Memilih Rupa?
"Naper laki suka pilih rupa kalu nak berkawan?"
"Rupa tu penting ke kalau nak berkawan? kalu tak lawa camne?"
"Err.. naper kena tengok rupa dulu ker nak berkawan?"
Nah.. itu dia soklan-soklan yang sering manusia ajukan dalam sesi bincang potang mahupun dalam sesi pengoratan semaso. Sebonarnyo eh orang yang ajukan soalan camtuh seolah mereko kurang yakin pada diri sendiri.. atau mereko berado dalam kategori perasaan yang amat. Dan soalan itu datang dari keduo2 bolah pihak cumo peratusannyo ajo berbezo. Peratusan itu di menangi oleh pihak binti...
Kalu nak ikutkan, bukan ajo golongan lelaki yang memandang rupo dalam memilih toman idup.. tetapi pompuan juo begitu. Tidak dinafikan samo sekali golongan binti ini jugo apo kurangnyo dalam memandang rupo akan sang jejako. Jiko teraso akan kurang minatnyo terhadap rupo tersebut.. mereko tidak akan menerimonyo atau memandangnyo walau sebolah mato pun..
RUPA merupakan salah satu anugerah dariNYA.. jadi tidak hairan la kalu ia menjadi rebutan. dan memilih rupo juo adalah terkandung dalam sunnah Rasullullah S.A.W. Mari kito samo2 pelajarinyo..
Dalam sunnah ado mengatokan.. carilah kamu akan teman idup yang mengikut 4 perkara... iaitu Pertama : Agamanya , Kedua : Hartanya , Ketiga : Rupanya dan Keempat : Keturunannya.
Memang yang paling utamo adolah agamo.. jadi sudah tentu memilih Islam akan agamanyo menjadi tunggak segalonyo.. dalam agamo terkandung iman, amal, taqwa, ilmu, adat dan kesopanan dan seanteronyo..
Di dalam Harta pulo terkandung harta itu sendiri, pelajarannya, pusaka dan segalanyo. Itu penting untuk maso dopan dalam membino institusi keluargo apatah laie pado zaman sekarang ini.. tp kebanyakkan orang silap paham dengan mengatakan.. " apa ada pada harta? bukan leh bawak masuk kubur.." mereka silap kerano dongan harto la segalo macam jenis ibadah juo boleh dilakukan. Di amik sedikit contoh iaitu sedekah dan amal jariah, ibadah haji, zakat dan macam2 lagi. Jiko tiado harto... adokah dapek buat itu semuo?
Kemudian RUPA... yer, rupo memainkan peranan penting juo. Dalam rupo di sebut kecantikan wajah dan tubuh badan iaitu kecantikan fizikal. Rupo yang cantik dapat menenangkan hati mereko yang melihatnyo. Tubuh badan di sini bererti bersih dan sihat. Cantik dari segi luaran dan jugo dalaman kerano ia akan membantu perhubungan dalam rumahtangga itu.
Lastly iaitu Keturunan yang membawo maksud berkaitan dengan kesuburan. Kerano salah satu tujuan perkahwinan adolah mendapatkan zuriat. Jika subur, mako dengan itu kito dapat membino sebuah keluargo yang bosar. Dalam keturunan jugo menyebut tontang kebaikan dan amalan dalam keluargo mereko. Ini penting juo untuk menjamin hubungan antaro keduo-duo bolah pihak.
Kesimpulan di sini.. tidak menjadi soal sekironyo seseorang lelaki itu mencari calon isterinyo dongan memandang akan rupo itu. Dan penilaian tontang rupo itu bergantung pado individu terbabit.. cantik dan manis pado pandangannyo, mako cantik la juo.. kerano sesungguhnyo ciptaan Allah itu semuonyo sempurno.
Sekian sajo al-kulliyah pado malam ini... wabillahi taufik wal hidayah.. assalamualaikum wbt..
0 comment:
Post a Comment