Outstation

Pagi-pagi sms Kak Ros.
"Im on the way ke Batu Pahat, nak pegi Kuittho".

Bunyi nada dering coca-cola.

"Meh singgah umah akak tau, dah sampai bagitau"

Erm, cun jugak tu. Itu hari maso poie Projek Tani Bindu tak sompek nak singgah umah Kak Ros, jadi ghasonyo ini hari sompek la den nyinggah kojap.

"Erm, lopaih kojo nanti im singgah, siapkan la makan tongahari". den cumo berseloroh.

Bunyi nada dering coca-cola.

"Jangan lupa datang umah, kak long dah masak ni" ajun antor sms balik.

Alamak! Den cumo berseloroh ajo, tapi kak ros poie masak bebetol. Memulo ingat nak poie sano dan amik Kak Ros poie pekena Nasi Beriani Gam yang glemer kat Batu Pahat, tempat asal usul nasi beriani gam. Sogan eh eden bilo kak ros betol-betol siapkan makan tongahari.

Selopaih selesai kojo dokek Kuittho, eden terus poie umah Kak Ros di pinggir bandar Batu Pahat. Tidak susah sebonarnyo mencari umah Kak Ros. Hidangan tongahari menyelerokan. Den siap tambah nasi laie. Hehehe. As i know, keluargo Kak Ros memang sporting terutamo mak dio. Suka bercerito dan buat lawak. Kak Yah plak sungguh pelik. Tibo-tibo ajo memalu dongan eden macam tak ponah jumpo. Mungkin sobab eden hari ni hensem sikit berbanding jupo sebolum ni. Iyo lah, dongan kemejo longan panjang, seluar slack macam pegawai banci nak poie banci umah dorang. Hehehe...dan itu bukanlah AyAres yang sebonar.

Selopas makan tongahari, Kak Ros bawak poie tompek kojo Kak Yah kat pasar atau lobih topat kodai sayur. Sompat mencuri info berguno dari Kak Yah tontang sayuran. Kak Ros tunjukkan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Selesaikan urusan di situ sekojap dan kemudian jalan-jalan dongan Kak Ros dan opismate den di Dataran Senggaram. Ado karnival kerjayo rakan mudo. Ramai orang Batu Pahat konal dongan Kak Ros. Pegi sano sini ado ajo yang togur dio. Maklum la dolu Kak Ros tokei warong di bandar itu. Ramai la orang konal dio. Respect btol, bukan calang-calang jugo Kak Ros ni.

Kak Ros ada kelas tuisyen. Eden pun poie plak selesai satu duo kojo laie dokek Pejabat Tanah dan jugo dokek bangunan kerajaan di Bangunan Usahasama. Selesai.
Pecut balik ke JB.



Pepatah Melayu: Air mudik sungai semua teluk diranai.
Ertinya: Orang yang boros tiada memilih, mana terlintas semua dibeli.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails