pun ese buat dari A hinggo Z.
Yang beliau carik, ese sambung buat dari D hinggo Z.

Tangan ese ado duo. Kaki pun ado duo.
Kadang beliau lupo.
Mungkin bilo berado di kerusi empuk, aircond yang enak.
Apo yang beliau fikirkan.
Harus segalonyo siap sepantas mungkin.
Dari sambungan D hinggolah sehabisnyo Z.
Bukan sedikit. Itu cumo satu. Kalau ompek? Limo?

Terkadang. Ese gadaikan nyawo di jalanan.
Mengejar maso agar tidak terlepas.
Yang sememangnyo maso takkan menunggu kito.
Dan segalo arahan dapat dijalankan dongan sempurno.
Walaupun kini insuran nyawo sudah dipotong.
Tidak ditanggung laie.
Mampus renyuk sendirilah di jalanan.
Sendiri tanggung lah risiko.
Demi menunaikan arahan dan tanggungjawab.

Terkadang. Tangan macam dah keluar laie duo.
Perut yang kadang perlu diisi.
Pun sudah mulo disorang gastrik.
Garo-garo kelewatan dan ketidakteraturan maso mengisi.

Habis. Kalau semuo ese yang terkocoh-kocoh.
Menyelesaikan dari A hinggo Z.
Adakah tidak timbul dibenak.
"Apobondo yang ese dapek?"



....

Fotografi Perkahwinan
Wedding Photography with Exclusive Storybook Album.
by Johor Professional Wedding Photographer.

Johor Wedding Photographer

Macamano nak dapekkan hargo pakej?
Mudah yo.
Silo lah emailkan :

Tarikh majlis :
Tempat majlis :
Majlis : ( Nikah @ Berinai @ Sanding )

Emailkan ke : capturepixs@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails