Kembara Mahkota AyAres
Teruja. Melihat posting dari Kak Rosram di forum Geng Jurnal tontang projek tani di Kampung Bindu, Batu Pahat membuatkan eden excited untuk turut serto. Memulo den ingat nak dilaksanokan pada 22hb, den reply mengatokan tidak dapek join sobab akan ke KL untuk jemputan kawin my bestfriend.
Program ditotapkan pado 15.05.05, tiado aktiviti dalam jadual peribadi eden. Mako den totapkan untuk join aktiviti bertani ini. Sihat. Ini jugo peluang eden memenuhkan maso lapang
pado ujung minggu. Motif yang lain untuk survey kawasan Batu Pahat. Veni Vedi Vinci.
Tok Rimau plak kato, "pergi biar ada motif, apa yg dapat diberi dan apa yang dapat diambil".
Den terpakso poie potang Sabtu memandangkan projek tani akan dilaksanokan seawal pagi Ahad. Selopaih balik kojo, den bersiap apo yang patut. Melakukan checking ke atas 'kuda betina' eden. Semuonyo dah longkap.
Jam 3.30pm. Bermulonyo Kembara Mahkota AyAres. 'Kuda Betina' mendengus manjo menyusur jalan-jalan yang ponuh dongan sang gajah, sang kancil, sang rimau. Sesekali 'kuda jantan' berlari laju melintas. 'kuda betina' tidak mampu mengejar 'kuda jantan' walaupun nafsunyo membuak-buak.
Masuk highway Plus dari Tol Skudai. Cuaco sedikit redup, angin bertiup lombap menandokan hari seperti hondak ujan. Risau. Sotiap perhentian yang dilalui, berhonti menyejukkan badan 'kudo betino'. Sambil itu membasahkan tokak dongan tembikai ditabur asam. Hentian Kulai, hentian Simpang Renggam, R&R Machap dan exit to tol Ayer Hitam.
Pekan Ayer Hitam terkonal dongan jualan pasu bungo. Jiko datang ke Johor, tidak sah ghasonyo jiko tidak singgah membeli sebijik dua pasu bungo yang cantik. Nasib naik kudo, kalu naik kancil atau rimau, dah tontu angkut sebijik pasu perhiasan air terjun mini. Cantik sekali.
Melepasi pekan Ayer Hitam, sekitar 20km lagi akan sampai ke jajahan Batu Pahat. Sepanjang jalan den memerhati papan tando. Banyak sungguh 'parit' di Batu Pahat ini. Ada Parit Sulong, Parit Raja, parit permaisuri, parit ayares, parit sulaiman.
Sampai di depan Kuittho. Sms Airiz. Sambil menunggu sambil meng'snapklik' apa ajo yang patut. Airiz datang amik dan terus menuju umah dio dokek Parit Raja. Kiri jalan ado parit yang panjang. Mungkin itu la raja segalo parit di Batu Pahat ini.
Berehat. Makan kuih pau Batu Pahat. Perut yang kosong amat menyelerokan bilo disumbat pau bersamo nescafee panas. Sambil menonton tv. Rumah airiz sungguh murah. Sewonyo cumo RM250.00 sebulan. Mano mau cari rumah 2 tingkat, ado 3 bilik dongan sewo begitu di Johor Bahru. Tapi tidak tahan jugo jiko halaman rumoh sering menghidangkan wangian dari buangan si naughty cat milik jiran sebolah ( pssstt riz.. eko buat lauk je kucing tu... ).
Pengisian malam. Aktiviti menonton wayang. Kingdom of Heaven. Dah booking tiket utk 6 seat di GSW - Golden Screen Wayang itu. Yang join menonton malam itu, eden, airiz, aiman, kak ros, kak yah, berry. Bengang btol dongan penjago tiket tu. Cina tu tak paham baco signboard pawagam tu gamaknyo. "Video Camera are not allowed". Diulang. VIDEO CAMERA. Yang eden bawak bukan video camera, tapi digital camera. Kamero yang aiman bawak kecik tuh pun kono tinggalkan. Cis. Den yang kurang paham atau penjago tiket tuh yang terlalu skema? Dokek Mega Pavillion JB dibonakan plak. Terpakso tinggalkan didalam bilik penyimpanan barang. Den gitau airiz, "kalu ilang..aku tuntut caj 2 kali ganda dari mamat tu".
Dalam wayang bengang lagi. Seat belakang ado anak cino yang ghasonyo nak makan pelempang eden atau berry. Memekak dekat-dekat telingo kitorang. Dah la seat kat GSW tuh macam ampehs.. memang tak bleh lawan Mega Pavillion. Mamat cino tadi ulang alik dalam wayang. 3 kali ulang alik. Ntah apo dio dok peratikan setiap penonton. Macam bangang yang amat. Mengganggu orang nak menonton dengan aman.
Sesi melantit. 5 orang ajo melantit di bandar Batu Pahat. Warong milik pakcik Kak Ros. Nama warong tu, Warong Salina. ( sekali dgr macam walinongsari ..hehe) . Eden order Tomyam Campur. Dah cakap soh dia campur ayam ngan udang dan sotong. Takmoh daging. Tapi yang datang Tomyam Campur berisi campuran batang serai, daun limau, bawang. Ayam cuma ada 4 ketol kecik ajo. Terpakso eden order telor dadar lagi dan mendapat ehsan udang pulo dari Airiz.
Malam sudah larut. Sudah hampir pukol 1.00am. Bandar pun makin sepi. Angkat la kaki pulang ke rumah. Sesampai ajo terus membaringkan diri. Esok perlu bangun awal pagi. Alarm di setkan pado pukol 6.30am.
entry bersambung.... ( sbb terlampau panjang. )
0 comment:
Post a Comment