Perjalanan memakan maso 2 jam. Ferry bertolak jam 18.00.
Laut berombak kuat.
Bila merempuh ombak, ferry melambung tinggi. Perut ese raso mual.
Pejamkan mato dan cubo untuk tidor sambil melayan games dokek handphone.
Akhirnyo terlolap juo. Member dokek sebolah dah lamo di buai mimpi.
Ferry berlabuh di jetty. Ini kali pertamo ese jojakkan kaki ke negaro jiran.
Trip ini di namokan Trip Gamble I.
Di mano harus di tuju pun tidak tahu.
Ambil teksi yang banyak ado di dopan balai ketibaan.
Bagitau pado drebar nak poie carik hotel yang sederhano muroh & seleso.
Pusing punyo pusing, semuo ponuh. Maklum lah pado hari minggu.
Akhirnyo jumpo satu Hotel Apartment di atas bukit. Lawa.
Hargonyo agak mahal tapi disobabkan dah malas nak mencari, terus check-in.
Gamble.
Abang drebar masih tunggu di bawah. Kerano janji mahu bawo kami poie makan malam.
Pusing punyo pusing, jumpo satu restoran. Boleh tahan.
Kalau perut dah lapar, bedal ajo la yo.
Hargo makanan boleh tahan mahal. Mungkin kerano kami 'pendatang asing'.
Di bawo pusing menaiki teksi, abang drebar tunjuk beberapo tompek menarik.
Ese kiro dongan jari. Boleh tahan bandar ini dengan industri menarik pelancong luar datang.
Singgah di salah satu tempat menarik tersobut. Abang drebar masuk dulu.
Kami tunggu di dalam teksi. Resah juo. Takut-takut kono tipu dek abang drebar.
Mano tau di panggilnyo samseng dokek situ. Mau di peras ugut. Mampoih kami.
Abang drebar datang semula. Dio sengih. Dio cakap turun dan tengok lah.
Kami ragu-ragu. Tapi kami turun juo. Gamble.
Masuk satu bangunan buruk, kotor dan menakutkan.
Ada meja pool 2 buah, ado macam kaunter. Kami menuju kaunter jumpa tokey.
Tokey bukak laci, keluarkan katalog. Kami tengok katalog 2 page tu. Nak tergelak pun ado.
Tapi bilo tengok tokey tu muko bengis macam nak makan orang, kami tak jadi gelak.
Kami pandang samo sendiri. Angguk-angguk, geleng-geleng.
Abang drebar entah hilang ke mano. Di luar barangkali.
Kami buat-buat tengok dan tengok lagi lamo. Abang drebar masuk semula.
Kami buat pilihan jugak. Tak mahu pikir2 dan takut jadi masalah.
Abang drebar sengih-sengih.
Kami beredar dari bangunan buruk, kotor dan menakutkan tu.
Abang drebar tanyo. " Pertamo kali datang ke sini ya? "
Kami angguk geleng. Kami jawab kami pernah datang, tapi 3 tahun lepas.
Taktik konon nak tunjuk kami tak terlalu jakun.
Padahal Gamble.
Abang drebar antar kami semula dokek Apartment. Kami sudah penat.
Badan dah lunyai kena hayun dek ferry. Kami mahu mandi dan tidor dengan
ditemani mimpi-mimpi indah.
Bersambung....
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 comment:
ho ho... jauh jalan...
jumpa chikas cun?
Aiyak, apa itu chikas?
chikas tu sejenis makhluk atas pokok..dia ada mata bulat dahi licin dan bibir mungil..
Post a Comment