Ketagihan

Ketagih! Eden tidak tahu untuk menyatokan eden ini ketagih tahap melampau atau tidak. Kalu penagih dadah, dikatokan tahap kronik atau penagih tegar. Tak boleh nak hilangkan laie ketagihan mereko tu. Mungkin tahap ketagihan internet eden pun begitu jugak.

Tahun 1998, ketiko menjadi senior di sebuah sekolah memberikan peluang untuk eden melompat ke luar pagar di waktu malam. Saat itu satu-satunya 'cybercafe' yang terdekat adalah sekitar 5km dari sekolah dan kerano ingin sangat berkonalan dongan dunio Internet, maka gagahkan juga berjalan kaki bersamo-samo dua tigo orang laie teman sepelompat. Di 'cybercafe' milik abang kepado rakan sekolah itu menjadi saat perkenalan eden dengan dunio Internet, mengenal apo itu Email, mengenal apoitu Mirc dan mengenal apo itu Internet Explorer.

Ketiko mulo membuko akaun email, eden lotakkan namo email sebagai imayus at yahoo dan sehinggo sekarang email itu masih laie digunokan dan menjadi main email eden. Sungguh penuh konangan email itu. Maso itu tidak banyak peluang yang ado untuk menghantar email. Selepas SPM pada 1998, cuti selamo lebih kurang 6 bulan. Kebetulan eden minto ayah bolikan komputer kerano ingin mengambil kelas belajar komputer. Ayah belikan sebuah komputer Pentium II.

Inilah pertamo kalinyo sebuah komputer wujud dalam keluargo eden. Gembiro sungguh ghaso di hati. Ketiko beli komputer, sudah siap dengan pakej Internet menggunakan dial-up TMNet. Dari hari itu, setiap malam eden akan online dan berjinak-jinak dongan dunio IRC. Satu persatu channel di IRC yang eden join sehinggokan ado membuko channel sendiri dan ado yang menjadi moderator di channel-channel lain. Sedari itu lah eden mulo menanam minat yang mendalam terhadap dunia IT sehinggokan bila keluarnya keputusan SPM, tanpo berfikir panjang eden memilih kursus IT ataupun Sc Computer di Universiti pilihan.

Selamo menunggu keputusan universiti, setiap malam akan berada di depan komputer selepas solat Isyak sehinggalah ke solat Subuh. Selopaih solat Subuh, kalu mato masih boleh bertahan eden akan sambung sampai ke tongahari. Sungguh kronik sekali. Ayah sudah geleng kepalo. Bil internet melambung tinggi. Ayah sudah bising-bising dan bimbangkan tentang kesihatan diri eden. Maklum la tidak tidor malam. Malah tidor pun sekejap jo pado waktu petang itu ajo.

Heboh satu kampung tahu yang eden tidak tidur malam, asyik mengadap komputer. Sedaro maro pun kekadang perli. Bila sudah masuk UTM, komputer di rumah di turut di bawo samo ke UTM kerana eden dapat kursus Sc Computer dan memerlukan komputer untuk belajar. Di kolej, eden antaro yang terawal mempunyai komputer dikalangan rakan sekelas. Di bilik eden la menjadi tompek lepak kawan-kawan untuk menonton vcd samado vcd cerita baik ataupun tidak baik. Sampaikan kekadang eden nak tidor pun tak dapek disobabkan ramai sangat dok lepak dalam bilik merpati itu.

Ketika itu internet takdo di kolej laie. Ketagihan yang amat membuatkan eden dan kawan-kawan lepak di cc. Keluar dari kolej ke cc sekitar jam 8pm untuk makan malam. Dan mulo masuk 'cybercafe' terus sampai lah ke subuh esoknyo. Maklum la, nak balik sudah tidak ado bas laie. Terpakso tunggu jam 6pg untuk pulang semula ke kolej.
Oh.. sungguh ketagih yang amat dengan dunia IRC dan Internet.

Pantang waktu cuti, eden akan bawakan pulang komputer ke rumah. Di rumah, bila pulang dengan keretapi. Ayah ambil di stesen. Balik rumah, letak ajo beg, terus bukak kotak komputer dan sambungkan ke internet. Dan online. Ayah geleng kepalo. Mama pulak marah-marah kerano sampaikan mengabaikan makan tongahari yang beliau hidangkan best-best utk anak terunonyo ini. Sampai mama ponah menangis kerano eden tidak menjamah juadah yang beliau hidangkan kerana ketagihan melando di depan pc melayari internet.
Parah.. parah.. amat parah sekali.

Sampai la sekarang eden masih lagi ketagih. Balik kojo jam 5ptg, eden akan terus on kan pc di rumah. Padahal di opis sudah online 8 jam bersamo geng mak itam dan surfing internet. Masih tidak cukup lagi, sambung pulo di rumah. Cumo sekarang, skop melayari internet sudah bertukar. Dulu melayari forum, chatting irc dan melayari website kurang elok. Tetapi sekarang sudah tukar kepado yang lebih baik sikit. Sikit ajo. Melayari forum masih tidak ketinggalan. Kini sibuk melayari lelaman fotografi untuk belajar tontang dunio fotografi. Dan sibuk menaip di forum.
"Biar Macho di screen.Gagah di keyboard dan Kental di alam nyata!"

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails