Cerita Ghayo Aidiladha 1
Den terlambat untuk bercerito tontang ari ghayo aji dokek sini. Takpo, Seribu Satu Malam totap ado disini menanti den bercerito ceriti. Moh den bawokan ekorang menjolajah ke dalam minda eden berkongsi pengalaman dan konangan.
Tanggal 19 Januari 2005, pado bolah malam lobih kurang jam 8.00 malam den bertolak daghi rumoh sewo eden nih bersamo dongan kawan eden dan isteri beliau. Seperti biasonyo den la yang menjadi drebar. Selopaih mengisi minyak ponuh satu tangki, kami menoruskan perjalanan. Plan perjalanan kali ini mengikuti beberapa daerah iaitu Senai - Kulai - Kota Tinggi - Mersing - Endau - Rompin - Pekan - Kuantan. Jalan malam ini tidak la sibuk sangat memandangkan ghayo aji nih mano ramai sangat orang dapek cuti jadi tak ramai la yang balik kampung.
Perjalanan sampai ke sempadan Johor - Pahang. Tibo-tibo ado road-block la plak tongah-tongah malam ni. Den dongan selambo bonti dan tegor encik polis itu tanpo raso takut pun.
"Mintak lesen" arah encik polis sambil menyuluh dalam kereto.
Den bukak wallet, den amik satu persatu. Terpandang lesen sambung. Alamak.. dah mati la plak. Takpe..bagi jerk la kat encik polis nih. Den dah gabra.. sampaikan road tax motor dalam wallet pun den kasik sekali.
"Lesen nih dah mati, sila ketepi encik" arah encik polis itu laie.
Dokek mejo dah sedio menanti encik polis yg lain bersamo 'surat jemputan kawin'. Berdiri plak dokek situ OCPD Mersing. Senyum jo dorang dokek den sambil sembang. Den mintak maaf dongan OCPD sebab lesen den mati dan tak perasan, mintak ehsan skit. Lagipun lesen baru jerk 2 hari mati.. tapi OCPD agak berat nak lepaskan. Lopaih den dok mintak dan mintak, beliau tanyo den nih pelajar laie ko.. den leh plak poie cakap den masih belaja dokek UTM. Sekali bilo OCPD nak kasik peluang, encik polis tukang tulis saman plak dah tertulis namo eden atas 'surat jemputan' tu. Lorr... melepas utk dilepaskan.
"Tuh la encik, naper cepat sangat tulis.. kan dah rugi. Kalu tak OCPD dah kasik can dah tadi" mengeluh den ngan encik polis tukang tulis.
Beliau lak senyum simpul bersamo dongan OCPD tadi.. adush.. terbang laie not-not eden nanti. OCPD tu plak gitau, kalu nak bayar kompaun murah, datang Balai Polis Mersing.. insya Allah beliau dapat bantu eden.
Den tukor drebar dongan member den sekojap. Sampai agak jauh skit dari road-block tadi, den tukor balik jadi drebar. Den teruskan ajo perjalanan. Dah tak takut dah sobab dah ado surat saman dah. Paling tidak dalam satu hari hanyo bulih saman satu kali ajo.. nanti kalu ado road-block laie den dah budget akan tunjukkan surat saman ajo..takyah tunjuk lesen ah.
Akhirnyo selamat sampai ke Kuantan jam 1.30 pagi waktu tempatan. Den turun dokek umah abang eden di Kuantan dan member eden bersamo isterinyo menerukan perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan. Masuk ajo umah abang eden, basuh badan sikit dan terus baring dan lenyap dalam alam mimpi. Penat siottt...
bersambung....
Pepatah Melayu : Duduk meraut ranjau, berdiri mengintai jarak.
Ertinya : Hendaklah selalu beringat dan berusaha dalam setiap perkara yang berfaedah bagi diri kita.
0 comment:
Post a Comment