Projek Tani Bindu
Pagi. Menggeliat malas nak bangun tapi kak ros dah sms awal-awal. Ingatkan supayo datang awal. Bertolak dari umah airiz menuju ke lokasi pertemuan di simpang
Kampung Bindu. Kedapatan sudah ramai jugo yang sampai awal. Kelihatan Berry dan Ajun menunggu dalam kereta. Say hi to
Ajun. Cumo menunggu sorang dua peserto yang paling '
jauh' sampai. Orang dari Tongkang Pecah. Yang cuma 5km mungkin dari simpang itu.
Semuo cukup. Konvoi bergerak masuk ke Kampung Bindu. Menuju ke kawasan ladang kelapo sawit. Sekitar ada kebun orkid, kebun sayur dan sebelahnyo ado kebun katak. Tuan kebun,
Encik Ahmad dan
Kak Yah sudah sedio menanti kehadiran kami.
Aktiviti dimulokan dongan bersarapan. Den sental satu nasi lomak copek-copek sobab takmau terlopas aktiviti meng'snapklik'. Kak Ros dan sorang ketua puteri umno cawangan memberikan sepatah duo kato. Den tergolak bilo Kak Ros gitau yang kitorang wartawan dan akan masukkan dalam berito. Yer btol. Cerito projek ini akan tersebar satu dunio.
25 peserta dibahagikan kepado duo kumpulan. Dan menuju ke tapak batas kacang panjang yang harus dibersihkan. Ado lobih kurang 30 batas. Kumpulan 1 mengambil 15 batas di hadapan, dan selebihnyo diserahkan kepado kumpulan 2. Aktiviti mencabut akar kacang panjang dan membuang segala semak samun sekitar batas itu berjalan lancar. Yang perempuan memetik kacang panjang yang masih segar. Dapat la jugo kumpul satu kereta. Kereta tolak.! Kelihatan kak ros dan kak yah amat bertenago dan bersomangat. Begitu jugo dongan peserto lain. Kepenatan kitorang terisi dongan lawak jenako dari kak yah. Yang memang dah terkonal sebagai
Pelakon Wanita Terbaik, Sketsa KLD.
Masih tinggal lebih kurang 10 batas tidak dibersihkan memandangkan kesuntukan maso. Matahari dah di atas kepalo. Aktiviti seterusnyo adalah memasak kacang. Tugas sepatutnyo disorahkan kepado kaum lelaki tetapi memandangkan semuo tangan bangku, mako semuo perhatikan ajo. Kecuali sorang. Awie, staff sebuah hotel di Batu Pahat mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman beliau di hotel untuk memasak di kebun. Kalau C
hef Wan tengok sure dia hire si awie jadi pembantu khas. Hasil masakan awie amat memuaskan sungguh. Walaupun nampak brutal, tapi awie lembut didapur. Wahai gadis-gadis, dapatkan chef awie di pasaran sekarang. Harga saham sudah melambung tinggi di Bursa Saham 1001 Malam.
Lauk pauk dan nasi masakkan adik Kak Ros dah sampai akhirnyo. Masa untuk lunch. Lalat pun sibuk nak join samo. Dari awalan sampai akhiran, lalat banyak tak ingat. Entah ado pesta apobondo ontah dokek bangsal tu. Pesta pasar ramadhan gamaknyo. Ado banyak makanan. Ontah dari mano datangnyo lalat. Padahal takdo ladang ternak ayam dokek situ.
Masakkan sungguh menyelerokan. Gulai ikan pari, ikan kering, sayur kacang, baby kailan, ikan goreng. Perghh.. menjilat pinggan. Dan air oren sunquick. Siapo kato kojo dokek kebun takleh makan sodap-sodap.? Cumo makan sambil menggaru-garu akibat miang dan gatal kono ulat bulu naik daun.
Abis makan, kemas apo yang patut. Aktiviti sembang dan memberi laluan nasi turun ke usus besor utk proses penghadaman dan pengisaran. Sambil itu seloka gurauan dari kak yah tidak ponah jemu. Mengusik emak kak ros, yg jugo merangkap emak kak yah. Emak kak ros suko melatah dan pandai bergurau. Ayat yang keluar dari mulut dio membuatkan anak-anak mudo ketawo mengekek. Kak yah tidak habis-habis mengusik omaknyo itu. Sempat jugo eden bermain sekejap dongan
Balqis. Anak sedaro Kak Ros.
Den sepanjang maso tidak lopaihkan peluang mengabadikan konangan ini. Apo sajo yang dirasokan menarik akan terpapar akhirnyo di
Gallery eden. Anak-anak gadis plak sibuk bertanyokan apo erti '
melantit'. Dorang golak sakan untuk menyebutnyo. Den torangkan satu persatu dan cubo meracun mereko untuk mengikut aktiviti Geng Jurnal. Den pasti, selopaih ini perkataan '
melantit' akan bermain dibibir masyarakat Batu Pahat bermulo dari Tongkang Pecah. Mungkin.Mungkin maso akan datang, mereko ingin join untuk menguji jiwa kental di KLD. Insya Allah.
Sebelum bersurai, seperti biaso sesi fotografi untuk konangan. Konangan adalah segalonyo.!!
Dan sedikit buah tangan utk semuo peserto bawo balik dan nikmatinyo. Kacang panjang dan terung. Den tidak ambil kerano perjalanan masih jauh, susah mau bawak naik
'kudo betino'.
Singgah melantit lagi di bandar Batu Pahat. Di restoren Maryam. Restoren mamak yang satu-satunya sekitar situ yang buka hari Ahad. Tepi jalan berhampiran traffic light. Air minuman sungguh mahal. 7 gelas air biaso berjumlah RM13 kalau tidak silap. Padahal kalau dikiro tidak sampai pun seploh ringgit. Sudahnyo air tidak sodap, bayaran pulo mahal. Kak Ros, boikot ajolah kodai mamak itu.
Singgah umah airiz berehat kejap. Terlelap sebab kepenatan. Pukol 5.00pm. Bersiap untuk bertolak pulang. 'Kudo betino' dah ready untuk mendehem manjo lagi di lebuhrayo. Ghaso macam tidak mau pulang tapi apakan dayo, kerjayo tidak harus diabaikan.
Sampai di istano menanti sekitar jam 7.30pm setolah singgah mengisi perut. Keponatan. Membawo konangan bersamo-samo melayari bahtera indah. Hanyuttt........
Thanx to Tuan Kebun, Encik Ahmad & Kak Yah, membenarkan kebunnyo ditunggang-langgang oleh kami. Thanx to Kak Ros yang mengepalai aktiviti ini, thanx to kawan-kawan semuo, and special thanx to Airiz and Aiman menumpangkan kasih di teratak mereko. To Berry, nice to meet u 'The Indon Backpacker's" (
Aiman cakap muka Berry macam Hanif Basri ). Hope Berry akan join lagi aktiviti Geng Jurnal.
p/s :
Kak Ros, gitau En. Ahmad, lotakkan namo kebun mereko, Kebun Sayur Geju.