Gangster

Semalam den poie nengok cito Gangster dongan Ahmoi. Cito ni lakonan Rosyam Nor yang memegang 3 watak sebagai Pengedar Dadah ( Mr. Nala ) , Pelumba Haram ( Legau ) dan Peniaga Warong ( Rosli ). Apek Senario turut berlakon dalam filem ini tapi kurang menyerlahkan kelawakan beliau kerano ado watak waiter lembut lagi menyerlah dan menambahkan lawak dalam filem ini. Den takmoh citokan plot cerito ini, cumo mau memberikan sedikit komen dongan apo yang den tonton.
1. Motif kumpulan ceti haram membawo Rosli ke kawasan perkuburan untuk berjumpo dongan bos beliau cukup lawak...macam takde tempat lain. Mungkin kawasan kubur nampak ngeri la kot.
2. Ketua ceti haram ( Adlin Aman Ramli ) ketika memarahi doktor akibat kematian isterinyo. Wajah beliau dan caro beliau marah tidak menyerlah.
3. Watak Nala memang brutal dan kelihatan 'real'. Dengan gaya rambut, misai dan janggut menguatkan lagi watak itu.
4. Watak Nana yang gedik memang menggedik dongan suaro beliau yang serak basah itu.
5. Rizal ( Ako Mustapha ) amat tidak sesuai membawo watak yang serius. Lebih sesuai bawo watak lawak dan skema.
6. Kehidupan kota nampak real, disko, tarian, mabuk, khayal, arak, gro dan macam-macam lagi menunjukkan Malaysia setaraf dengan negara luar.

Itu jo kot komen yang bleh den ingat. Lain-lain ada tapi nengok korang punyo komen plak ah kalu korang dah nengok.


Janakuasa

"TNB sudah dapat mengenal pasti punca kerosakan di stesen janakuasa di Kapar, dan akan membuat kajian di semua stesen janakuasa."

hahaha.. amat sesuai sekali kenyataan TNB itu dongan pepatah Melayu kali ini...


Pepatah Melayu : Dah terhantuk, baru tengadah.
Ertinya : Sudah berlaku baru mahu mengkaji atau menelitinya.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails