Kesukaan

Sekonyong-konyong pulanglah sang uda ke negeri asalnya di Pasir Dua Butir setelah selesai segala urusannya di negeri jirannya di mana tempat dia terjumpa sang dara itu.

Sampai saja dia maka dengan tidak sabar akan dia lalu terus membuka bungkusan kecil yang diberi oleh sang dara. Sampaikan dia terlupa yang pada mulanya tadi dia ingin terkencing gara-gara banyak meminum air mineral ketika dalam perjalanan pulang ke negerinya.

Terkoyak sudah bungkusan. Kelihatan sebuah kotak yang cantik bersegi. Di dalam hati dia tertanya-tanya gerangan barang apakah yang terdapat dalam kotak secantik itu. Takkan mungkin sepasang kasut aladdin memandangkan kotak itu tidaklah sebesar mana untuk memuatkan akan sepasang kasut. ( kasut size 8 ?? )

Sang uda membuka kotak perlahan-lahan. Terlihatlah akan dia seseorang menaiki kuda jantan seakan bermain polo. Dan di bawah kuda itu tertulis "Swiss Polo". Maka dengan itu terkejut amatlah akan sang uda dengan apa yang dia lihat di dalam kotak itu.

Rupa-rupanya terdapat dua barang yang kedua-duanya terdapat logo kuda itu tadi. Dan gembiralah sang uda kerana barangan jenama itu merupakan kesukaan dia. Tertanya-tanya akan dia dari manakah sang dara dapat mengetahui akan jenama kesukaannya itu.

Dan malam menjelma lagi. Sang uda tidak mahu melepaskan peluang lalu mengutuskan ucapan terima kasih buat sang dara yang ketika itu entah berada di mana-mana. Kini sang uda dan dara kembali berjauhan dan saling merindu.

Bilakah lagi sang uda akan pergi ke negeri jirannya untuk urusan kerajaan Pasir Dua Butir. Jika ada maka gembiralah hatinya kerana dapatlah dia berjumpa lagi dengan sang dara yang senantiasa menantinya di sana. Hari-hari sang uda berdoa agar bertambah-tambahlah kerja di antara kerajaan Pasir Dua Butir dengan kerajaan jirannya itu.

Begitulah sudahnya cerihik Sang Uda dan Dara yang jauh di mata dekat di hati...

Hadiah


Petang itu di tepi tasik nan indah permai, angin sepoi bahasa Tamil bertiup dari arah tasik menerpa dan menerjah muka sang uda dan dara yang bercanda di tepian tasik itu.

Muka mereka kelihatan bersahaja. Tiada baris kata yang rancak ingin terbit dari mulut mereka. Kelihatan kelu dan kaku. Mungkin masing-masing menyelami hati dan perasaan namun mereka berdua sahaja yang tahu.

Dari kejauhan kelihatan badan yang kurus di tepi tasik menunggu umpan dijamah ikan. Sekali dilontar pancing jauh ke tengah tasik lantas terus menunggu lagi. Perlakuan sang tua kurus langsung tidak mengganggu gugat keheningan petang itu.

Di belakang pula anak-anak kecil bermain buaian dan jongkang-jongket. Sesekali kelihatan sang dara teringin untuk turut sama menyertai anak-anak kecil bermain buaian tanpa menyedari dirinya sudah melangkah alam dewasa.

Tidak semena, sang dara mengubah angin yang bertiup. Dihulurnya bungkusan kecil tanda ingatan dan kasih sayangnya terhadap sang uda. Namun sang uda yang mengelamun mengubati hati sendiri seolah merajuk dengan semua yang berlaku lalu menolak dalam rajukan.

Tapi apakan daya, kelihatan sandiwara itu tidak berkesudahan. Sang dara masih tidak mengerti rajukan sang uda malah meneruskan niatnya untuk bermain buaian. Apakan daya sang uda terpaksa melayan perasaannya sendirian ditemani nyamuk dan unggas senja.

Sayup-sayup kedengaran azan Magrib menandakan hari sudah menjengah malam. Namun sang uda dan dara masih lagi terpacak di tepian tasik. Bayang-bayang di permukaan tasik pun sudah hilang dimamah senja kelam. Menambahkan lagi kelam yang bermain di fikiran sang uda dan dara.

Sang uda tidak mahu mengalah lalu mengangkat kaki menuju ke gerai berhampiran. Niatnya cuma satu, mahu lari dari usikan nyamuk dan unggas gatal yang berterbangan di atas kepala. Tapi malangnya sang dara masih leka di buaian. Melayang perasaan mungkin.

Tidak sesampai hati sang uda, lalu menjemput sang dara untuk turut sama membasahi tekak di gerai itu. Diam lidah. Kaku. Mata tidak tertacap satu sama lain. Mungkin menggunakan deria yang keenam untuk berhubung satu sama lain. Cuma terkadang bibir senyum mengulas tanda hati sudah reda dari rajukan. Tapi malang jua kerana sang dara masih lagi kebingungan dan sering membuat bodoh tidak menentu.

Tidak mahu rugikan masa, terpaksa jua sang uda mengorak langkah menyembunyikan kelam keruh pekat. Menggantikan dengan senda gurau agar kekeruhan menjadi keriuhan agar bakal menimbulkan keceriaan malam yang sudah tiba itu.

Tidak lama. Tidak sekejap. Sang uda dan dara beralih tempat. Duduk di bangku kecil. Bungkusan kecil kini sudah beralih tangan. Ceria sudah menjelma. Senda gurau mengiringi malam yang penuh kelam itu. Mungkin di hati pasangan itu rasa bahagia tidak terhingga, bagaikan dunia hanya milik mereka berdua.

bersambung...

Pelik

Ese pelik. Ada juga yang tidak suka dengan entri 36 purnama di bawah tu. Ia telah mengundang rasa kecil hati ese bila ada yang tidak suka akan entri itu. Ese pelik lagi.

Apa yg pelik dengan entri itu? Ese rasa itu sekadar luahan hati ese. Seperti ese ini menulis mengikut mood dan menulis tentang apa yang ese fikir pada satu-satu masa itu. Jika itu yang ese fikirkan, maka ese tulis.

Kalau. Ese bilang kalau ada yang ikuti jurnal ese sejak tahun 2001-2002 ( dck.gebang) dan 2003 (Mind is mine) dan sekarang berada di Blogspot tentu mereka dapat perasan yang entri ese banyak melibatkan luahan dari hati ese. Samada ketidakpuasan, kesedihan, kegembiraan, kejayaan, kecemerlangan, tentang pelajaran, tentang kerjaya, tentang masyarakat, tentang apa saja yang terlintas di hati ese.

Namun. Pelik ya. Kenapa ada orang tiba-tiba mahu pertikaikan apa yang ese tulis? Adakah penulisan ese harus diubah hanya kerana dipertikaikan begitu?
" Tulisan u bukan untuk dikongsi dengan seorang je, tapi dengan semua orang ".

Ya, tidak dinafikan secara tidak langsung memang sebuah blog adalah untuk dikongsikan dengan semua orang. Jika kita tidak mahu kongsi dengan orang, tulislah dalam diari peribadi dan simpan dalam almari. Kalau buat blog di internet, secara tidak langsung lambat laun orang akan dapat tau juga. Itu la internet. Googlekan saja maka hasilnya terpampang.

Maka dengan itu, pada orang yang tidak puas hati itu, kamu sudah ikuti blog ese sejak duluan lagi. Ese rasa kamu sudah kenal dan sudah tahu isi-isi blog ese malah kamu kenali ese melalui blog duluan juga. Harap kamu buka minda kamu walau kamu terasa hati dengan entri yang ese publish.

Sekian makluman dan luahan ese.

36 purnama

Jika ese masih bersama dia, tentunya semalam sudah genap 36 purnama. Namun, belum pun sempat mencecah 36 purnama dia pergi lebih jauh. Malap sudah. Tidak bersinar menerangai malam-malam sunyi.

Ese. Tetap ingat dia. Dulu ese banyak korbankan segalanya untuk dia. Begitu juga dia. Tabah hadapi dugaan hidupnya. Hitam. Pekat. Pedih. Sakit. Derita. Tapi dia lalui dengan hati yang berbaur kesedihan. Dia telan kepekatan hitam itu sendirian.

Kini. Dia tiada di sisi. Dia sudah jauh entah kemana. Sudah lama tidak ketemui dia. Dia pergi mencari ketenangan untuk diri dia. Ego. Ego dia tinggi melangit. Dia tidak mahu mengaku kalah. Dia takkan mengalah. Sejak dulu lagi dia ego melangit. 48 purnama ese kenali dia, begitulah tingginya ego dia. Sekali sekala saja dia turunkan ego itupun tidak mencecah ke bumi.

Dulu, dia tabah. Kini dia juga masih tabah. Dan ese harap dia terus tabah. Dia. Banyak hadapi kesukaran dalam hidup. Dia. Bukan insan yang cerdik pandai. Tetapi dia, amat rajin berusaha terutama dalam kerjayanya.

Jerih payah dia sudah ese rasainya. Kini dia tidak lagi kongsikan jerih payah. Dia ingin usaha sendiri. Dia ingin bina hidup dia sendiri. Dia masih rindu, ingat, terkenang akan masa 36 purnama bersama. Tapi semua seakan berlalu di bawa kegelapan malam.
Kelam. Suram. Pekat. Hitam.

Zoo Negara

Ramai juga orang dekat Zoo Negara pada hujung minggu. Ese lihat ramai warga asing yang pakai purdah nampak mata saja. Tengok mata mereka saja, ese mengagak tentu wanita itu cantik amat. Mujur dia pakai purdah begitu, jika tidak ese menjamukan mata ese dengan nikmat ciptaan Tuhan itu.

Binatang ada banyak. Ese pergi sana sebab ada pertandingan fotografi anjuran Zoo Negara untuk yang ada kamera digital sahaja. Jalan-jalan keliling zoo. Tidak tahu nak tengok dan snap mana satu. Banyak binatang yang ese skip. Bukan apa. Ada dalam kandang berjaring susah nak snap.

Paling seronok dekat atas bukit. Dekat tempat Orang Utan dok posing sakan. Cis, macam tau-tau saja ramai pengunjung nak tangkap gambar dia, mula dia posing dengan muka 'buat bodoh'.

Shoot paling menarik yang ese rasa adalah burung helang dan juga harimau. Jika kalian nak tengok serba sedikit yang ese sudah uploadkan, sila klik pada menu My Snapklik.

Artis vs Orang Biasa

"Aib pasangan itu perlu dijaga. Kami tidak akan membawa mereka keluar selagi anda semua ada di sini." kata pegawai Jais pada wartawan dan jurugambar yang menanti di luar pangsapuri tersebut.

Kata-kata di atas diluahkan oleh pegawai Jais ketika menangkap artis dan pasangannya yang berkhalwat di Puchong. Ini kes tidak lama tidak baru. Tahun ini juga.

Persoalan timbul di benak ese, kenapa pegawai itu cuba melindungi atau menjaga maruah artis tersebut. Tetapi kalau orang biasa tidak pula mereka jaga begitu. Boleh pula seret dihadapan wartawan dan jurugambar ketika buat sesetengah serbuan di hotel atau mana-mana rumah tumpangan.

2 malam lepas ese tengok berita. Artis juga. Wanita. Yang dikatakan penagih dan pengedar dadah jenis syabu. Tanpa bergari pula. Senyum simpul. Persoalan di benak ese. Kenapa tidak bergari? Kenapa bila orang biasa yang lakukan kesalahan, tangan mereka bergari?

Semalam, artis juga lagi. Lelaki pula. Yang sebelum ini terlibat dalam kes pergaduhan. Dan semalam bila keluar dari mahkamah selepas dibicara. Jalannya mendabik dada. Lagak semacam tidak bersalah. Senyum. Memang mereka sudah biasa dengan kanta kamera. Bila nampak kamera, mereka beraksi seolah macam tengah berlakon lagaknya.

