Kalian yang udah kawin, bakal kawin atau tak mahu kawin.
Pernahkah kalian terfikir atau terlintas di fikiran.
'Kenapo perlunyo seorang jurufoto pado majlis perkahwinan?'
Mari. Adik kakak pakcik mokcik sedaro sedari ese nok cerito.
Kebanyokan pengantin seringkali melotakkan Jurufoto kedudukan yang terakhir dalam senarai persiapan perkahwinan. Antora sodar atau tidak, bakal pengantin seringkali menganggap pemilihan jurufoto adalah perkaro yang boleh dibuek saat akhir. Bagi mereko apo yang lobih ponting adolah pelamin, andaman, pakaian, khemah, barang hantaran, kad kahwin dan lain-lain yang lebih 'common' dalam sesuatu majlis.
Mari. Adik kakak pakcik mokcik sedaro sedari ese nok cerito.
Pernohkah kalian bayangkan jikalau semuonyo sudah longkap dan tibo saat untuk menompah jurufoto pada saat akhir, semua jurufoto yang kalian kenal tolah pun menerimo tompahan orang lain. Dan agak sukar mencari ganti mengikut apo yang kalian mahu. Kalian akan menggaru kepalo dan pernohkah kalian membayangkan apo yang kalian tompah seperti pelamin, pakaian, andaman yang secantiknyo untuk hari besar kalian tidak dapat diabadikan secantiknyo untuk hari mendatang kelak. Lenyap hilang selepas sahajo majlis berlangsung.
Semuonyo cumo untuk sehari. Untuk ditatap dan ditonton sehari. Dan kalian tiado pilihan melainkan meminto sedaro maro yang punyo kamero apo sajo untuk mengambil gambar kalian. Dan akhirnyo gambar yang ado tidaklah sebanyak mano. Atau tidaklah meliputi keseluruhan majlis. Maklum lah, coverage yang tidak berbayar.
Berbalik kepado persoalan asal. Mako jawapan betapo pontingnyo jurufoto boleh disimpulkan sebagai perkaro yang Harus ado dalam suatu majlis perkahwinan. Ini kerano jurufoto yang berpengalaman dan berbayar mempunyai :
- Komitmen yang tinggi
- Tahap kesabaran dan kepekaan yang tinggi
- Hasil gambar yang memuaskan
- Peralatan yang sesuai dengan majlis
- Kemahiran dalam aturcara majlis
- Bersedia sepanjang majlis berlangsung
- Output yang bakal dihasilkan memuaskan
Sebelum ini JIKA kalian tidak terfikir yang jurufoto itu penting dalam sebuah majlis perkahwinan, maka kalian perlu mengubah persepsi tersebut. Dan kalian haruslah melotakkan kedudukan jurufoto ini seolah samo pontingnyo dongan tok kadi dan saksi. Kerano jurufoto jugo akan menghasilkan sebuah gambar yang bakal menjadi saksi kepado majlis perkahwinan kalian.
Ok, kalian renung sejenak. Nanti ese akan sambung di lain kali, kenapo kalian perlu membayar jurufoto pado hargo sekian dan sekian.
Update : Haslis & Azli
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 comment:
har har har
isu ni sensitip!
nanti masuk malayonline!
by aj3k
baguih dok ada...
Post a Comment