7.3.08

Buangan

Dalam sebuah kampung, tontu ado Penghulu. Dalam sebuah bandar, tontu ado Dato' Bandar
mahupun District Officer ( D.O ) mahupun Yang Berhormat ADUN.
Dalam sebuah nogori pulo tontu kono ado Mentori Bosar dan dalam sebuoh negaro
perlu ado Perdano Mentori.

Usah kalian lihat skop yang bosar. Cukup kalian lihat dalam skop kawasan yang teramat kocil.
Dalam satu komuniti masyarakat. Tentu ado ( kita sebut Penghulu lah sonang ).
Ok, Penghulu ini punyo kuaso bosar. Apo yang bakal dikatokan oleh beliau, boleh merubah segalonyo. Tak kiro lah ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan/kehancuran satu-satu komuniti.

Dan ese ingin mengajok kalian pado potang Jumaat nan indah ini, untuk mengelamun curi tulang dan melihat dalam 3 persepsi yang berbezo. Kalian biso mengelamun? Ok.. mari kito teruihkan satu persatu.

Persepsi 1 : ( Dari sudut diri sendiri )

JIKA. Jiko kalian membosar dalam satu komuniti masyarakat kampung itu.
Tidak lah berapo lamo. Kalian agak-agak lah sendiri, pado dasarnyo bermulo dari komuniti kampung di buko lah adonyo sekitar ompek tahun lopeh kurang lobih.
Sudah kenali ramai masyarakat setempat, yang samo-samo datang dulu-duluan, yang baru datang berhijrah dan ado yang datang singgah sekojap berteduh dan mencari rezeki mahupun ilmu.

Kalian jugo bukan tak konal dongan Penghulu. Jarak rumah walaupun agak jauh sekitar
2.0km gitu-gitu lah dari rumoh kalian, tetapi sering jugo bertegur sapo, kadang-kadang melalui sms mahupun chit-chat. ( zaman IT la katokan ).
Di tepi rumah kalian pulo ado lah jiran tetanggo depan belakang kiri kanan. Kironyo kalian bahagio lah idup berjiran yang mano jiran kalian saling kenal mengenal, bantu membantu, memahami satu sama lain, berkongsi gembiro dan duko dan tempat mengadu permasalahan semaso.

Penghulu punyo pengaruh bosar. Bilo kampung di kenali ramai. Paro pelabur, pedagang, pemaustatin, pemerhati, NGO dan Kerajaan melihat kampung ini ado kemajuan untuk membangun bersamo masyarakatnyo. Penghulu sudah tentu sedikit sebanyok berbanggo akan pencapaian ini. Yang sam0-samo diusohokan oleh masyarakat, bukan Penghulu sorang-sorang lah kironyo.

Sudah ompek tahun berlalu dari masyarakat yang kecil bilangannyo menjadi masyarakat yang bercambah seperti cendawan selopeh ujan. Macam-macam sudah berlaku dalam kampung itu. Kalian pun kadang pening kepalo. Apatah lagi Penghulu. Segalo boban tergalas di bahunya. Kalian jugo mahu menjago hati jiran tetanggo, dalam maso samo perlu juo menjago hati Penghulu. Kalian jugo punyo sahabat yang samo-samo turun ke bondang, samo-samo mencari rezeki, samo-samo sembang kedai kopi.

Penghulu totap penghulu lah jawatannyo. Ado lah korjo yang perlu beliau bereskan demi kemajuan kampung. Tapi satu yang tidak berapo disonangi oleh penduduk terhadap
Penghulu yang mano suko bertindak mengikut kepalo sendiri. Walaupun dalam kampung wujudnyo JKKK yang dilantik tetapi sedikit bonar perbincangan yang dibuek dalam sebarang keputusan Penghulu. Malah Penghulu ini pantang bonar kalau sikapnyo ditegur mahupun dinasihati oleh penduduk. Bagi Penghulu, siapolah penduduk-penduduk yang taktau apo-apo pentadbiran kampung ni dok sibuk-sibuk nak menasihati beliau. Duduk sajo lah diam-diam dan angguk-angguk, geleng-geleng ajo. Usah peningkan kepalo.
( Penghulu pernah berkato demikian di khalayak masyarakat ).

DAN...maka ramailah penduduk yang hanyo diamkan diri sahajo. Takut barangkali ataupun boleh dikatokan menghormati jugak pun iyer. ( Pemimpin yang korup perlu ke di hormati? )

Bukan satu, bukan duo, dan bukan tigo orang penduduk yang bengang dongan Penghulu. Malah ramai. Dan ramai yang tahu akan sikap Penghulu ini. Kadang barannya sukar dibendung. Kadang jugo jiwonyo sukar dimengertikan. Bila penduduk mengadu pun, beliau boleh buat-buat tidak dongar ( buat bodoh ).
Pernah JKKK sendiri mengadu pado Penghulu pun, dio boleh buek pokak ajo.
Terkadang jawapan beliau cukup ringkas.
" Aku banyak lagi perkaro lain nak keno buat, bukan jago kampung ini ajo 24 jam. Ko apo tau? "

Sungguh angkuh jawapan seorang Penghulu yang pengalamannyo lebih 10 tahun dalam
menjaga hal ehwal kampong. Kampong ni kiro baru ompek tahun gitu lah ditadbir beliau.
Mungkin Penghulu ini ado masalah jiwo. Sebab belum berkahwin agaknyo. Oh ya, Penghulu ini bujang terlajak.

Lamo-kelamoan, bilo Penghulu tidak dapek nak kontrol permasalahan dalam kampung. Samado di wujudkan oleh penduduk sendiri, di wujudkan oleh JKKK mahupun oleh pemerhati-pemerhati luar, MAKA..satu-persatu penduduk raso kurang senang berado di dalam kampong sendiri. Kurang seleso dan rimas.

Bilo ado wujudnyo kroni-kroni dibelakang Penghulu yang mencucuk-cucuk, jelas dilihat dalam masyarakat yang mano bilo kroni membuat kesalahan, Penghulu mahupun JKKK buat-buat tak nampak. Mencuri pun boleh di maafkan atau di abaikan begitu sajo.

Tetapi kalau bukan kroni atau penduduk biaso yang suko bersuaro lantang merempit di jalanan, tentu sekali Penghulu mula memerhati dan bakal mengambil tindakan. Benci bonar Penghulu dongan perempit jalanan yang suko buek bising bingit telingo beliau nak tido dan pejam mato ( bagi memberi peluang kroni merempit ). Apotah lagi bilo ado kroni mulo mencucuk, terus Penghulu keluarkan akta-akta untuk menghukum
sebelum dibicarokan.

Kalian biaso lihat tv kan. Bagaimana perbicaraan di mahkamah berlaku? Sudah tentu ado perdebatan di antaro Peguamcaro dan Peguambelo kan? Perlu ado bukti-bukti kukuh kan? Dan Tertuduh diberikan peluang untuk mempertahankan diri kan?
Atau memberikan peluang Tertuduh bersuaro mengikut bukti-bukti yang ado kan?
Itu lah perbicaraan sebelum menjatuhkan hukuman. Atau jika mahu bermusyawarah, jemputlah Tertuduh minum-minum kopi di bilik VIP, boleh berbincang dengan elok. Untuk kebaikan Penghulu jugo, untuk kebaikan Kampung jugo. Untuk kebaikan semuo. Bukan dengan caro hukum mengikut logik akal sendiri.

Berbalik kepado perilaku Penghulu, bilomano ramai penduduk mulai sedar sikap penghulu. Ado yang mulo berhijrah ke kampong lain. Malah ado yang meredah belukar hutan belantara demi membino sebuah kampong lain yang lebih seleso dan aman dan demokrasi. Ado jugo penduduk yang tidak berpuas hati tetapi masih tetap di kampong membuat hal sendiri-sendiri, janji Penghulu tidak kacau periuk nasi dia. Soal Penghulu korup mahupun bersikap angkuh pun, apa dia peduli. Dia cuma mahu angguk-angguk,geleng-geleng.

Walaupun penduduk yang berhijrah merato-rato tompek. Totap juo pulang ke kampong laman bertemu sanak-saudara dan rakan taulan. Menziarah jiran tetanggo yang dulu-dulu selalu makan buah manggo kat pangkin dopan rumah sambil mengumpat Penghulu. Bak kato pepatoh minang, Tempat Jauh Lagi Di Kenang, Inikan Pulo Tempat Bermanja Lara. ( bukan Manja Lara dalam TV3 tuuuu.. )

Tapi ado segelintir yang dibenci Penghulu secaro peribadi, terus dibuang Kampung. Yang kono hukum buang kampung ni lah yang hukuman dijatuhkan tanpo perbicaraan. Sungguh sadis. Sedih. Duka nestapa kisah seorang anak mencari ubat batuk untuk ibunyaaaaa...
Tadi sudah di bilang, Penghulu punyo kuaso bosar, pengaruh bosar. Apo dikato, bakal merubah kampong mahupun persekitaran samado menjadi makin baik mahupun buruk. Hendak atau tidak penduduk, setuju atau tidak, kalian totap kono angguk-angguk, geleng-geleng.

Beliau kato mahu jalan TAR, terpakso la di TAR kan semuo. Beliau kato mahu tanam pokok jambu kepalo batu, tanam lah berderet di tepi jalan. Penghulu kato kroni mahu anjurkan seminar, mako gunokan saluran balai rayo yang ado. Jemputlah penduduk-penduduk semua hadir ke Balai Rayo.

Kalau, ese bilang KALAU. Kalian bukan kroni, kalian mahu buat 'majlis ilmu' untuk penduduk ataupun mahu berniago 'telefon bimbit' atau kerusi sofa sekenhen pun kalian bakal di usir. Lebih-lebih la lagi kalau kalian mahu menegur tindak tanduk Penghulu.

KECUALI, kalian bisa berkongsi keuntungan/faedahnyo bersamo dongan Penghulu. Sudah tontu beliau senyum kambing sampai ke telingo. Hidung kembang kempis tak henti-henti 24 jam. Cukup kalian tajo Penghulu melancong ke Tokyo di iringi gadis betis putih merah jambu menemani makan malam beliau sudah buat kalian bisa jadi kroni. Paling tidak pun kalian melanggan ajo ruangan cyber yang mano diiklankan oleh Penghulu. Atau kasi puji sikit-sikit la hasil kojo Penghulu.
Itu dah cukup memadai untuk tidak di ambil tindakan. Kalian bakal berado dalam list Kroniz.

Ok. Ese stop di sini dulu untuk korang berimaginasi dan mengelamun. Kalian lotaklah diri kalian di dalam list merek0-mereko yang terbuang, disingkir atau dalam erti kato lain di kenokan tindakan di bawah Akta 79 : Akta Buang Negeri 1959.

Nanti kalian bakal merasai pedihnyo hati. Dan kalian sendiri bisa menilai, mengkaji, meneliti, dan memerhati apo yang di tuliskan di sini. TULISAN di sini TIDAK SEMESTINYA betul belako. Kalian sudah dewaso dan bacalah dongan tenang. Oh ya, ado sedikit disclaimer di sini. ' Tidak Semua Penghulu dalam sebuah kampung itu bersikap seperti Penghulu kampong Pinang Nan Sebatang ini' ( bukan nama sebenar ).

Jadi kalian jangan pulo mengelamun dan mengambil kiro pukal ajo. JIKA di kampong kalian ado Penghulu yang punyo ciri-ciri begitu, pandai-pandailah kalian handle. Samado kalian mahu BERSUARA lantang, atau kalian diam dan angguk-angguk, geleng-geleng atau kalian tinggalkan kampung kalian secaro sonyap-sonyap? Pilihlah jawapan mano satu.
Kalau kalian tanyo ese, kalian tentu dapat mengagak jawapan ese kan? Kerano ese SAYANGKAN kampung halaman ese dan tak mahu melihat kehancuran,kecelaruan,ketidakADILan dalam kampung ese. Maka ese memilih jawapan itu dengan nekad walau apo pun tindakan dari Penghulu dan kroni-kroni nyo.

Kalian? Pandai-pandailah kerano kalian ado yang lobih matang dan dewaso dari ese.

err..er.. Kampong kalian di mano ya?
Ese jemput kalian semua ke kampong dimano ese menotap sekarang.
Sila lah singgah, kopi dan ubi kayu yo yang ado. Nak lolapkan mato berehat sekojap pun boleh.
Kalian tahu kan di mana kampung ese skarang. Kalau kalian tak tahu, pandai-pandailah kalian bertanyo kaunter no. 151

Bersambung... ( episod seterusnya, Persepsi : Jiran Tetangga )

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails