30.3.08

Gamble Trip II

sambungan..

Sampai di apartment. Ese dongan kawan bertigo rehat.
Penat tetapi malam masih mudo. Lihat di jam dinding.
Baru 9pm w.i.b.

Lalu, kami telefon operator. Mahu bertanyokan tontang fasiliti yang ado.
Tetapi malangnyo, sudah tutup.
Minta dihantarnyo teksi. Kami mahu keluar keliling kota.
Bersiap.

Datang sebuah teksi biru. Budak mudo pemandunyo.
Kami nyatokan mahu keluar keliling kota.
Mahu jalan-jalan pusing melihat tempat menarik.
Dibawonyo kami ke sebuah discotique.
Mahu masuk ke kawasan itu, ado guard di kawasan masuk parking.
Check kereto takut-takut ado bom. Bahayo kawasan tumpuan macam tu.

Parking takdo. Kami pusing duo tigo kali. Totap penuh. Ramai dihujung minggu.
Si Andi, pemandu teksi tadi. Telefon kawan dia.
Kawannya keluar dari discotique. Lalu naik kereta bersama kami.
Kami keluar dari tempat tu. Tak jadi turun.

Menuju ke pusat bandar. Tiap kali taxi berenti di trafik light,
ramai budak-budak datang minta sedekah. Ado yang bertempek pado taxi.
Andi ambil wang Satu Ribu, lalu hulurkan di tingkap.
Pesan Andi, jangan bagi kalau lihat ado ramai budak-budak.
Dan jangan bagi banyak. Cukup Satu Ribu ajo.

Kereto bergorak laie. Pusing punyo pusing. Andi suko tunjukkan kami discotique.
Ntah apo yang menarik di situ. Mungkin difikirnyo kami ini kaki disco barangkali.
Tapi kami bagitau Andi, kami tidak suko ke tompek begitu.
Andi angguk. Tando paham.

Lalu kami pikir mahu habiskan maso bermain snuker. Pergi ke satu tompek.
Namonyo Titanic. Tempat discotique, bar dan Pool Centre. Jugo terdapat live band.
Kami layan pool selamo satu jam. Menarik.
Ado cewek yang susunkan bola dan ambil bola yang jatuh.
Setiap meja pool memang ado satu cewek yang akan jago.

Sudah boring. Kami naik ke tingkat atas. Ado karaoke.
Andi cadang kami untuk sewo satu bilik VIP.
Tidak mahal. Lapan puluh ribu untuk minima 2 jam hinggo maksima.
Jadi bayar untuk 2 jam ajo dan nyanyilah sampai pagi.
Tempat itu tutup jam 3am.

Andi turut nyanyi samo. Pandai jugak dio nyanyi lagu-lagu dari Malaysia.
Dan kami, pilih lagu yang kami tahu. Macam Letto, Peterpan, Dewa19 dan lain lagi.
Sudah cukup 2 jam, kami pun sudah bosan.
Kami suruh Andi hantar pulang ke apartment.

Janji dongan Andi untuk ambil kami esok tengahari.
Kami naik ke apartment. Dalam satu apartment, ado 3 bilik.
Dan ruang tamu. Dan ado dapur masak.
Sesuai utk bawak keluargo.

bersambung laie...

"Orang kata masjid itu, ukuran menghala ke kiblat kurang tepat",
ese dongar keluar dari mulut Anok Daro Tuo nan sorang itu.

Tak sampai tigo ari ese menulih tontang cakap-cakap orang,
semalam pulo muncul laie sekali.
Ese. Tersenyum sendiri. Tak mampu laie nak betah.

Dalam hati. Nanti ese poie laie sekali lah.
Bawak kompas dan buktikan dengan mato kepalo sendiri.
Hari itu. Lupo pulak nak ukur darjah arah kiblat di masjid itu.
Takpo, yang ini belom ado bukti. Kito jangan cakap pasal ini laie.

Ok jang. Kito kembali ke Cakap-Cakap Orang yang lopeh.
Ini ado sedikit buah tangan. Buat mereko yang mudah percayo
bulat-bulat dan sungguh-sungguh pado mulut orang.
Disclaimer : sebarang statistik ataupun telahan di bawah nanti adalah pandangan peribadi penulis semata-semata. Tidak semestinya tepat dan tidak semestinya betul.

Ini bangunan Pusat Konvensyen, di dalam kawasan Taman Tamadun Islam.
Bangunan ini di tinjau secaro dokek, boleh dikatokan siap dalam 90%.
Memuatkan dewan-dewan yang boleh dibuko luas untuk tujuan konvensyen.
Dan inilah bangunan Masjid Kristal yang femes dan menjadi cakap-cakap orang itu.
Yang dikato orang, berado di tongah pulau.
Yang dikato orang, kalau mahu ke masjid, perlu menaiki bot bertambang RM10.
Yang dikato orang kalau mahu pusing-pusing seluruh kawasan
Taman Tamadun Islam yang dibino di Pulau Wan Man perlu membayar
tambang bot sebanyok RM30.
Itulah dio cakap-cakap orang.
Dan nah. Kenapo pulak tibo-tibo si JAISI ini bulih cun elok parking dopan-dopan
pintu masuk ke Masjid Kristal ini.
Adakah ini olahan fotografik?
Atau si JAISI ni dimuatkan dalam bot dongan tambang RM10 mahupun RM30
untuk sampai ke pintu masuk Masjid Kristal?


Dan ado cakap-cakap orang mengatokan Masjid Kristal ini tidak akan diadokan
Solat Jumaat di sini. Dan ese, membuat telahan. Dalam hati.

Mimbar ini bakal digunokan untuk apo?
Hiasan?
Mengajar ilmu agamo?
Atau bakal jugo dibuek untuk membaco khutbah ketiko solat Jumaat?
Mahupun solat sunat Hari Raya?

Dan telahan ese mengatokan, mungkin akan datang masjid ini akan diadokan solat Jumaat
untuk penduduk kampong Pulau Wan Man ini.

Kalau taman perumahan tompek ese duduk sekarang ini, yang majoritinyo adalah
berbangsa Cina dan India, wujudnyo sebuah surau untuk penduduk Melayu ( Islam ).
Dan dulu, surau itu tidak dibuat solat Jumaat oleh penduduk. Tiado kelulusan.
Tetapi kini, surau itu tolah pun lulus untuk diadokan solat Jumaat.
Mustahilkah atau tidak? Jiko pertukaran status itu berlaku?

Dan ese membuek telahan yang Masjid Kristal ini jugo bakal akan diadokan solat Jumaat.
Bilo waktu dan ketiko kelulusannyo, bergantung pado kelulusan Jabatan Agamo.
Dan kalian, sudah pun mendongar dan percayo cakap-cakap orang.
Walaupun sebelum semuonyo siap sepenuhnyo. ( mungkin baru siap sekitar 90% ).

Dan keseluruhan Taman Tamadun Islam ini, ese lihat masih laie dalam pembinaan.
Terutamo dokek bahagian monumen-monumen.
Mungkin keseluruhannyo termasuk landskap, taman ini baru siap sekitar 70%
walaupun ianyo sudah dirasmikan oleh Sultan Terengganu, DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah baru-baru ini.


Disclaimer : ese bukan pro mano-mano pihak. Mano mungkin. Ese orang kuat Parti Pundak.

25.3.08

Skodeng

'Skodeng is my hobbies' adalah quote yang ado dalam blog ni.
Ese suko skodeng mengikut caro dan definisi ese sendiri.
Banyok bondo ese dapek tau dan belajar hasil dari skodeng.

Tapi baru hari ini ese perasan, ado 'orang' yang sodang skodeng ese.
Terimo kasih Nuffnang.

Errr, sebolum itu. Kalian tau tak apokobondo itu 'skodeng'?
Kalau mengikut kamus DBP, confirm la takdo jang oii.
Jadi ikutlah kamus Wikipedia.
Skodeng membawo erti , Intai.
Kalu dalam bahaso omputih, Peep.

'Orang' yang ese maksudkan ado duo pihak.
Keduo-duo pihak ini punyo kuaso bosar ( barangkali ).
Satu pihak mungkin memantau selopeh ajo abis PRU12.
Maklum lah dokek tag, ese melotakkan PRU12 dan PAS.
Tak kisah lah. Ese tak takut. Ese ni orang kuat parti PUNDAK.
Togak atas paksi. Tidak condong.

Satu laie pihak pulo, ini yang jadi tando tanyo ese. Buek ese sangsi.
Mungkin sodang membincangkan isu hangat di bilik kebal
berkaitan isi blog ese ini. Mahu tunggu sambungan?
Wah, sampai ke bilik kobal yo. Paneh barangkali.

Kalau dalam ceghito tauladan tayangan RTM1,
hanyo Borok Memakan Cili yo yang teghaso podeh dan panasnyo.

Tak apo, kalian bukan borok. Sebab kalian ada akal yang boleh
menilai,membaco dongan tonang dan menganalisa isi blog ini.

Jiko ese menulis di blog ini dongan ponuh emosi, perlukah kalian
menilai dan membaco blog ini dongan ponuh emosi jugok?
Bukankah kalian lobih matang dan berpengalaman dari ese.
Jadi gunokanlah akal dengan bijaksano, fahami apo yang ese cubo sampaikan.

Dan, harap kalian sodar tindakan dan perilaku kalian. Jangan terlalu EGO.

Selalu kito dongar orang tuo berposan,
'Pikir dulu sebelum berkato-kato'.

Dan ingin sekali ese berposan pado Gadis Sunti Ramping,
jangan copek melatah bilo mendongar cakap-cakap orang.
Kelak apo yang kito cakap itu tidak bonar samo sekali,
mako kito tergolong dalam golongan orang yang membuat fitnah.
Samado berfitnahnyo kito pado mano-mano pihak, tidak termaktub dalam
catitan di bahu kiri. Ianyo samo sajo hukumnyo.

Ewah, macam ustaz pulok ese.
Mengalahkan professor di fakulti Gadis Sunti Ramping.
Dan sekali laie berposan, sesungguhnyo jangan sesekali kamu,
terlalu taksub atau fanatik kepado satu haluan sajo kerano kamu sepatutnyo
berdiri di atas paksi yang tidak condong. Paksi PUNDAK.

Dan bilomano kamu berdiri atas paksi Pundak, mako kamu harus melihat
haluan kiri dan kanan kamu itu dari pelbagai sudut, negatif dan positif.
Barulah kamu boleh kuatkan paksi kamu dari segala sudut.

Kato mahu mengemudi Limbang atas paksi Pundak.
Nanti ese tunjukkan bukti betapo apo yang ese pertahankan itu ado juo bonarnyo.
Dan kamu, sudah tersalah tafsiran. Hanyo kerano cakap-cakap orang.

20.3.08

Pulang

Ese rindu. Mahu pulang.
Rindu pado omak, rindu pado atok dan nenek.
Rindu pado suasano kampong laman.
Mahu pulang. Ese rindu.

Kepunden pulang ke pangkuan keluargo tersayang selamo ompek hari.
Khamis - Ahad.

Posanan pado gadis sunti ramping dan anok daro tuo yang ado dokek
rumah tu, silolah jago keborsihan semogo makhluk berbulu jugo
akan pulang ke kampong lamannyo.
Kecuali kalian suko sangat bermadu asmara dongan makhluk berbulu ittew.

Rujuk : Makhluk Berbulu

19.3.08

Streamyx

Sejak akhir-akhir ini, Streamyx buat peel.
Bukan ese sorang, tapi ramai lagi yang kono.
Dalam 1 jam, lebih kurang duo tigo kali Streamyx disconnect.

Pakej 1mb download, dirasokan bagai memakai 384mbps ajo.
Sio-sio ese membayar bil tiap-tiap bulan tanpo miss sebanyak RM90.

Ekorang ado masalah samo tak?

Tiba-tiba Internet down. Ese type 192.168.1.1.
Masuk username dan password.
Ese lihat status, Disconnect. Cubo connect laie. Failed.
Pening. Blur. Tensen.
Ese tak bayar bil telefon kah?

Angkat telefon. Sunyi sepi. Hah? Kono potong kah?

Mencari punco dimano silap. Menyusur laluan kabel.
Ese mau menyiasat dari wall point utamo. Ado dibilik gadis sunti ramping.
Pintu diketuk. Takdo orang berjawab. Pintu dikuak.
Auwww. Ado coli bertebaran sano sini. Saiz kurang dipastikan.
Pedulikan itu. Penyiasatan harus diteruskan.

Tibo-tibo satu makhluk tampak bergorak pantas. Menoleh.
Berbulu lebat. Tegak berdiri di atas katil dalam samar remang bilik.
Dan makluk huduh itu berdesup menyelinap di sebalik coli yang bergantungan.
Kendian sembunyi di balik lemari kecil penjuru bilik.

Ese tarik kabel. Putus. Ado kesan gigitan taring tajam. Putusnyo bergaris-garis.
Kebotulan anak daro tuo yang sorang laie kat bawah tongah memasak.
Makan malam.
Ese menjerit memanggil beliau naik melihat makhluk berbulu yang bersembunyi.
Kami intai samo-samo. Makhluk itu pandang kami tanpo berkelip. Kami takut nak dekat.
Takut dipanjatnyo leher kami dan gigit isap darah.

Kami suspect, itu makhluk peliharaan si gadis sunti bilik sebolah. Patutlah selamo ini bilik itu sentiaso tertutup. Golap. Coli bersepah. Pakaian berlonggok atas katil. Ruponyo memang kegomaran makhluk berbulu untuk lepak dibilik tersebut. Buat teman si gadis sunti ramping.

Pintu ditutup kembali rapat-rapat. Kami tinggalkan makhluk berbulu yang malu-malu.
Gadis sunti ramping masih belum pulang. Keluar bercanda barangkali.
Kami harap dio bulih jago makhluk peliharaannyo agar tidak terlopeh keluar.
Gerun kami. Goli geleman.

Dan agar dia boleh nasihatkan pado makhluk tersebut.
JANGAN GIGIT KABEL TELEFON LAGI. NANTI INTERNET TERPUTUS.

17.3.08

Smart Tag

Ese singgah Pusat Khidmat Pelanggan - PLUS.
Bertanyokan tontang Smart-Tag.
Leceh betol sejak Touch & Go ese ilang dicuri toyol.
Terpakso mengiro syiling dan beratur berderet panjang utk melepasi tol.

Out of Stock, jawab akak manis. Senyum.

Sejak akhir-akhir ini, pengguno lebuhrayo kini sodar akan
kegunoan Smart-Tag. Memang pantas, menjimatkan maso.
Dokek Singapore, semuo kereto wajib menggunokan benda alah ini.
Tapi apo kenamo dorang panggil, ese lupo.

Boli ajo Touch & Go baru, dapat perlindungan insuran dari Etiqa.
Bagus. Perlindungan dalam jangko maso setahun.

Kini, ese sudah ado Touch & Go baru dan ado perlindungan insuran percumo.
Yareebaaaaa.

Kalian yang udah kawin, bakal kawin atau tak mahu kawin.
Pernahkah kalian terfikir atau terlintas di fikiran.
'Kenapo perlunyo seorang jurufoto pado majlis perkahwinan?'

Mari. Adik kakak pakcik mokcik sedaro sedari ese nok cerito.

Kebanyokan pengantin seringkali melotakkan Jurufoto kedudukan yang terakhir dalam senarai persiapan perkahwinan. Antora sodar atau tidak, bakal pengantin seringkali menganggap pemilihan jurufoto adalah perkaro yang boleh dibuek saat akhir. Bagi mereko apo yang lobih ponting adolah pelamin, andaman, pakaian, khemah, barang hantaran, kad kahwin dan lain-lain yang lebih 'common' dalam sesuatu majlis.

Mari. Adik kakak pakcik mokcik sedaro sedari ese nok cerito.

Pernohkah kalian bayangkan jikalau semuonyo sudah longkap dan tibo saat untuk menompah jurufoto pada saat akhir, semua jurufoto yang kalian kenal tolah pun menerimo tompahan orang lain. Dan agak sukar mencari ganti mengikut apo yang kalian mahu. Kalian akan menggaru kepalo dan pernohkah kalian membayangkan apo yang kalian tompah seperti pelamin, pakaian, andaman yang secantiknyo untuk hari besar kalian tidak dapat diabadikan secantiknyo untuk hari mendatang kelak. Lenyap hilang selepas sahajo majlis berlangsung.

Semuonyo cumo untuk sehari. Untuk ditatap dan ditonton sehari. Dan kalian tiado pilihan melainkan meminto sedaro maro yang punyo kamero apo sajo untuk mengambil gambar kalian. Dan akhirnyo gambar yang ado tidaklah sebanyak mano. Atau tidaklah meliputi keseluruhan majlis. Maklum lah, coverage yang tidak berbayar.

Berbalik kepado persoalan asal. Mako jawapan betapo pontingnyo jurufoto boleh disimpulkan sebagai perkaro yang Harus ado dalam suatu majlis perkahwinan. Ini kerano jurufoto yang berpengalaman dan berbayar mempunyai :

- Komitmen yang tinggi
- Tahap kesabaran dan kepekaan yang tinggi
- Hasil gambar yang memuaskan
- Peralatan yang sesuai dengan majlis
- Kemahiran dalam aturcara majlis
- Bersedia sepanjang majlis berlangsung
- Output yang bakal dihasilkan memuaskan

Sebelum ini JIKA kalian tidak terfikir yang jurufoto itu penting dalam sebuah majlis perkahwinan, maka kalian perlu mengubah persepsi tersebut. Dan kalian haruslah melotakkan kedudukan jurufoto ini seolah samo pontingnyo dongan tok kadi dan saksi. Kerano jurufoto jugo akan menghasilkan sebuah gambar yang bakal menjadi saksi kepado majlis perkahwinan kalian.

Ok, kalian renung sejenak. Nanti ese akan sambung di lain kali, kenapo kalian perlu membayar jurufoto pado hargo sekian dan sekian.



Update : Haslis & Azli

15.3.08

Cemburu

Cemburu itu tando sayang.
Yo ko iyo ko?

Cemburu itu sifat semulojadi manusio.
Usah bilang kalau kalian tidak punyo raso cemburu.
Kecemburuan yang melampaui batas bakal merosakkan suatu hubungan.
Ado orang suko cemburu, dicemburui dan ado yang kurang gomar.

Dan saat itu tepat kalau dia begitu cemburu.
Ese tidak kato salah. Tepat.



Outdoor Shoot updated.

14.3.08

Melayu Glokal?

Ado satu komuniti forum ini. Menggunokan namo Melayu yang di omputihkan.
Ya, jiwo merdeko lah bagi mereko. Anok-anok mudo barangkali.
Kunun-kunun memperjuangkan Melayu lah kironyo.
Tapi sayangnyo, bahaso tidak melambang jiwo dan bangso langsung.
Pihok Admin, Moderator dan senior member kat situ semuonyo berbahaso 'pengaruh tv'.

Kalian tahu apo itu bahaso 'pengaruh tv' atau lobih topat, bahaso yang dipengaruhi oleh Barat. Sedih jugok lihat perilaku mereko di sano. Malangnyo sebab Admin dan Mod-mod turut terlibat samo mencemarkan bahaso dan carut-mencarut merato-rato.
Istilah-istilah yang sepatutnyo diharamkan didalam forum-forum di Malaysia,
berleluaso digunokan di forum tersebut. Mencarut usah di ceritolah. Halal di sano.

Apatah lagi yang paling teruk dan sadisnyo, Admin turut menganjurkan piket untuk menjatuhkan forum melayu lain. Budayo mano yang mereko ikut?

Errr...siapo mahu melihat buktinyo. YM ese.
Forum Melayu kah itu? Fikir-fikirkan lah kalian, renungkan gayo bahaso mereko.
Kasihan.

11.3.08

Buangan II

Kalu duo tigo hari lopeh kalian melihat dari persepsi diri sendiri dalam sebuah
kampong tersebut, kali ini ese mengajok kalian bermenung seketiko melihat
dari persepsi lain pulak. Tapi takmoh tulih panjang2 laie..nnt takdo orang baco.


Persepsi ( Jiran Tetangga )

Apobilo jiran tetanggo sekeliling melihat ado rakan sebolah rumah dah kono buang nogori,
sedikit sebanyok ado raso simpati, tertanyo-tanyo kenapo dan mengapo, ado yang menyokong
dan ado juo yang masih angguk-angguk geleng-geleng tak mahu ambil peduli.
Sekadar menyampaikan salam takziah.

Jiko kalian lihat rakan sebelah rumoh kalian mulo mengusung barang keluar rumoh,
dihalau dari kampong laman. Kalian turut samo membantu mengangkut barang masuk lori
atau kalian lihat ajo. Dan jiko rakan kalian bersedih, adakah kalian semuo turut bersedih?

Kalian pun tertanyo-tanyo kenapo si polan ini kono tindakan buang nogori.
Atas sifat semulojadi manusio, kalian pun korek lah cerito.
Si Polan pun ceritolah dari sudut pandangan beliau disertakan dongan bukti yang ado.
Kalian lihat, kalian baca, kalian pandang, kalian hayati dan akhirnyo kalian paham.

Oh, kenapo sampai macam tu sekali ya Penghulu buek camtu dokek si Polan?
Bukan sorang duo, tapi ramai. Hukuman tanpo perbicaraan.?
Apo sudah kono dongan Penghulu. Dolu beliau tak macam ni.
Perlukah aku backup si Polan demi mempertahankan keadilan dan kedamaian
dalam kampong aku ini. Kalian mulo berbicaro sendirian.
Kalau aku diam, kesian rakan aku di hukum berat dongan hanyo kesalahan kocil.

Lalu, kalian mulo bergegas ke rumah Penghulu. Yang jarak dari rumah kalian dekat sedikit
berbanding rumah si Polan. Kurang lebih 1050 Meter.
Kalian keluar hujah, kalian perli Penghulu. Kalian tanyo Penghulu satu persatu.
Kalian bagi pulang paku buah keras bercampur cili. Penghulu mulo berasap telingo.
Penghulu mulo-mulo diam tak berjawab. Kalian menanti jawapan Penghulu.
Kalian pulang hampa, membiarkan Penghulu datang memberikan jawapan. Ikhlas.
Penghulu buat bodoh, abaikan persoalan dari kalian.

Walhal selaku warga penduduk kampong yang demokrasi,
sepatutnya Penghulu perlu dongar, jawab dan respon atas persoalan,
luahan dari penduduk kampong. WALAU penduduk di anggap menyusahkan Penghulu,
atau dianggap yang ado penyakit jiwo, penyakit hati mahupun apo juo peel.

Akhirnyo setolah didosak bertubi-tubi, akhirnyo Penghulu menjawab persoalan kalian.
Kalian pulo seorang diri sajo bersuaro lantang mem'backing' rakan yang telah
di buang nogori. Kalian sudah bersedio kalau2 Penghulu bakal menghukum kalian
kerano bersikap kurang ajar kerano bersoal lantang dongan Penghulu.

Setolah dijawab, seperti yang kalian sudah sedio maklum. Mako kalian pun turut
samo menerimo natijah dari perbuatan kalian. Turut samo di hukum tanpo di bicarokan.
Walaupun niat kalian cumo ingin menuntut bela atas hukuman kepado jiran ( rakan ) kalian.
Atas alasan Penghulu, kalian ini adalah Pencetus Huru-Hara.
( sekali macam cerito Hang Jebat daaaaaa... )

Walhal penduduk kampong ramai yang tidak puas ati tindakan Penghulu, akan tetapi
penduduk lain hanyo mampu berdiam diri. Kerano sudah tahu kalau bersuaro lantang,
kelak bakal menerimo nasib di buang nogori. Habis kecut telor penduduk bilo melihat
misai bercabang Penghulu.

Akhirnyo, kalian dan rakan kalian tadi kini terpakso idup dalam buangan.
Bercucuk tanam lah kalian bersamo rakan tadi di sebuah perkampongan baru.
Kini Kampong Pinang Nan Sebatang dalam kenangan. Terkadang ado juo kalian mengutus
surat pado jiran-jiran melalui sahabat baik yang masih kekal berdagang di kampong tersebut.
Kalau-kalau kebetulan jiran-jiran lamo mengadokan majlis makan-makan,
dijemputnyo juo kalian untuk turut serto. Maklum lah dah lamo konal, ralat rasonyo kalau
kalian tidak menghadirkan diri hanyo kerano dihukum Penghulu yang gilo kuaso.

Arakian lah pandangan dari sudut jiran yang cubo membacking sahabatnyo. Kalau kalian jiran sebolah rumah bolah kiri yang lagi satu, apo pandangan kalian tontang jiran-jiran kalian
dibuang nogori ini. Dan pandangan kalian selaku penduduk terhadap Penghulu.?
Kalian gebang lah apo sajo, itu pendapat kalian yang bakal menjadi rujukan mendatang.


bersambunggggg... ( persepsi : Penghulu akan datang )

10.3.08

Touch & Go?

Dimano ilang ese punyo kad Touch & Go?
Kad itu ilang ghaib sekelip mato ajo.
Nasib siang tadi semaso ese memecut laju di Plus,
awal-awal menggagau mencari kad.
Hilang?
Copek-copek tukor lane dari lane T&G ke lane Cash&Carry.
Kalau terlajak masuk lane T&G, jonuh nak kono reverse.
Kalu takdo kereto takpo, dibueknyo kereto berderet belakang?

Ontah mano ilang. Toyol kot curik. Masih ado dalam belasan ringgit.
Ese tahu lah Sammy Vellu dah kono berdiri ( takdo kerusi ).
Tapi tol totap kono bayar. Jadi jangan la ekau poie menghilangkan diri.
Tunggu pemerintahan ditukar, kot2 kalu tol tak kono bayar.
Mungkin kad Touch&Go tak berguno laie dah zaman tu.
( di Lebuhrayo lah, dokek parking, lrt dan lain2 masih berguno )

7.3.08

Buangan

Dalam sebuah kampung, tontu ado Penghulu. Dalam sebuah bandar, tontu ado Dato' Bandar
mahupun District Officer ( D.O ) mahupun Yang Berhormat ADUN.
Dalam sebuah nogori pulo tontu kono ado Mentori Bosar dan dalam sebuoh negaro
perlu ado Perdano Mentori.

Usah kalian lihat skop yang bosar. Cukup kalian lihat dalam skop kawasan yang teramat kocil.
Dalam satu komuniti masyarakat. Tentu ado ( kita sebut Penghulu lah sonang ).
Ok, Penghulu ini punyo kuaso bosar. Apo yang bakal dikatokan oleh beliau, boleh merubah segalonyo. Tak kiro lah ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan/kehancuran satu-satu komuniti.

Dan ese ingin mengajok kalian pado potang Jumaat nan indah ini, untuk mengelamun curi tulang dan melihat dalam 3 persepsi yang berbezo. Kalian biso mengelamun? Ok.. mari kito teruihkan satu persatu.

Persepsi 1 : ( Dari sudut diri sendiri )

JIKA. Jiko kalian membosar dalam satu komuniti masyarakat kampung itu.
Tidak lah berapo lamo. Kalian agak-agak lah sendiri, pado dasarnyo bermulo dari komuniti kampung di buko lah adonyo sekitar ompek tahun lopeh kurang lobih.
Sudah kenali ramai masyarakat setempat, yang samo-samo datang dulu-duluan, yang baru datang berhijrah dan ado yang datang singgah sekojap berteduh dan mencari rezeki mahupun ilmu.

Kalian jugo bukan tak konal dongan Penghulu. Jarak rumah walaupun agak jauh sekitar
2.0km gitu-gitu lah dari rumoh kalian, tetapi sering jugo bertegur sapo, kadang-kadang melalui sms mahupun chit-chat. ( zaman IT la katokan ).
Di tepi rumah kalian pulo ado lah jiran tetanggo depan belakang kiri kanan. Kironyo kalian bahagio lah idup berjiran yang mano jiran kalian saling kenal mengenal, bantu membantu, memahami satu sama lain, berkongsi gembiro dan duko dan tempat mengadu permasalahan semaso.

Penghulu punyo pengaruh bosar. Bilo kampung di kenali ramai. Paro pelabur, pedagang, pemaustatin, pemerhati, NGO dan Kerajaan melihat kampung ini ado kemajuan untuk membangun bersamo masyarakatnyo. Penghulu sudah tentu sedikit sebanyok berbanggo akan pencapaian ini. Yang sam0-samo diusohokan oleh masyarakat, bukan Penghulu sorang-sorang lah kironyo.

Sudah ompek tahun berlalu dari masyarakat yang kecil bilangannyo menjadi masyarakat yang bercambah seperti cendawan selopeh ujan. Macam-macam sudah berlaku dalam kampung itu. Kalian pun kadang pening kepalo. Apatah lagi Penghulu. Segalo boban tergalas di bahunya. Kalian jugo mahu menjago hati jiran tetanggo, dalam maso samo perlu juo menjago hati Penghulu. Kalian jugo punyo sahabat yang samo-samo turun ke bondang, samo-samo mencari rezeki, samo-samo sembang kedai kopi.

Penghulu totap penghulu lah jawatannyo. Ado lah korjo yang perlu beliau bereskan demi kemajuan kampung. Tapi satu yang tidak berapo disonangi oleh penduduk terhadap
Penghulu yang mano suko bertindak mengikut kepalo sendiri. Walaupun dalam kampung wujudnyo JKKK yang dilantik tetapi sedikit bonar perbincangan yang dibuek dalam sebarang keputusan Penghulu. Malah Penghulu ini pantang bonar kalau sikapnyo ditegur mahupun dinasihati oleh penduduk. Bagi Penghulu, siapolah penduduk-penduduk yang taktau apo-apo pentadbiran kampung ni dok sibuk-sibuk nak menasihati beliau. Duduk sajo lah diam-diam dan angguk-angguk, geleng-geleng ajo. Usah peningkan kepalo.
( Penghulu pernah berkato demikian di khalayak masyarakat ).

DAN...maka ramailah penduduk yang hanyo diamkan diri sahajo. Takut barangkali ataupun boleh dikatokan menghormati jugak pun iyer. ( Pemimpin yang korup perlu ke di hormati? )

Bukan satu, bukan duo, dan bukan tigo orang penduduk yang bengang dongan Penghulu. Malah ramai. Dan ramai yang tahu akan sikap Penghulu ini. Kadang barannya sukar dibendung. Kadang jugo jiwonyo sukar dimengertikan. Bila penduduk mengadu pun, beliau boleh buat-buat tidak dongar ( buat bodoh ).
Pernah JKKK sendiri mengadu pado Penghulu pun, dio boleh buek pokak ajo.
Terkadang jawapan beliau cukup ringkas.
" Aku banyak lagi perkaro lain nak keno buat, bukan jago kampung ini ajo 24 jam. Ko apo tau? "

Sungguh angkuh jawapan seorang Penghulu yang pengalamannyo lebih 10 tahun dalam
menjaga hal ehwal kampong. Kampong ni kiro baru ompek tahun gitu lah ditadbir beliau.
Mungkin Penghulu ini ado masalah jiwo. Sebab belum berkahwin agaknyo. Oh ya, Penghulu ini bujang terlajak.

Lamo-kelamoan, bilo Penghulu tidak dapek nak kontrol permasalahan dalam kampung. Samado di wujudkan oleh penduduk sendiri, di wujudkan oleh JKKK mahupun oleh pemerhati-pemerhati luar, MAKA..satu-persatu penduduk raso kurang senang berado di dalam kampong sendiri. Kurang seleso dan rimas.

Bilo ado wujudnyo kroni-kroni dibelakang Penghulu yang mencucuk-cucuk, jelas dilihat dalam masyarakat yang mano bilo kroni membuat kesalahan, Penghulu mahupun JKKK buat-buat tak nampak. Mencuri pun boleh di maafkan atau di abaikan begitu sajo.

Tetapi kalau bukan kroni atau penduduk biaso yang suko bersuaro lantang merempit di jalanan, tentu sekali Penghulu mula memerhati dan bakal mengambil tindakan. Benci bonar Penghulu dongan perempit jalanan yang suko buek bising bingit telingo beliau nak tido dan pejam mato ( bagi memberi peluang kroni merempit ). Apotah lagi bilo ado kroni mulo mencucuk, terus Penghulu keluarkan akta-akta untuk menghukum
sebelum dibicarokan.

Kalian biaso lihat tv kan. Bagaimana perbicaraan di mahkamah berlaku? Sudah tentu ado perdebatan di antaro Peguamcaro dan Peguambelo kan? Perlu ado bukti-bukti kukuh kan? Dan Tertuduh diberikan peluang untuk mempertahankan diri kan?
Atau memberikan peluang Tertuduh bersuaro mengikut bukti-bukti yang ado kan?
Itu lah perbicaraan sebelum menjatuhkan hukuman. Atau jika mahu bermusyawarah, jemputlah Tertuduh minum-minum kopi di bilik VIP, boleh berbincang dengan elok. Untuk kebaikan Penghulu jugo, untuk kebaikan Kampung jugo. Untuk kebaikan semuo. Bukan dengan caro hukum mengikut logik akal sendiri.

Berbalik kepado perilaku Penghulu, bilomano ramai penduduk mulai sedar sikap penghulu. Ado yang mulo berhijrah ke kampong lain. Malah ado yang meredah belukar hutan belantara demi membino sebuah kampong lain yang lebih seleso dan aman dan demokrasi. Ado jugo penduduk yang tidak berpuas hati tetapi masih tetap di kampong membuat hal sendiri-sendiri, janji Penghulu tidak kacau periuk nasi dia. Soal Penghulu korup mahupun bersikap angkuh pun, apa dia peduli. Dia cuma mahu angguk-angguk,geleng-geleng.

Walaupun penduduk yang berhijrah merato-rato tompek. Totap juo pulang ke kampong laman bertemu sanak-saudara dan rakan taulan. Menziarah jiran tetanggo yang dulu-dulu selalu makan buah manggo kat pangkin dopan rumah sambil mengumpat Penghulu. Bak kato pepatoh minang, Tempat Jauh Lagi Di Kenang, Inikan Pulo Tempat Bermanja Lara. ( bukan Manja Lara dalam TV3 tuuuu.. )

Tapi ado segelintir yang dibenci Penghulu secaro peribadi, terus dibuang Kampung. Yang kono hukum buang kampung ni lah yang hukuman dijatuhkan tanpo perbicaraan. Sungguh sadis. Sedih. Duka nestapa kisah seorang anak mencari ubat batuk untuk ibunyaaaaa...
Tadi sudah di bilang, Penghulu punyo kuaso bosar, pengaruh bosar. Apo dikato, bakal merubah kampong mahupun persekitaran samado menjadi makin baik mahupun buruk. Hendak atau tidak penduduk, setuju atau tidak, kalian totap kono angguk-angguk, geleng-geleng.

Beliau kato mahu jalan TAR, terpakso la di TAR kan semuo. Beliau kato mahu tanam pokok jambu kepalo batu, tanam lah berderet di tepi jalan. Penghulu kato kroni mahu anjurkan seminar, mako gunokan saluran balai rayo yang ado. Jemputlah penduduk-penduduk semua hadir ke Balai Rayo.

Kalau, ese bilang KALAU. Kalian bukan kroni, kalian mahu buat 'majlis ilmu' untuk penduduk ataupun mahu berniago 'telefon bimbit' atau kerusi sofa sekenhen pun kalian bakal di usir. Lebih-lebih la lagi kalau kalian mahu menegur tindak tanduk Penghulu.

KECUALI, kalian bisa berkongsi keuntungan/faedahnyo bersamo dongan Penghulu. Sudah tontu beliau senyum kambing sampai ke telingo. Hidung kembang kempis tak henti-henti 24 jam. Cukup kalian tajo Penghulu melancong ke Tokyo di iringi gadis betis putih merah jambu menemani makan malam beliau sudah buat kalian bisa jadi kroni. Paling tidak pun kalian melanggan ajo ruangan cyber yang mano diiklankan oleh Penghulu. Atau kasi puji sikit-sikit la hasil kojo Penghulu.
Itu dah cukup memadai untuk tidak di ambil tindakan. Kalian bakal berado dalam list Kroniz.

Ok. Ese stop di sini dulu untuk korang berimaginasi dan mengelamun. Kalian lotaklah diri kalian di dalam list merek0-mereko yang terbuang, disingkir atau dalam erti kato lain di kenokan tindakan di bawah Akta 79 : Akta Buang Negeri 1959.

Nanti kalian bakal merasai pedihnyo hati. Dan kalian sendiri bisa menilai, mengkaji, meneliti, dan memerhati apo yang di tuliskan di sini. TULISAN di sini TIDAK SEMESTINYA betul belako. Kalian sudah dewaso dan bacalah dongan tenang. Oh ya, ado sedikit disclaimer di sini. ' Tidak Semua Penghulu dalam sebuah kampung itu bersikap seperti Penghulu kampong Pinang Nan Sebatang ini' ( bukan nama sebenar ).

Jadi kalian jangan pulo mengelamun dan mengambil kiro pukal ajo. JIKA di kampong kalian ado Penghulu yang punyo ciri-ciri begitu, pandai-pandailah kalian handle. Samado kalian mahu BERSUARA lantang, atau kalian diam dan angguk-angguk, geleng-geleng atau kalian tinggalkan kampung kalian secaro sonyap-sonyap? Pilihlah jawapan mano satu.
Kalau kalian tanyo ese, kalian tentu dapat mengagak jawapan ese kan? Kerano ese SAYANGKAN kampung halaman ese dan tak mahu melihat kehancuran,kecelaruan,ketidakADILan dalam kampung ese. Maka ese memilih jawapan itu dengan nekad walau apo pun tindakan dari Penghulu dan kroni-kroni nyo.

Kalian? Pandai-pandailah kerano kalian ado yang lobih matang dan dewaso dari ese.

err..er.. Kampong kalian di mano ya?
Ese jemput kalian semua ke kampong dimano ese menotap sekarang.
Sila lah singgah, kopi dan ubi kayu yo yang ado. Nak lolapkan mato berehat sekojap pun boleh.
Kalian tahu kan di mana kampung ese skarang. Kalau kalian tak tahu, pandai-pandailah kalian bertanyo kaunter no. 151

Bersambung... ( episod seterusnya, Persepsi : Jiran Tetangga )

Ekorang sure ponah dongar kan pepatah Biar Papa Asal Bergayo.
Tidak perlu jadi kayo untuk bergayo.
Pado pandangan ese, bergayo adalah perkaro penting dalam kehidupan harian.
Bergayo ni kigho perkaro subjektif juo, kalu salah etepret, lain pulok maknonyo aih.

Tidak perlu jadi hensem, kacak dan macho untuk melayakkan korang bergayo.
Pedulikan kato-kato teman serumah mahupun jiran sebelah rumah.

Yang penting ekorang bergayo tak menggunokan duit dorang.
Botak, buncit, tembam, hitam dan kurus keding pong boleh bergayo.
Tua dan mudo pong boleh.

Kenapo ese kato bergayo itu ponting?
Bergayo adalah melambang imej ekorang.
Manusio secaro normalnyo pado pandang pertamo akan memandang
pada zahirnyo terlebih dahulu. Melihat ekorang penuh bergayo, bersih, kemas dan
elegant melambangkan ekorang seorang yang teratur dan efisyen dalam hidup mahupun
dalam kerjayo. Selangkah ekorang melangkah, akan ado mato memandang dan tertarik
dongan perwatakan ekorang. Itulah kuaso bergayo. Biar papa.


Perjalanan memakan maso 2 jam. Ferry bertolak jam 18.00.
Laut berombak kuat.
Bila merempuh ombak, ferry melambung tinggi. Perut ese raso mual.
Pejamkan mato dan cubo untuk tidor sambil melayan games dokek handphone.
Akhirnyo terlolap juo. Member dokek sebolah dah lamo di buai mimpi.

Ferry berlabuh di jetty. Ini kali pertamo ese jojakkan kaki ke negaro jiran.
Trip ini di namokan Trip Gamble I.
Di mano harus di tuju pun tidak tahu.
Ambil teksi yang banyak ado di dopan balai ketibaan.
Bagitau pado drebar nak poie carik hotel yang sederhano muroh & seleso.
Pusing punyo pusing, semuo ponuh. Maklum lah pado hari minggu.
Akhirnyo jumpo satu Hotel Apartment di atas bukit. Lawa.
Hargonyo agak mahal tapi disobabkan dah malas nak mencari, terus check-in.
Gamble.

Abang drebar masih tunggu di bawah. Kerano janji mahu bawo kami poie makan malam.
Pusing punyo pusing, jumpo satu restoran. Boleh tahan.
Kalau perut dah lapar, bedal ajo la yo.
Hargo makanan boleh tahan mahal. Mungkin kerano kami 'pendatang asing'.

Di bawo pusing menaiki teksi, abang drebar tunjuk beberapo tompek menarik.
Ese kiro dongan jari. Boleh tahan bandar ini dengan industri menarik pelancong luar datang.
Singgah di salah satu tempat menarik tersobut. Abang drebar masuk dulu.
Kami tunggu di dalam teksi. Resah juo. Takut-takut kono tipu dek abang drebar.
Mano tau di panggilnyo samseng dokek situ. Mau di peras ugut. Mampoih kami.

Abang drebar datang semula. Dio sengih. Dio cakap turun dan tengok lah.
Kami ragu-ragu. Tapi kami turun juo. Gamble.
Masuk satu bangunan buruk, kotor dan menakutkan.
Ada meja pool 2 buah, ado macam kaunter. Kami menuju kaunter jumpa tokey.
Tokey bukak laci, keluarkan katalog. Kami tengok katalog 2 page tu. Nak tergelak pun ado.
Tapi bilo tengok tokey tu muko bengis macam nak makan orang, kami tak jadi gelak.
Kami pandang samo sendiri. Angguk-angguk, geleng-geleng.
Abang drebar entah hilang ke mano. Di luar barangkali.
Kami buat-buat tengok dan tengok lagi lamo. Abang drebar masuk semula.
Kami buat pilihan jugak. Tak mahu pikir2 dan takut jadi masalah.
Abang drebar sengih-sengih.

Kami beredar dari bangunan buruk, kotor dan menakutkan tu.
Abang drebar tanyo. " Pertamo kali datang ke sini ya? "
Kami angguk geleng. Kami jawab kami pernah datang, tapi 3 tahun lepas.
Taktik konon nak tunjuk kami tak terlalu jakun.
Padahal Gamble.

Abang drebar antar kami semula dokek Apartment. Kami sudah penat.
Badan dah lunyai kena hayun dek ferry. Kami mahu mandi dan tidor dengan
ditemani mimpi-mimpi indah.


Bersambung....

4.3.08

Gamble Trip?

Gamble Trip?


Perlepasan

Johor Bahru(JHB) to Jakarta(CGK) QZ 7641
- Pergi JHB 10:05 PM 03/28/08 Ke CGK 10:45 PM 03/28/08

Pengembalian

Jakarta(CGK) to Johor Bahru(JHB) QZ 7640
- Pergi CGK 6:55 PM 03/31/08 Ke JHB 9:40 PM 03/31/08

-------------------------------
Perlepasan
Total 181.99 MYR

1 Tetamu @ 49.99 49.99 MYR
Airport Tax 51.00 MYR
Administration Fee 21.00 MYR
Fuel Surcharge 60.00 MYR
-------------------------------
Pengembalian
Total 83.90 MYR

1 Tetamu @ 2.90 2.90 MYR
Administration Fee 21.00 MYR
Fuel Surcharge 60.00 MYR
-------------------------------

Jumlah Harga Pakej
265.89 MYR

Kembali Berdongeng

Ahaks, malew-malew gitu. Udah lamo bonar ese tidak mencorat-coret di sini.
Kini ese kembali. Ingin berdongengan bersama kalian.
Apo biso kalian ingin menyapot ese lagi seperti dolu-doluan?
Ya.. Katakan Ya pada YaKult.!

Related Posts with Thumbnails