"Orang kata masjid itu, ukuran menghala ke kiblat kurang tepat",
ese dongar keluar dari mulut Anok Daro Tuo nan sorang itu.

Tak sampai tigo ari ese menulih tontang cakap-cakap orang,
semalam pulo muncul laie sekali.
Ese. Tersenyum sendiri. Tak mampu laie nak betah.

Dalam hati. Nanti ese poie laie sekali lah.
Bawak kompas dan buktikan dengan mato kepalo sendiri.
Hari itu. Lupo pulak nak ukur darjah arah kiblat di masjid itu.
Takpo, yang ini belom ado bukti. Kito jangan cakap pasal ini laie.

Ok jang. Kito kembali ke Cakap-Cakap Orang yang lopeh.
Ini ado sedikit buah tangan. Buat mereko yang mudah percayo
bulat-bulat dan sungguh-sungguh pado mulut orang.
Disclaimer : sebarang statistik ataupun telahan di bawah nanti adalah pandangan peribadi penulis semata-semata. Tidak semestinya tepat dan tidak semestinya betul.

Ini bangunan Pusat Konvensyen, di dalam kawasan Taman Tamadun Islam.
Bangunan ini di tinjau secaro dokek, boleh dikatokan siap dalam 90%.
Memuatkan dewan-dewan yang boleh dibuko luas untuk tujuan konvensyen.
Dan inilah bangunan Masjid Kristal yang femes dan menjadi cakap-cakap orang itu.
Yang dikato orang, berado di tongah pulau.
Yang dikato orang, kalau mahu ke masjid, perlu menaiki bot bertambang RM10.
Yang dikato orang kalau mahu pusing-pusing seluruh kawasan
Taman Tamadun Islam yang dibino di Pulau Wan Man perlu membayar
tambang bot sebanyok RM30.
Itulah dio cakap-cakap orang.
Dan nah. Kenapo pulak tibo-tibo si JAISI ini bulih cun elok parking dopan-dopan
pintu masuk ke Masjid Kristal ini.
Adakah ini olahan fotografik?
Atau si JAISI ni dimuatkan dalam bot dongan tambang RM10 mahupun RM30
untuk sampai ke pintu masuk Masjid Kristal?


Dan ado cakap-cakap orang mengatokan Masjid Kristal ini tidak akan diadokan
Solat Jumaat di sini. Dan ese, membuat telahan. Dalam hati.

Mimbar ini bakal digunokan untuk apo?
Hiasan?
Mengajar ilmu agamo?
Atau bakal jugo dibuek untuk membaco khutbah ketiko solat Jumaat?
Mahupun solat sunat Hari Raya?

Dan telahan ese mengatokan, mungkin akan datang masjid ini akan diadokan solat Jumaat
untuk penduduk kampong Pulau Wan Man ini.

Kalau taman perumahan tompek ese duduk sekarang ini, yang majoritinyo adalah
berbangsa Cina dan India, wujudnyo sebuah surau untuk penduduk Melayu ( Islam ).
Dan dulu, surau itu tidak dibuat solat Jumaat oleh penduduk. Tiado kelulusan.
Tetapi kini, surau itu tolah pun lulus untuk diadokan solat Jumaat.
Mustahilkah atau tidak? Jiko pertukaran status itu berlaku?

Dan ese membuek telahan yang Masjid Kristal ini jugo bakal akan diadokan solat Jumaat.
Bilo waktu dan ketiko kelulusannyo, bergantung pado kelulusan Jabatan Agamo.
Dan kalian, sudah pun mendongar dan percayo cakap-cakap orang.
Walaupun sebelum semuonyo siap sepenuhnyo. ( mungkin baru siap sekitar 90% ).

Dan keseluruhan Taman Tamadun Islam ini, ese lihat masih laie dalam pembinaan.
Terutamo dokek bahagian monumen-monumen.
Mungkin keseluruhannyo termasuk landskap, taman ini baru siap sekitar 70%
walaupun ianyo sudah dirasmikan oleh Sultan Terengganu, DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah baru-baru ini.


Disclaimer : ese bukan pro mano-mano pihak. Mano mungkin. Ese orang kuat Parti Pundak.

1 comment:

Encik Shino said...

hoho..TERJAH dari abg Ayares151..hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails