31.5.08

Normal

Ado orang kato, hari Isnin lah paling best.
Boleh mulokan segalonyo dongan sogar.

Ado orang kato, hari Isnin lah paling lomau.
Sobab masih dalam mood cuti hujung minggu.

Tak kiro lah hari apo pun.
Kalian tak perlu hairan atau pelik.
Kalau kalian berurusan di kaunter pejabat kerajaan.
Di ulang. Kaunter PEJABAT KERAJAAN.

Kalian harus tercegat di situ selamo beberapo minit.
Dan terutamonyo pado jam 10 pagi.
Tanpo ado sorang pun manusio nak menyapo kewujudan kalian.

Lalu kalian pun memandang satu persatu.
Manusio yang lalu lalang di bahagian sebolah dalam kaunter.
Macam tak nampak kalian.
Adakah kalian Invisible Man?
Atau kalian dalam golongan makhluk bunian?

Atau disobabkan kalian huduh muko macam tenuk,
mako takdo sorang pun nak ambil endah ke'berdiri'an kalian di situ.

Dan makin lamo, darah kalian mulo naik.
Sampai kepalo. Ketigo-tigo kepalo.
Lalu kalian pun mulo berkato dongan ponuh berhemah dan sopan santun.

"Halloooo.. takdok orang nak layan ka. Ker kono amik nombor? "

Mereko. Manusio yang lalu lalang di bahagian sebolah dalam kaunter.
Pandang. Satu samo lain.
Dongan muko macam tapai basi.
Lalu terkedik-kedik lah seorang kakak, eh.. makcik.
Menuju ke kaunter.
Melayan kalian dongan penuh ghaso malas.

Normal kah begitu? Kalian pernah hadapi situasi itu?
Kalau ese buat soal selidik pado rakyat Malaysia.
Mungkin jawapannyo 90%, YA.



Technorati Tags:
,

28.5.08

Bayar

Hidup kalau takdo apo2 bayaran, bukan kehidupan eh namonyo tu.

Semalam kono bayar hutang Jaisi, hutang duit plastik.
Hari ni kono bayar bil air, telepon, api, Streamyx dan Astro.

Lopeh tu Polis Peronda pulak ngado nak bagi saman pulak.
Kesalahan melotak kenderaan dokek luar petak parking.
Bayar laie.

Tokey kedai tempat ese berhutang barang bekalan buat puak kapitan.
Pun dah mulo menagih hutang.
Harus bayar. Laie.

Hidup kalau takdo apo2 bayaran, bukan kehidupan eh namonyo tu.




Technorati Tags:
, , ,

27.5.08

Nota Kaki

Nota Kaki pagi tadi berbunyi begini,

"Masuk kol 8.30 pagi, everyday. *** "

Ese sambung dokek bawah.
Jadi Nota Tapak Kaki.

"Time ese datang awal, dio datang lambat. Tak ponah tengok la ese datang awal"

Terkadang. Ado hari ese masuk jam 9.30 pagi.
Sobab ese poie sarapan dolu dokek taman tompek ese main potang-potang tu.

Terkadang. Ese masuk awal. Sebelum pintu pejabat di bukak laie.

26.5.08

TIMECel

Naik mesin maso.

Dolu-dolu. 7 tahun lopeh.
TIMECel milik Time Wireless Sdn Bhd.
Pernah menagih hutang dari ese.
Tak sikit tak banyak.
Lobih kurang seribu empat ratus plus-plus.

Ni garo-garo silap paham.
Dolu member yang pakai pra-bayar. ADAM.
Dapat ber-sms percumo.
Ese yang pakai pasca-bayar, ingatkan percumo jugak.
Bantai sms sampai lupo dunio.
Member-member pun pinjam buek sms samo.

Sekali. Bil dah sampai.
Humang aih. Tekojut boruk ese.

Dah la poket kering.
Apo laie. Menagih simpati omak ayah dokek kampong.
Dokek duo tigo bulan jugak lah nak selosai hutang ese dongan Timecel.
Itu pun sampai duo tigo kali jugak surat dari Saleem Gill & Partner sampai.

Keluar dari mesin maso.

Ese belek surat-surat lamo dalam laci.
Nak komeh nak buang mano yang tak berguno laie.
Ese terjumpo satu bil beli handphone paling canggih maso tu.
Nokia takdo antenna. Nokia 3210.
Maso tu kalu handphone rego seriban lobih. Kiro mahal lah tu.
Separuh duit loan abih buek boli handphone tu.

Dan maso boli handphone tu lah ese daftar pasca-bayar Timecel.
Nombornyo 017-7785472.

Ese cubo dial.
Eh, eh. Ado nada lah. Ese lotak semula.
1 minit kendian.

Tit. tit.
"Sape ni?" , sms dari nombor lamo ese tadi.

Ketek-ketek-ketek..
"Ayares here, sorry.. i terdial nombor lamo i tadi. Ingatkan takdo orang pakai."

Tit..tit..
"Laki ke pempuan ni" , kalu tanyo soklan camni, biasonyo musti laki kat sebolah sano.

Ketek-ketek...
"Laki, and u..what ur name?" ese sajo nak tengok.

Seminit, duo minit, sejam, duo jam..

Takdo orang balas dah sms last ese tadi.
Sah. Nombor tu sekarang lelaki yang pakai.
Moga dio tak terkono kenan ese.
Dan tak pakai talian tu sampai riban-riban.

p/s :
wahai pemilik nombor di atas sekarang. sekironyo anda pempuan.
Sila sms ese kembali.
Moga-moga dapat ese mengorat anda.

25.5.08

Be Gentleman

Macamano definisi 'dewaso' bagi kalian?

Adakah bilo mimpi basah?
Atau bilo korang start nonton video lucah?
Atau bilo bermulonyo raso nak bercinto?
Atau tatkalo kalian dah masuk universiti?
Atau tatkalo kalian mulo melangkah alam kerjayo?
Atau kerano kalian berkawan dongan orang tuo-tuo.
Atau kalian kiro kedewasaan kalian adalah mengikut umur?

Kalau. Ese bilang kalau.

Kalian suko merajuk.
Mahu dipujuk-pujuk.
Mahu dimanjo-manjakon.
Adakah kalian dalam kategori belum dewaso.?

Adakah kerano kalian,
Mahu dipujuk-pujuk,
Mahu dimanjo-manjokan,
Kalian di kelaskan dalam kategori keanak-anakan.?

Harus. Lagu mano kalian mahu tunjukkan kedewasaan kalian?

Kalau bahaso minangkabau kato, 'Be Gentleman'.
Macamano tu?

24.5.08

AF6 - Final

Juaro Akademi Fantasia (AF) musim ke-6.
Stracie Angie Anam @ Stacy.

Seperti yang ese dan ramai orang jangkokan.
Kali ini mustilah bagi kat awek non-malay pulak.
Lopeh bagi kat awek melayu monang juaro.
Barulah adil. Kan?

Biasolah.
Itulah politik dan taktik bisnes Astro.

Lagipun Stacy memang mantap.
Vocal lah...
Korang ingat apobondo yang mantap?

Moga Stacy menjadi artis yang mantap.




Technorati Tags:
, , , , ,

23.5.08

Promotion

Tadi. Ese singgah di Watson. Tingkat bawah Jusco.
Di taman tempat ese main petang-petang.

Listerine kaler ijau kat umah dah habis.
Jadi mahu cari yang kaler biru pulak.
Sebab mau tau apobondo perisonyo.
Yang hijau itu menyengat sangat.
Pedih kalau kumur lamo-lamo.
Terbeliak bijik mato. Macam dalam iklan.

Dekat tag hargo terpampang.
Listerine 750ml, RM20.50 , 10% Discount. NOW RM18.45.
Ese ambil satu. Kaler biru. Tartar Control.

Syampoo pun dah kono tonggeng botolnyo.
Jadi ese sambar syampoo sekali.
Clear, Anti-Dandruff - Extra Strength.
Kepalo ese sojak akhir ini banyak ketombe.
Ese nak tengok sejauh mano extra kekuatan syampoo ni.

Sambar satu Snickers dan satu battery petak 9V.
Kat kaunter. Bayar pakai tunai.
Kos hampir mencecah not sekeping besar kaler biru cair.
Raso macam mahal pulak. Was-was.

Ese keluar Watson. Dan cek bil, satu-satu.
Ruponyo Listerine tak ditolak sebanyak 10%.
Ese masuk semula. Dan komplen.
Cashier gelabah sebab bilo scan, takdo discount terpampang.
Dio panggil Asst. Manager. Beliau jengok tag yang terpampang.
Memang salah mereka. Sekali dipapar, harus dikiro.

Lalu beliau key-in semula dan tolak 10% dari nilai harga Listerine.
Jumlah menyusut tidak banyak. Cumo kurang lebih RM2 ajo.
Tapi sebab sengajo mahu tunjuk hak pelanggan.
Dan mahu sodarkan mereko, yang mereko harus prihatin terhadap
segalo tando hargo yang ditawarkan.
Kalau sudah habis tempoh promosi, tag harus di tukar.

22.5.08

Edisi Siasat II

Bantuan dari Bukit Aman datang.
Membantu pegawai di taman tompek ese main petang-petang ini.
Yang kurang arif tontang kes yang ese adukan.

Pegawai dari Bukit Aman datang tigo orang.
Naik sebuah Proton Waja.
Mereko mahu sambung laporan dari ese.
Dan buat mirroring pado hard disk di pejabat ese.
Dimano di tompek komputer ese bukak email tersebut.
Bos ese terkejut tengok ramai orang tidak dikenali datang.
Beliau memang cepat curigo pado orang.
Sering.

Ese tengok alat untuk buat hard disk mirroring memang canggih.
Khas untuk forensic department.
80GB Hard Disk memakan maso sejam lobih.

Sambil itu pegawai tu tanyo macam-macam.
Dan ese pun tanyo beliau macam-macam.
Kami saling tukar pendapat.
Beliau bertanyo tontang Celcom Broadband.
Serta teknologi yang digunokan.

Dan ese masih berpendapat,
Pegawai walaupun dari Bukit Aman,
tetap tahap pengetahuan IT mereko sangat kurang.

PDRM harus sodari hakikat ini.
Dan harus ambil tindakan untuk hantar pegawai mereko.
Kursus khas mengenai teknologi terkini.
Dan pengetahuan am tentang dunia siber.

Harus.

20.5.08

Michelin

Tak sanggup ese pakai tayar botak laie.
Nak tunggu duit gaji, lambat laie.
Duit job pun lambat laie.

Ni garo-garo celako penjenayah yang curik duit ese.
Habis licin sampaikan ese nak tukar tayar baru pun tak bulih.

Singgah dokek kedai tayar di Impian Emas.
Tanyo punyo tanyo, ado 4 bijik tayar nampak elok laie.
Michelin 205/16/50. Memang ngam seperti yang ese carik.
Nak plak yang ado ni Michelin buatan France.

Nego punyo nego dapek lah hargo RM350 siap pasang dan alignment.
Sambil nunggu tayar siap pasang, ese nengok sport rim.
Ado sport rim seken. Murah jer. 16 inch Mugen. Kaler putih.
Nasib poket ni tongah rabak. Kalau idak dongan rim sekali ese angkut.

19.5.08

Mesin Basuh

"Ekau ado mesin basuh, apsal tak guno?" tanyo member yang pelik.
Bilo tengok ese sering antor baju dokek dobi.

"Bukan taknak guno. Ese kalu guno, sekali basuh baju. Duo tigo hari
lopeh tu baru ese sompek nak jemur baju tu"

"Nanti bau busuk balik dah baju terkuap dalam mesin basuh"

Ese bagi alasan munasabah. Karang kalu ese kato ese malas,
nanti nampak sangat ese terlalu jujur. Muahahaha...

Mesin basuh tu sering diguno duo anok daro dokek rumah ni.
Sekali mereko basuh, setimbun pakaian. Tak larat mesin tu nak pusing.

Makhluk berbulu yang sering bertandang rumah ese pun suko dongan
mesin basuh tu. Habis salur getah yang ese baru beli digigitnyo.
Ampeh sungguh. Kalu ese jumpo makhluk ni, ese nak jolok-jolok bontot dio.

Dobi yang ese antor baju tak jauh dari umah ese. Tokey dobi pun dah kenal.
Baik sungguh aunty dan uncle dobi ni. Dah tuo. Dah masuk kategori pencen.
Bisnes dia ok. Banyak dapat tender cuci jubah konvo UTM.
Dorang sering tanyo kabar ese.
Dan yang penting, sering puji ese hensem kalau pakai kemas skit jer..
Taktik bisnes barangkali. Tapi takpo. Itupun realiti. Muahahahaha...

Kos purato untuk dobi sebulan kurang lobih RM30 ajo.
Kalu di kiro, kos orang merokok mungkin lebih tinggi dari kos dobi ese ni.
Disobabkan ese tak merokok, jadi kos rokok ditukar kepado kos dobi.
Tapi kalau dah kawin nanti, suruh bini lah yang basuh.
Yer..Bini kan harus mengikut perintah suami. Kalau tak ikut. Derhako tuuu..
Muahahahahaa...

Mey Hua yang hari itu sakit payudaro.
Telah selesai melakukan pembedahan.
Keduo-duo bolah.

Mey Hua terhutang budi pado seorang lelaki tuo itu.
Yang melangsaikan segalo bil dari hospital swasta itu.
Yang nilainyo lima digit.
Hendak atau tidak hendak. Mey Hua harus terimo.
Jika tidak, Mey Hua akan terus menanggung derito.

Kini Mey Hua dihambat perasaan serbo salah.
Dulu Mey Hua cubo melarikan diri dari lelaki tuo itu.
Cubo untuk tidak melayan dan membuat lelaki tuo itu membencinyo.
Namun kini Mey Hua terpakso menerimo lelaki tuo itu.
Hanyo kerano terhutang budi.

