Le Tour De Gelang Patah

Pagi-pagi masuk kojo, terus bagi kudo jantan den minum sepenuhnyo. Kudo jantan den akan bekojo kuat bersamo dongan den ari nih. Destinasi lawatan kojo tidak rasmi hari ini adalah di jajahan takluk Gelang Patah. Den sendiri pun bolom ponah laie sampai dokek jajahan itu walaupun dah hampir 5 tahun di bumi Jb ini.

Kudo jantan memecut laju menuju ke arah selatan, melalui beberapo kawasan iaitu Mutiara Rini dan Lima Kedai sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Terpegun sekojap melihat kawasan perumahan di situ jugo indah dan menarik. Sampai di bandar, terlihat papan tando mengatokan ado sebuah sekolah di sano. Den terus menuju ke arah yang di tunjukkan. Sekolah pertamo yang den kunjungi hari ini berado di hujung kawasan perumahan.. Sek. Keb. Nusa Perintis..

Perjalanan kemudian disambung kembali, kudo jantan kembali mendengus dan berlari kencang. Tidak sampai 1 km ajo, terjumpo sebuah laie sekolah berhampiran dongan Dewan Serbaguna iaitu Sek. Keb. Gelang Patah. Di simpang itu, ado 2 laluan sekarang dan den memilih ke kiri. Perjalanan diteruskan laie bersamo kudo yang sudah ponat.


Sudah jauh perjalanan melalui jalan kampung.. tidak tau hala tuju, yang nampak di keliling hanyolah ladang sawit. Tp hati nekad untuk teruskan juo berpandukan batu dan papan tando di tepi jalan. Sampai ke sebuah sekolah secaro tibo-tibo sahajo. Tertulis papan tando.. Sek. Keb. Ladang Pendas. Ya, sekolah tersebut berado dalam list lawatan eden ari nih. Sekolah tersebut kecil jo.. ado 2 buah bangunan setingkat, lebih kurang 5 bilik darjah ajo ado. Den berborak dongan pak guard di situ. Ruponyo sekolah itu memuatkan murid dari kalangan orang asli. Jumlah murid yang tinggal sekarang hanyolah belasan orang ajo berbanding awal2 dolu boleh mencecah 50 orang..

Teruskan laie perjalanan setolah mendapat sedikit info dari pak guard berkenaan tontang arah perjalanan serto beberapo sekolah laie berado di hadapan. Simpang laie.. kelihatan papan tando menunjukkan arah ke Kompleks Sultan Abu Bakar. Dalam list tercatat di sano ado sebuah sekolah. Jadi den pacu kudo jantan menuju ke arah sano. Ooo.. sekolah itu dibino khusus utk anak-anak kakitangan awam di kompleks berkenaan. Jadi den singgah di Sek. Keb. Kompleks Sultan Abu Bakar yang kelihatan agak canggih juo rekabentuk sekolahnyo. Setolah mendapat sedikit info.. den minta diri dan meneruskan laie perjalanan.

Kali ini melalui jalan kampung yang bukan dalam kampung. Errr.. jalan dalam utan. Seb baik waktu siang.. sesekali bertembung dengan motor pengguno jalanrayo. Sungguh panjang jalan ini utk sampai ke penghujungnyo.. Akhirnyo sampai ke simpang. Kali ini jugo den pilih utk ke kiri. Seb baik betol pilihan den.. batu jalan menunjukkan arah destinasi yang sepatutnyo den poie.

Lebih kurang 5km memecut.. sampai pulo ke sebuah sekolah di tepi jalan. Sek. Keb. Tanjung Kupang memuatkan murid seramai 458 orang. Info ringkas sudah dapat, lalu menyambung perjalanan. Jalan ini menuju ke penghujungnyo iaitu di Jeti Tanjung Kupang. Singgah sekejap di sebuah restoren yang diberi namo Tanjung Nelayan Restoren. Sambil merehatkan si kudo jantan, membiarkan ia sejuk setolah ponat berlari jauh. Sudah waktu lunch sekarang, tak tau nak order apo dokek situ.. restorennyo btol2 tepi laut. Angin bertiup tp angin laut cukup panas. Den order Nasi Ayam Kunyit bersamo Teh-O Ais.

Setolah perut di isi, den sambung laie. Kini berpatah balik melalui jalan samo sampai la ke simpang last tadi.. tp kali ni den teruskan jo utk ke destinasi seterusnyo. Sekolah dalam perjalanan ini sungguh banyak. Sek. Keb. Morni Pok berado di kiri jalan. Singgah sekejap mendapatkan info penting dan sambung laie perjalanan. Sek. Keb. Tiram Duku dan Sek. Keb. Tanjung Adang berado di kanan jalan dan den singgah sekejap juo bertanyo pada pak guardnyo akan info penting.

Pertamo kali melihat Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP ). Kagum jugo melihat kawasan berkenaan. Banyak kontena.. bangunan jugo lawa dan menarik. Tp den tidak nampak pulo kapal-kapal yang berlabuh. Mungkin dokek bahagian lain kot.
Perjalanan pulang diteruskan, lawatan sudah tamat utk hari ini kerano kesemuo lokasi lawatan sudah dapat dijojaki. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Lima Kedai.. di rumah seorang customer utk install Microsoft Office ke dalam pc barunyo. Cuma amik masa 1o minit jo dan kojo pun siap.


Berakhir la lawatan tidak rasmi ari ini. Sampai di opis badan cukup ponat, layan mato sekojap.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails