Cerito Ghayo Aidiladha 3


Pagi ghayo tak sodar apokobondo eh. Bangun ajo dah pukol berapo. Humang aih.. rugi bona eh tak dapek nak semayang ghayo. Family semuo dah takdo dokek umah mungkin semuo berkumpul dokek umah atok. Lokaih ajo den bangun mandi dan bersiap. Start keto dan poie umah atok.

Takdo plak orang dokek umah atok ni. Ooo..den lupo la pulok. Dorang semuo poie korban lombu dokek umah jiran. Dah 3 tahun la jugok ghasonyo den tak turun padang menjongah orang korbankan lombu. Ontah la.. den nih malaih bona eh nak nolong buek kojo melapah lombu. Bukan apo, den takleh bau perut lombu, daging lombu, taik lembu. Raso mual tibo-tibo jo. Tu yang den ghaso fobia skit nak turun padang menolong orang kampung korbankan lombu. Jadi untuk tidok meghaso serbo saloh, mako den mengorbankan diri menjadi drebar bawok mama dan sedaro poie berayo dan jengah sedaro maro yang lain.

Bolah tongahari lopaih semayang Jumaat, juadah hasil dari korban lombu dah siap. Makan dokek umah atok eden. Tiap kali beghayo umah atok la jadi tumpuan. Umah eden plak akan ditutup dan semua family berkumpul umah atok. Ghayo keduo baru la umah eden dibuko kepado tetamu.

Malam ni ado perjumpaan ahli keluargo. Dah lamo den dok plan nak buat perjumpaan dongan semuo ahli keluargo tapi malam nih masih ado yang bolom cukup laie ahli keluargo atok yang seramai 46 orang memandangkan abang eden dan family beliau tak balik, pehtu sepupu eden yang kojo dokek KL pun tak balik jugok. Tapi apohal pun perancangan eden totap den nak teruskan juo.

Sebonarnyo den rancang untuk wujudkan sebuah tabung Koperasi Keluarga. Dan den namokan sebagai Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Said. Perancangan ni den rancang sojak 3 bulan lopaih, itupun idea den dapek selopaih terbaco satu blog yang mano penulisnyo nak buat koperasi keluargo. Jadi den pun mendapat idea utk laksanokan juo dalam keluargo eden mengikut perancangan den tersendiri hasil perbincangan dongan akak dan sepupu eden.

Selopaih semuo ahli keluargo dah berkumpul, den mulokan ucapan eden selaku Pengerusi Majlis. Perkaro utamo yang den nyatokan pado semuo ahli keluargo adolah tujuan utamo untuk mewujudkan tabung koperasi ni dan manfaat yang boleh didapati dari kewujudannyo. Sedikit sebanyok ahli keluargo semuo dapat paham selopaih ado sesi soal jawab. Alhamdulillah, den dapek jawab sebarang kemusykilan yang bermain di minda semuo ahli keluargo. Pado mulonyo den takut sangat perancangan eden ini tidak diterimo oleh ahli keluargo atau ado yang tidak bersetuju tetapi semuo yang den fikir meleset samo sekali. Mujur la semuo ahli keluargo dapek memberikan kerjosamo yang den harapkan.

Kemudian penyudahnyo.. jawatankuaso dilantik dan Atok selaku Penasihat, eden pulo selaku Pengerusi , akak eden plak selaku Setiausaha dan sepupu eden merangkap sebagai Bendahari. Manakalo ahli yang lain sebagai jawatankuaso bertindak memastikan segalo perjalanan sistem tabung koperasi ini tidak tergendalo dan lancar segalonyo.

Setolah majlis perjumpaan selosai, den merebahkan badan dan menonton tv dokek umah atok sampai la ke tongah malam. Baru mulo nak beransur pulang untuk beradu.


bersambung...




Pepatah Melayu : Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.
Ertinya : Orang yang bercakap besar tetapi tiada pengalaman sebenarnya.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails