Cerito Ghayo Aidiladha 4

Potang 23hb den mulo bertolak dari tanah kelahiran eden, Kg. Padang Siam bersamo sepupu eden menaiki 'sang kancil' putih itu. Banyok sungguh barang disumbat kedalam keto yang kocik tu, semuo barang sepupu eden. Barang den cumo satu ajo, beg pakaian yang ringan sungguh.

Perjalanan terus menerus dan singgah di Dungun dah pun pukol 10.00pm. Amik akak eden dokek umah mentua dio. Dan meneruskan perjalanan yang masih jauh. Dalam keto dok bincang tontang tabung koperasi keluargo semalam dan perancangan seterusnyo. Maklum la akak eden nih kan setiausaha.. jadi beliau kono la melaporkan dalam minit mesyuarat walaupun beliau tiado maso mesyuarat itu.

Sodar tidok sodar dah pun hampir dokek Kuantan. Den teruskan ajo poie menghantar akak dan sepupu eden dokek umah sewo dorang. Selopaih memunggah barang, den terus pocut balik umah abang eden coz nak antorkan keto nih. Dokek situ member eden dah sampai pun dan akan bertolak samo-samo ngan eden ke Johor Bahru.

Den bagi kunci dokek abang eden, salam ngan akak ipar dan abang eden dan terus naik kereto member eden plak dan bertolak terus. Hantar adik ipar member eden plak ke kolej beliau dokek Kolej Info Tech Mara, Kuantan. Pak guard gilo plak yang jago dokek pintu. Tak nak bukokan pintu pagar dan suruh masuk jalan kaki yang jaraknyo kurang lebih 500 meter. Waa..jalan kaki dongan beg yang berat dan barang2 lain laie. Terpakso la member eden dan isteri beliau tuh poie menghantar adiknyo. Den tunggu dokek kereto ajo di depan pintu pagar kolej. Dalam hati dok maki hamun pak guard yang tuo lagi kerek itu. Tak samo dongan pak guard yang maso jago ketiko balik berayo ari tu. Yang ari tuh bleh gak tulun bukakkan pintu pagar dan benarkan masuk ambil tetapi pak guard tuo yang malas lagi eksyen itu tak bonarkan langsung.. cukup meluat den nengok dongan malas sambil membaco akhbar. Terpikir dokek kepalo otak den.. nak ajo den antorkan komen dokek akhbar tontang sikap pak guard dokek kolej tu yang tak berhati perut. Iyo la.. kitorang bukannyo dari daerah yang dokek.. dah la ponat2 nak antor dari jauh.. di suruh jalan kaki dongan jarak 500 meter dalam kegelapan malam. Kalu adik ipar member eden tuh lelaki.. takpo la jugok.. tapi pempuan. Karang kono rogol karang nak salahkan sapo? Salah pak gad tuh la..

Kendian perjalanan di teruskan melalui Segamat. Den pecut kereto dalam 120km/j , takleh laju2 sobab waktu malam jalan tak nampak karang ado lombu atau kobau tido atas jalan ghayo.. sapo yang susah? Dari Yong Peng keluar dan naik ke Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS ). Dokek Plus baru la boleh den pecut sampai 140km/j. Den naik Wira ajo, jadi tak berani nak pecut lebih dari tuh. Kalu bawok keto macam ND punyo tuh baru la leh pecut sampai 200km/j.

Kol 5.00am baru den sampai dokek umah sewo di Pulai Utama, Skudai. Badan dah ghaso songal-songal semacam ajo. Basahkan badan skit dan den terus rebahkan badan dokek katil. Tibo-tibo jo tak sampai 5 minit dah ghaib ke alam yang laie satu....

Cerito Ghayo Aidiladha 3


Pagi ghayo tak sodar apokobondo eh. Bangun ajo dah pukol berapo. Humang aih.. rugi bona eh tak dapek nak semayang ghayo. Family semuo dah takdo dokek umah mungkin semuo berkumpul dokek umah atok. Lokaih ajo den bangun mandi dan bersiap. Start keto dan poie umah atok.

Takdo plak orang dokek umah atok ni. Ooo..den lupo la pulok. Dorang semuo poie korban lombu dokek umah jiran. Dah 3 tahun la jugok ghasonyo den tak turun padang menjongah orang korbankan lombu. Ontah la.. den nih malaih bona eh nak nolong buek kojo melapah lombu. Bukan apo, den takleh bau perut lombu, daging lombu, taik lembu. Raso mual tibo-tibo jo. Tu yang den ghaso fobia skit nak turun padang menolong orang kampung korbankan lombu. Jadi untuk tidok meghaso serbo saloh, mako den mengorbankan diri menjadi drebar bawok mama dan sedaro poie berayo dan jengah sedaro maro yang lain.

Bolah tongahari lopaih semayang Jumaat, juadah hasil dari korban lombu dah siap. Makan dokek umah atok eden. Tiap kali beghayo umah atok la jadi tumpuan. Umah eden plak akan ditutup dan semua family berkumpul umah atok. Ghayo keduo baru la umah eden dibuko kepado tetamu.

Malam ni ado perjumpaan ahli keluargo. Dah lamo den dok plan nak buat perjumpaan dongan semuo ahli keluargo tapi malam nih masih ado yang bolom cukup laie ahli keluargo atok yang seramai 46 orang memandangkan abang eden dan family beliau tak balik, pehtu sepupu eden yang kojo dokek KL pun tak balik jugok. Tapi apohal pun perancangan eden totap den nak teruskan juo.

Sebonarnyo den rancang untuk wujudkan sebuah tabung Koperasi Keluarga. Dan den namokan sebagai Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Said. Perancangan ni den rancang sojak 3 bulan lopaih, itupun idea den dapek selopaih terbaco satu blog yang mano penulisnyo nak buat koperasi keluargo. Jadi den pun mendapat idea utk laksanokan juo dalam keluargo eden mengikut perancangan den tersendiri hasil perbincangan dongan akak dan sepupu eden.

Selopaih semuo ahli keluargo dah berkumpul, den mulokan ucapan eden selaku Pengerusi Majlis. Perkaro utamo yang den nyatokan pado semuo ahli keluargo adolah tujuan utamo untuk mewujudkan tabung koperasi ni dan manfaat yang boleh didapati dari kewujudannyo. Sedikit sebanyok ahli keluargo semuo dapat paham selopaih ado sesi soal jawab. Alhamdulillah, den dapek jawab sebarang kemusykilan yang bermain di minda semuo ahli keluargo. Pado mulonyo den takut sangat perancangan eden ini tidak diterimo oleh ahli keluargo atau ado yang tidak bersetuju tetapi semuo yang den fikir meleset samo sekali. Mujur la semuo ahli keluargo dapek memberikan kerjosamo yang den harapkan.

Kemudian penyudahnyo.. jawatankuaso dilantik dan Atok selaku Penasihat, eden pulo selaku Pengerusi , akak eden plak selaku Setiausaha dan sepupu eden merangkap sebagai Bendahari. Manakalo ahli yang lain sebagai jawatankuaso bertindak memastikan segalo perjalanan sistem tabung koperasi ini tidak tergendalo dan lancar segalonyo.

Setolah majlis perjumpaan selosai, den merebahkan badan dan menonton tv dokek umah atok sampai la ke tongah malam. Baru mulo nak beransur pulang untuk beradu.


bersambung...




Pepatah Melayu : Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.
Ertinya : Orang yang bercakap besar tetapi tiada pengalaman sebenarnya.

Cerito Ghayo Aidiladha 2

Jam 4.00pm waktu timur semenanjung, den mulo bertolak dari Kuantan menaiki 'Sang Kancil' milik abang eden yang den kono bawak balik ke kampung bersamo dongan akak dan sepupu eden. Perancangan perjalanan kali ini adalah mengikut beberapo daerah laie dalam peto minda iaitu Kemaman - Kerteh - Paka - Dungun - Kuala Berang - Setiu - Besut - Pasir Puteh - Machang - Tanah Merah - (padang siam).

Keadaan 'sang kancil' yang agak daif tidak membonakan pecutan melobihi tahap yang dibonakan kerajaan. Jiko waktu malam semalam pecutan melampaui tahap keselamatan, tapi ari ini sungguh skema sekali eden menjadi pemandu. Sungguh berhemah.

Sampai dokek Dungun lobih kurang kol 6.00 potang. Kono turunkan akak eden dokek situ disobabkan suami beliau dah tunggu disitu. Suami beliau merupokan anak jati Dungun dan ghayo aji kali ni merupokan ghayo pertamo akak eden tidak dapat berayo bersamo keluargo di kampung. Dan beliau akan berayo bersamo dongan keluargo mentuo beliau dokek Dungun.

Perjalanan diteruskan. Jalan sedikit sosak bilo sudah memasuki daerah Besut. Lenguh sungguh ghaso kaki, nak tercabut eh palo lutut eden nih. Melangkah masuk ke negeri tanah tumpah darah lebih kurang jam 10.00 malam waktu tempatan.

Kepalo eden ghaso cam nak pocah ajo. Poning dan berdenyut-denyut. Mungkin sobab kepanasan dalam keto seharian. Den pocut keto agar copek sampai dokek umah. Keto menjojak ke tanoh Padang Siam sekitar jam 11.30 malam dan akhirnyo beronti dokek umah atok eden dalam keadaan yang selamat tapi kepalo ghaso nak antok jo dokek tanggo umah.

Dokek umah atok ado family blom tido. Nenek, mama dan mek(mak saudara) masih di dapur tongah membalut ketupat. Den dan sepupu den join duduk di dapur dan berborak bersamo mereko. Maklum la orang jauh balik sekali sekalo sudah tontu banyak nak bertanyo itu ini. Sembang dan sembang tak sodar maso berlalu. Dah kol 1.30 pagi masih laie di dapur. At last semuo dah siap dan pakat ngantok, beransur pulang.

Den pulang ke umah eden yang jaraknyo lobih kurang 200 meter dari umah atok eden. Sampai dokek umah, basuhkan badan dan terus melayari bahtero indah. Penat siottt..


bersambung....



Pepatah Melayu : Burung yang liar jangan dilepaskan, khabar yang mustahil jangan didengarkan.
Ertinya : Jangan bercakap dan percaya akan sesuatu perkara yang kita tidak ketahui secara khususnya.


Cerita Ghayo Aidiladha 1

Den terlambat untuk bercerito tontang ari ghayo aji dokek sini. Takpo, Seribu Satu Malam totap ado disini menanti den bercerito ceriti. Moh den bawokan ekorang menjolajah ke dalam minda eden berkongsi pengalaman dan konangan.

Tanggal 19 Januari 2005, pado bolah malam lobih kurang jam 8.00 malam den bertolak daghi rumoh sewo eden nih bersamo dongan kawan eden dan isteri beliau. Seperti biasonyo den la yang menjadi drebar. Selopaih mengisi minyak ponuh satu tangki, kami menoruskan perjalanan. Plan perjalanan kali ini mengikuti beberapa daerah iaitu Senai - Kulai - Kota Tinggi - Mersing - Endau - Rompin - Pekan - Kuantan. Jalan malam ini tidak la sibuk sangat memandangkan ghayo aji nih mano ramai sangat orang dapek cuti jadi tak ramai la yang balik kampung.

Perjalanan sampai ke sempadan Johor - Pahang. Tibo-tibo ado road-block la plak tongah-tongah malam ni. Den dongan selambo bonti dan tegor encik polis itu tanpo raso takut pun.

"Mintak lesen" arah encik polis sambil menyuluh dalam kereto.

Den bukak wallet, den amik satu persatu. Terpandang lesen sambung. Alamak.. dah mati la plak. Takpe..bagi jerk la kat encik polis nih. Den dah gabra.. sampaikan road tax motor dalam wallet pun den kasik sekali.

"Lesen nih dah mati, sila ketepi encik" arah encik polis itu laie.

Dokek mejo dah sedio menanti encik polis yg lain bersamo 'surat jemputan kawin'. Berdiri plak dokek situ OCPD Mersing. Senyum jo dorang dokek den sambil sembang. Den mintak maaf dongan OCPD sebab lesen den mati dan tak perasan, mintak ehsan skit. Lagipun lesen baru jerk 2 hari mati.. tapi OCPD agak berat nak lepaskan. Lopaih den dok mintak dan mintak, beliau tanyo den nih pelajar laie ko.. den leh plak poie cakap den masih belaja dokek UTM. Sekali bilo OCPD nak kasik peluang, encik polis tukang tulis saman plak dah tertulis namo eden atas 'surat jemputan' tu. Lorr... melepas utk dilepaskan.

"Tuh la encik, naper cepat sangat tulis.. kan dah rugi. Kalu tak OCPD dah kasik can dah tadi" mengeluh den ngan encik polis tukang tulis.
Beliau lak senyum simpul bersamo dongan OCPD tadi.. adush.. terbang laie not-not eden nanti. OCPD tu plak gitau, kalu nak bayar kompaun murah, datang Balai Polis Mersing.. insya Allah beliau dapat bantu eden.

Den tukor drebar dongan member den sekojap. Sampai agak jauh skit dari road-block tadi, den tukor balik jadi drebar. Den teruskan ajo perjalanan. Dah tak takut dah sobab dah ado surat saman dah. Paling tidak dalam satu hari hanyo bulih saman satu kali ajo.. nanti kalu ado road-block laie den dah budget akan tunjukkan surat saman ajo..takyah tunjuk lesen ah.

Akhirnyo selamat sampai ke Kuantan jam 1.30 pagi waktu tempatan. Den turun dokek umah abang eden di Kuantan dan member eden bersamo isterinyo menerukan perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan. Masuk ajo umah abang eden, basuh badan sikit dan terus baring dan lenyap dalam alam mimpi. Penat siottt...

bersambung....



Pepatah Melayu : Duduk meraut ranjau, berdiri mengintai jarak.
Ertinya : Hendaklah selalu beringat dan berusaha dalam setiap perkara yang berfaedah bagi diri kita.

Hujung Jari

Mudohnyo zaman sekarang berbanding tahun kebelakangan, kini duduk ajo dokek opis asalkan ado jo duit dalam bank, semuo urusan leh selesai dalam maso tak sampai suku jam. Dah tentu manusio suatu maso nanti makin lamo makin malas jadinyo.

Image Hosted by ImageShack.us

Den boli topup Maxis, tahun lepas blom ado laie dokek Maybank2u ni.



Pepatah Melayu : Hendak bersunting bunga mala
Ertinya : hendak berkahwin dengan perempuan tua.

Ahmoi

Dah 2 tahun lobih Ahmoi jadi milik eden walaupun masih belom berikat rasmi tapi den konal Ahmoi dah lebih 4 tahun dah. Banyak sungguh asam dan garam yang dah dikecapi bersamo. Kalu dolu den dan Ahmoi berbahaso gunakan namo tapi bertukor pulak kepado saya awak sampai sekarang ni. Mungkin nampak lagik mesro dan manjo. Ahmoi tidak la jiwang mano untuk dipanggil beliau sayang, yang atau ayang. Ponah beberapo kali den cubo bergurau memanggil Ahmoi begitu...hasilnyo den yang kono golak dek beliau. Katonyo den mimpi di siang hari.

Ahmoi mudo dari eden setahun. Maso mulo konal Ahmoi dulu maso den aktif bermain bowling dan Ahmoi merupakan sorang staff kat bowling centre tersebut. Bilo den dapat wakil universiti untuk bowling, Ahmoi banyak support eden dari segalo sudut. Thanx to Ahmoi, malah beliau ponah kalahkan eden main bowling. Terbakar semangat eden.

Dalam maso bersamo Ahmoi, banyak sungguh kisah sedih menyelubungi hidup Ahmoi. Semuonyo den rasoi bersamo Ahmoi. Dari start bonti kojo dokek bowling centre akibat ketidakpercayaan boss walaupun duo tahun dah kojo situ, pindah kojo dokek klinik swasta. Masalah doktor yang mementingkan perkauman. Bonti laie dan kojo plak dokek mini market, masalah boss yang tidak tolak ansur. Kendian akhirnyo kojo dokek fast food restaurant hinggo kini.

Banyak den dapek ubah corak kehidupan Ahmoi. Kalu dolu dokek bowling centre, berskirt tapi dah buang semuonyo tu. Kalu dolu pakai baju ketat, sedikit sebanyak mampu dah ubah sekarang. Dan syukur yang terbaru kini Ahmoi dah mulo bertudung. Azam beliau pada Tahun Baru 2005, mungkin juo menunaikan janji beliau pado eden. Samado Ahmoi ikhlas atau tidak pado dirinyo sendiri, yang penting Ahmoi dah mampu lakukan. Harap perubahan itu berkokalan la hondaknyo.

Namun, 2 tahun lobih bukan satu maso yang lamo..dan bukan satu maso yang singkat. Macam-macam dah berlaku dalam maso itu. Hancur luluh bercantum kembali semuonyo bagai satu rutin. Tidak ponah diam dengan hiruk pikuk nada marah dan jerit tempik. Ado yang halus dan ado yang kasar. Tidak ponah diam dari luko melukoi satu samo lain. Bagaikan masih tidak ado keserasian yang nyato dalam hubungan ini.

Selamo itu juo la den sanggup berhujan, berpanas, berembun, bersekang mato demi Ahmoi, begitu juo dongan beliau. Sakit demam, keluh kesah, kesulitan, masalah kojo, kewangan dan segalonyo tiado yang tidak dikongsi. Seolah diri Ahmoi jugo merupakan diri eden. Air mato dah jadi perkaro biaso peneman diri. Tangis Ahmoi bagaikan tangis eden sendiri. Bilo dongar esakan Ahmoi, genangan ini takkan mampu ditahan laie. Biar ianyo luruh dan sembab dipipi.
Tak heran dah kalu nak kato diri ini menangis kerano wanita. Tanyo ajo kawan baik eden yang brutal dan layan lagu black metal tu ah, beliau pun ponah menangis kerano wanita. Apo nak diherankan?.

Dalam 2 tahun.. Ahmoi banyak sakit. Sakit fizikal, sakit mental dan emosi, sakit hati dan segalo sakit yang Ahmoi kono tanggung. Sakit datang dari sifat baran eden juo turut dirasai Ahmoi. Kerano itu Ahmoi tidak tahan dongan diri den ni. Kerano itu juo diberinyo sedikit pengajaran buat eden yang takkan dilupo sampai mati.

Ahmoi.. beliau baran hampir samo dongan eden. Beliau ego hampir samo dongan eden. Beliau degil memang melebihi eden. Ahmoi dolu berjiwa kasar, tidak tau tunduk mengalah. Tapi kini Ahmoi jauh berubah. Ahmoi kini dah lembut, dah kurang egonyo... Ahmoi kini sudah menampakkan ciri kewanitaannyo.

Namun... eden masih juo ego.. eden masih juo memberi Ahmoi masalah. Masih juo lagi menambahkan perit dalam hidup Ahmoi. Masih laie menyakitkan hati Ahmoi. Masih juo laie memandang silap dan laku Ahmoi. Masih juo tidak puas hati dongan sikap Ahmoi. Seolah diri eden ajo yang betol segalonyo. Ontah antu setan apo bondo ado dalam diri eden ini. Mungkin jin ifrit kot.


"To Ahmoi.. if u read this entry bout you... i hope u forgive me for everything i did... Saya tau saya tak ponah bagi awak kebahagiaan seperti yang awak mahu".



p/s: alamak... eden terjiwang plak untuk entry kali ni... Pi mampos ah..den nak nangis dah nih. Syyhhh...jgn gitau orang lain yo...

Gangster

Semalam den poie nengok cito Gangster dongan Ahmoi. Cito ni lakonan Rosyam Nor yang memegang 3 watak sebagai Pengedar Dadah ( Mr. Nala ) , Pelumba Haram ( Legau ) dan Peniaga Warong ( Rosli ). Apek Senario turut berlakon dalam filem ini tapi kurang menyerlahkan kelawakan beliau kerano ado watak waiter lembut lagi menyerlah dan menambahkan lawak dalam filem ini. Den takmoh citokan plot cerito ini, cumo mau memberikan sedikit komen dongan apo yang den tonton.
1. Motif kumpulan ceti haram membawo Rosli ke kawasan perkuburan untuk berjumpo dongan bos beliau cukup lawak...macam takde tempat lain. Mungkin kawasan kubur nampak ngeri la kot.
2. Ketua ceti haram ( Adlin Aman Ramli ) ketika memarahi doktor akibat kematian isterinyo. Wajah beliau dan caro beliau marah tidak menyerlah.
3. Watak Nala memang brutal dan kelihatan 'real'. Dengan gaya rambut, misai dan janggut menguatkan lagi watak itu.
4. Watak Nana yang gedik memang menggedik dongan suaro beliau yang serak basah itu.
5. Rizal ( Ako Mustapha ) amat tidak sesuai membawo watak yang serius. Lebih sesuai bawo watak lawak dan skema.
6. Kehidupan kota nampak real, disko, tarian, mabuk, khayal, arak, gro dan macam-macam lagi menunjukkan Malaysia setaraf dengan negara luar.

Itu jo kot komen yang bleh den ingat. Lain-lain ada tapi nengok korang punyo komen plak ah kalu korang dah nengok.


Janakuasa

"TNB sudah dapat mengenal pasti punca kerosakan di stesen janakuasa di Kapar, dan akan membuat kajian di semua stesen janakuasa."

hahaha.. amat sesuai sekali kenyataan TNB itu dongan pepatah Melayu kali ini...


Pepatah Melayu : Dah terhantuk, baru tengadah.
Ertinya : Sudah berlaku baru mahu mengkaji atau menelitinya.

Tidak Profesional


Jam 10.15 am sampai di tompek yang tolah dijanjikan. Terlewat dalam 15 minit tapi ghasonyo tak menjadi masalah memandangkan dah bagitau awal-awal laie sekitar jam 10 am. Masuk pintu utamo pejabat, kelihatan beliau ado tetamu. Den tunggu...

10 minit berlalu. Masuk jumpo beliau, torangkan bendo yang samo yang tolah den torangkan tempohari. Masih juo kelihatan seperti cicak telan kapur, terngango. Jiko dibandingkan dongan pangkat, sungguh tidak profesional.

Datang laie tetamu, beliau beralih layan tetamu itu dulu. Den plak bagai cicak telan pizza. Terkebil. Takpe. Takpe. Den tunggu...

5 minit berlalu. Sambung perbincangan tontang surat perjanjian itu. Dan tontang data-data yang diperlukan untuk pembangunan sistem itu. Masih ragu-ragu lagi walaupun hampir setuju. Sungguh tidak profesional.

Datang pulo pembekal buku teks, beliau layan pembekal itu dulu. Den plak bagai cicak dah nak putus ekor. Tergedik sano sini dongan mato memerhati ajo. Takpe.. Den tunggu...

5 minit berlalu. Sambung lagi, ulang dan ulang perkaro samo sampai berbuih mulut ini. Sistem ingin dibangunkan secepat mungkin tapi data-data tidak dapek diberi cepat-cepat. Sungguh tidak profesional.

Datang laie tetamu. Den dibiarkan laie menunggu. Tidak mau rugikan maso sendiri.. den bangun poie ambik gambar bangunan sekitar utk dimuatkan dalam sistem nanti. Snap sano..snap sini. Macam jurukamero profesional... bukan macam orang itu yang tidak profesional. Sungguh berbezo tahapnyo dongan orang lain.

Hampir mencecah 3 jam den berado di situ.. semato-mato untuk menjelaskan suatu yang ringkas untuk difahami oleh orang yang profesional tapi bukan beliau. Hampir 3 jam itu jugo sekadar untuk menunggu beliau menurunkan tandatangan di atas kontrak itu.

Tp akhirnyo berjayo juo menamatkan perjumpaan kali ini dan dapek juo beliau menurunkan tandatangan bagi kontrak penggunaan sistem itu. Fuh.. lego ati den..

Ini la nasib bilo kito yang mencari.. bukannyo dicari.!!!

Pepatah Melayu : Ke laut meracik ikan tersenyum siput, ke hutan memancing punai tertawa badak.
Ertinya : Setiap perbuatan itu tertentu baginya, jika ia melakukan yang bukan-bukan, nescaya menjadi sia-sia dan ditertawakan oleh sekalian orang.

Hujan & DVD Copy Samun



Johor dilando musim ujan sojak sehari duo ini.. boleh dikatokan seluruh Negeri Johor bersimbah lembab.. dari semalam ujan tak beronti turun. Walaupun tidak selobat mano, kalu kuar umah tanpo payung sure basah kuyup jugo.

Mako pagi ini den tidak dapek poie kojo. Bangun ajo dari tido ujan masih turun di luar.. macamano nak poie kojo.. naik kudo jantan tanpo baju kalis air sudah tontu samo sekali sampai di opis berlenjunan..tiado guno juo. Jadi buat keputusan untuk melingkar bawah toto di tilam empuk.

Tibo-tibo boss eden msg soh call client tanyokan tontang check. Mungkin beliau ingat den masuk kojo ari ini. Tapi takpo, nasib baik kat umah ado telefon. Terus dial ke opis client dan bertanyokan tontang check tersobut. "In progress at account department".
So, then reply msg boss utk nyatakan pado beliau tontang check tersobut.. kendian den bitau sekali yang eden tak dapek masuk opis memandangkan ujan masih laie turun tanpo henti di luar sano. Ontah apo la gamaknyo yang boss eden pikirkan tu. Al-maklum la staff dio nih bukan ado keto, tunggang kudo jantan sekor tu jo.

Tongahari perut dah mulo keroncong irama dangdut. Terpakso la den call member yang ado keto soh antorkan kek eden yang terkandas di rumah ni. Member den nih buat sewa kereto.. jadi kebetulan plak ado la beberapo orang budak UTM nak sewo kereto beliau. Den pun soh la beliau antorkan keto tuh awal sejam dari maso untuk dihantarkan kepado penyewo. Dapek la den kuar poie makan kojap. Sempat juo singgah kedai buah..den boli pisang. Yaa.. sejak duo monjak nih den suko makan pisang plak. Pisang Berangan.. Sambil makan, sambil berangan depan pc.. sambil chatting sambil surfing. Pado sesorang tu, len kali tanam la pokok pisang berangan pulo.. bilo dah bebuah..sonang nak sedokahkan dokek den.

Singgah jugok kodai CD Haram.. rembat DVD9 dalam 3 keping. Ntah apobondo citor den tak tau tp yang pasti den rembat semuonyo citer porang. Den memang suko nengok citer porang ni, banyak koleksi citer porang yang den ado. Satu laie yang den teringin nak boli citer porang.. koleksi "Band Of Brother's". DVD Haram nih memang murah, cumo RM18 for 3 copies of DVD9 , gilo babeng punyo muroh. Kalu dikiro..cumo RM6 sekeping. Baik boli DVD dari beli VCD Haram yang mmg haram untuk den tonton.. iyo lah.. golap gulito tak nampak apobondo. Pehtu plak sound macam gampeng.. subtitles plak cam siot... membazir jo boli VCD Haram tu..
Sobab tu den skarang sudah tidak lagi menyokong VCD Cetak Rompak.. tapi kini den lobih kepado menyokong DVD Copy Samun.. Haa.. baru la jimat lagi berbaloi !!!