Ada lagi yang lain tapi ese malas ulas semua. Cukup la apa yang patut. Karang artis ambil peguam untuk saman ese. Jika kalian nak lihat lagi artis melayu terlibat dengan jenayah, rujuk di SINI.


Pengajaran : Kenapa agungkan artis sedangkan artis sendiri merosakkan bangsa. Tidak semua ya.

Pesan Ayah


Kalu hari Jumaat, poie masjid awal-awal sebelum khatib baco khutbah. Baru dapat pahalo Jumaat. Itu pesan ayah maso ese kocik-kocik dolu.

Tiap kali Jumaat. Khatib berkhutbah di mimbar, ese pulo kekadang menerawang jauh. Sering teringat akan posan ayah. Juga teringat atok yang sering mengisi saf hadapan masjid di kampung ese.

Ayah. Orang tuo. Ayah tak boleh tahan mato laie. Sering terangguk-angguk dalam masjid. Ayah memang begitu. Kalau topik menarik, cerah pula mato ayah.

Kocik-kocik dolu sering jugo tidor lewat malam dongan ayah melayan cito dari channel seberang yang cakap sebarang apo ese tak paham. Ayah jadi translator. Rugi yang amat ese tak tuntut ilmu dongan ayah sungguh-sungguh. Jiko tidak tontu ese fasih macam ayah, bertutur bahaso orang seberang.

Kini, ayah tolah poie. Poie mengadap Dia yang mencipto ayah. Ayah poie dalam usio yang sudah agak panjang tapi ayah tampak mudo berbanding umurnyo.

Ese. Ese rindu amat pado ayah. Teramat rindu. Ayah amat sayangkan ese. Amat sayang. Tapi ese, banyok sakitkan ati ayah. Banyak.

Maafkan ese, ayah!!

Foto Perkahwinan

Sapo yang tidak mau abadikan konangan kahwin. Mungkin datang hanyo sekali dalam seumur hidup ( jiko tak kawin lain la ). Biarpun majlis itu ringkas namun yang ringkas itu totap mau diabadikan juo untuk ditatapan maso hadapan bersamo anak-anak.

Kini, ese jadi jurugambar perkahwinan ( wedding photographer ). Bermulo sebagai hobi, lamo-lamo ese ghaso berbaloi jugo kalu ese betul-betul serius dalam bidang ini sebagai kojo sambilan ese selain kojo sebonar. Boleh la ese tambah pendapatan dan boleh la lopaih ni ese buat bayar pendahuluan keto Porsche sebijik ( keto kancil pun tak mampu ).

Sebelom ni ese dah amik foto-foto di majlis kenduri mereko ini :
- Nora & Khairul ( my sister )
- Aya & Najib ( my youngest sister )
- Pak Beruang & Dr. Najah
- Ejai & Hasnul
- Bro Petz & Sabrina ( tunang )
- Saleng & Yati
- Aisyah & Zainy

Hari ahad lopaih gi snap majlis kahwin Aisyah & Zainy tu kat Ulu Tiram, Johor. Majlis yang agak ringkas, hanyo majlis akad nikah ajo. Takdo majlis sanding atau renjis-renjis di pilis.

Sapo ghaso nak kawin tu, meh la jomput ese jadi jurugambar utk majlis tunang, majlis kahwin, majlis potong kek, bulan madu dan majlis menimang cahayo mato. Kalu sapo yang jemput melalui blog ni, ese bleh bagi diskaun sebagai pakej geng jurnal. Uar-uar kan pado kawan-kawan anda dokek luar sano yo...

Pening

Ese tak penah terpikir nak duduk dalam bahagian ini. Maso belaja dolu langsung tak sentuh macamano nak menyelesaikan masalah ataupun nak tingkatkan mutu kerjayo dalam bahagian ini.

Ya, ese main terjah. Bukan ese mintak. Ese ditawarkan. Nasib sedikit baik kerano maso belaja ese cubo berdikari dongan buat kojo seperti itu. Pernah jugo kojo sambilan melibatkan bahagian itu.

Kini, tidak samo macam belaja dolu. Kini makin pening. Taktau pun ada, blur pun ada. Boleh juga dikatokan ese cemas. Cemas nak memikirkan camno nak gerakkan bahagian ini agar ia boleh poie lebih jauh dan terus meningkat. Pado ese dilotak batu jemalo yang amat berat ese ghaso nak junjung. Lainlah kalu ese ini dah ado pengalaman bertahun-tahun.

Ah.. orang lain boleh buat kenapo ekau tak boleh? Teruskan ajo, mudahan ekau berjayo. Kalu ekau dilantik jadi Pengurus Pemasaran, laksanokan la tugas ekau dokek bahagian pemasaran tu. Dari setahun ke setahun ekau akan mahir. Mulo la dari bawah baru boleh berjayo. Kalu ekau mulo dari atas, bilo jatuh ekau rasa sakit yang amat. Panjat perlahan-lahan mako ekau akan sampai juo ke puncaknyo.



Pepatah Melayu : Seperti mengadu tuntung jarum.
Ertinya : Terlalu susah hendak menyatakan fikiran yang sukar itu.

Terbang

Pagi-pagi 2 keping not yang ado nombor limo dan kosong terbang. Terbang ke tangan cik misi yang manis menawan berbaju putih biru.

Ini semua gara-gara semalam. Sape suruh ese pegi gigit plastik pengikat stokin yang baru dibeli itu. Nah, padahnya gigi depan terserpih. Buruk.

Puan Doktor lakukan pemeriksaan. Sambil itu tayangkan slide show. Peramah sungguh doktor swasta ini. Sambilan itu memancing ese agar lakukan penampalan kekal. Ya, memang bagus lakukan penampalan kekal itu.

Nah. Puan Doktor cakap, ia bukannya memakan kos yang tinggi sahaja tetapi memakan kos yang Teramat tinggi. Keseluruhan penampalan kekal memakan sekitar empat angka dan angka empat berada di depan sekali.

Humang aih, macam buat pembedahan. Ese tak jadi nak buat.
Bagitau Puan Doktor yang peramah itu.
"Doktor, tunggu la saya kaya sikit lagi yer doktor.. 5 tahun lagi ke". hehehe.

Terima kasih Puan Doktor menerangkan dengan panjang lebar. Moga Puan Doktor juga murah rezeki.

Hambat


Sojak duo menjak, ese dihambat oleh kesibukan ciptaan sendiri. Sibuk dongan kerjayo, sibuk dongan hobi, sibuk dongan ntah apo-apo.

Kerjayo. Banyak projek nak kono handle. Ese sorang ajo handle 3 medium project. Kojap-kojap kono meeting di KL, kojap-kojap kono siapkan proposal, kojap-kojap kono buat demo pado client. Bilo orang dongar, sibuk ngalahkan pak menteri.

Bilo dok dalam marketing department, nak tak nak kono cubo dapatkan projek. Kecik atau bosar terpulang pado kemampuan diri. Dongar ajo namo jawatan dalam kad namo ese, semuo tabik spring. Tapi hakikatnyo adalah hampeh. Hampeh dalam ertikato ketidakpuasan diri sendiri. Tidak puas? Tidak puas dari segi pulangan ke dalam diri bila dah sampai hujung bulan.

Rasa tidak berbaloi. Tetapi kekadang rasa bersyukur. Lumrah manusio biaso. Tidak berbaloi bila memikirkan tahap kelulusan tidak samo dongan pulangan. Rasa bersyukur bilo tahap kesukaran tidak membebankan sangat. Cuma kekadang itu ghaso tolah terlebih had.
Kekadang! Dan yang kekadang itu la membuatkan timbulnya ketidakpuasan. Lebih had? Sukar untuk terangkan tetapi diri ini alami. Dan ese ghaso ramai yang alami. Kerana itu ese syukur dengan apo yang ado. Tapi manusio tidak kuat iman macam ese. TETAP TIDAK PUAS.!!

Related Posts with Thumbnails