Balik umah, den layan sorang-sorang. Pasang speaker kuat-kuat baru real skit nengok movie porang. Bior jiran tetanggo ingat den tongah dok berporang dalam umah. Sapo yang punyo minat samo macam den??

Pepatah Melayu : Terlentang bersama menadah embun, tiarap bersama memakan pasir.
Ertinya : Senang dan susah biar bersama.

Harapan

Memberi sebuah harapan dan menaruh harapan adolah suatu yang amat jauh perbezaannyo. Jiko kito memberi sebuah harapan kepado orang lain, belum tontu laie kito dapat merealisasikan harapan yang kito boiekan pada mereko. Apo yang kito mampu adolah memberi, selebihnyo penentuan adolah terseroh kepadoNyo.

Menaruh harapan pulo adolah bergantung pado diri sendiri. Sejauh mano yang kito harapkan pado sebuah harapan itu menjadi titik tolaknyo. Selalunyo perkaro atau bondo yang kito suko sudah tontu kito akan menaruhkan harapan yang tinggi menggunung untuk memilikinyo. Sekali harapan itu tidak kesampaian.. gunung pun mungkin runtuh menjadi tanoh rato. Mendatar sajo.....

Harapan adalah suatu yang subjektif untuk dirungkaikan. Bilo sobut sajo harapan, sudah tontu ianyo melibatkan suatu yang membawo kepado kebaikan.. samado kebaikan untuk diri sendiri ataupun untuk apo sajo. Itu pemikiran dalam diri sendiri laa, bolum tontu laie apo yang diri sendiri fikir itu bona-bona membawo kepado kebaikan yang mutlak.

Mungkin setongah orang selalu sajo tidak mendapat apo yang mereko harapkan. Lain mereko harapkan lain pulo yang mereko dapek. Memang bonar juo apo yang tercatat seperti dalam blog sorang kawan...

"Saya tidak memperolehi yang saya inginkan, saya mendapat segala yang saya perlukan..."

Untuk mengelakkan segalo kesulitan, ajarilah diri agar tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam segalo bontuk keinginan yang ado pado suatu perkaro atau bondo itu. Dan untuk cubo mendapatkan harapan itu, ajarilah diri agar tidak menyimpan di dalam hati.



Pepatah Melayu : Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa yang tahu.
Ertinya : Kesusahan tiap-tiap orang itu dirinya jua yang terlebih tahu, orang lain tiada mengambil tahu.

Perubahan


Dah masuk tahun baru dah hari nih... blog eden ni raso cam nak tukor namo plak dah... jadik dari "Marang Kerapu Kepunden" skang dah bertukor kepado "1001 Malam". Errr..kenapo malam yo padahal entry-entry ado jugo berkaitan dongan kehidupan siang.? Haa.. sobabnyo den hanyo update blog nih pado waktu malam ajo.. Kalu ekorang perasan la selamo nih.. tapi jarang bonar pengunjung nak nengok waktu posting itu dibuat.

Dan mari juo berjalan-jalan ke duo laie blog eden iaitu "1001 Snapklik" dan lagi satu "1001 Cerihik".


"Pulai 60 sekarang bukan Pulai 60 yang dulu.. Pulai 60 sekarang sudah mempunyai sebuah peti ais".

Hari pertamo tahun 2005 ini juo, hasil dari perkongsian 5 orang penghuni Pulai 60, dapat la sebuah lori menghantar sebuah Peti Ais ke umah sewo eden nih. Dari dulu lagi mahu beli tapi tangguh dan tangguh tapi hari ni dapur umah sudah ado sebuah peti ais berjenamo Panasonic. Sehinggo malam ini peti ais itu masih kosong tak berisi laie. Oh ya.. jugo sebuah Rice Cooker baru yang sederhano bosar cukup untuk 5 orang makan.




Pepatah Melayu : Bodoh-bodoh sepat tak makan pancing emas.
Ertinya : Orang yang bodoh sekalipun tahu juga memilih yang baik pada sangkanya.

Related Posts with Thumbnails