16.5.08

Sulung

Ese membuat kesimpulan sendiri.
Anak yang sulung memang susah mahu mengalah.
Dan lebih mementingkan ego sendiri.

Anak sulung. Lebih suko memerintah.
Sesuai dengan sifatnyo yang bakal
menjadi ketuo keluargo kelak.

Anak sulung. Pantang ditegur.
Mungkin rajuknyo bakal berpanjangan.
Dan sukar mahu dipujuk rayu.

15.5.08

Siapa Dia?

"Siapa dia berbanding aku"

"Buat apa percaya pada orang yang gaduh dengan aweknya 24 jam"

"Kamu harus dengar cakap aku. Aku punya veto"

"Kamu sentiasa salah. Aku saja yang betul. Aku tak percaya kamu"

"Bagitau dia,jagalah awek dia sebaik mungkin"

"Gua pantang orang off hp malam2, malam minggu plak tu. Memang SIAL"


Nah. Itu antaro yang tersurat yang telah diolah.
Yang tidak diolah, tidak sesuai utk ditatap umum.

Ese, yang tidak mahu masuk campur dalam siri kehidupan kalian.
Turut menerimo padahnyo.
Samo seperti apo yang Gadis Sunti Ramping kono sebelum ini.

Ya. Betul kato Tok Rimau.
Dan kato duo gadis dirumah besar ese ini.
Memang patut dan harus.
Ese meruntuhkan jambatan bosi itu.
Dan mulo membino tembok yang tinggi.
Tembok batu.

Harus. Noktah.

14.5.08

Edisi Siasat

Di panggil masuk bilik siasatan jenayah - Bahagian Komersial.
Balai Polis di taman tempat ese bermain petang-petang.
Depan ese seorang Inspektor wanita yang muda lagi.
Mungkin dia masuk polis dengan STPM.
Kurang lawa. Jadi tak terlintas nak ngorat.
Kalau tidak, ese dah hulur name card dah.
Biasalah. Dasar buayo darat.

Ese perhati satu persatu beliau menaip laporan.
Sekejap huruf kecik, sekejap huruf besar ditengah2 perkataan.
Bila tersalah taip tanpo disedari, ese tegur.
Lalu beliau padam habis satu baris.
Dan taip semula.

Kemudian beliau mahu merekodkan laporan ese.
Secara bertulis.
Soalan diajukan kurang yakin. Lalu beliau bertanyo ese.
Betulkah soalan berkenaan.?

Aduh. Takkan yang disoal keno betulkan soalan yang bakal dijawab?
Ese nak copek. Jadi ese betulkan satu persatu.
Ese jawab baris demi baris. Cumo ado 5 soalan ajo.
Taipan terhenti-henti. Kerano kerap silap menekan keyboard.
Laporan yang sepatutnyo memakan maso mungkin 15 minit.
Menjadi lobih dari setongah jam.

Jadi, saranan ese pado pihak berkuaso terutamo kerajaan Malaysia,
pandanglah serius perihal ini. Hantarlah anggota-anggota yang bertugas
terutamo bahagian pentadbiran supayo lobih cekap menggunokan
teknologi terkini yang ado. Takdo lah terkial-kial nak menaip laporan.

Walau apo pun, ese berterimo kasih pado PDRM kerano membantu.






Technorati Tags:
, , ,

13.5.08

Sasau

Apokobondo laie jang yang salah ese ni jang.
Jenuh aih ese nak mikirkan.
Berat bonar dah ghaso kepalo ese.
Berpusing-pusing mencari jawapan.
Dokek mano laie silap ese.

Ese dah nyahkan seluruh makhluk lain.
Fokus pado yang satu.
Tapi masih ado bondo yang tak dipuashatikan.
Kadang yang lamo-lamo jadi bahan ungkitan.

Maso?
Ese sudah bagitau sebelum ini.
Maso ese tidak samo dongan maso orang lain.
Dan kerjayo ese juo tak samo macam orang lain.
Makan minum ese tidak ponah ikut jadual setiap hari.
Kadang lunch waktu petang. Sarapan waktu tengahari.
Dinner waktu tengah malam.

Ese bukan buat satu kojo ajo.
Bukan duo ajo.
Tetapi tigo kojo yang ese buat dalam idup mudo ese ini.

Haruskah. Demi yang satu. Ese korbankan kerjayo ese.
Ditohmah. Dituduh. Dicemuh.
Itu macam sudah jadi mainan setiap hari.

Apo laie yang perlu ese lakukan?
Untuk puaskan hati yang satu.

Berhenti buat ketigo-tigo kojo?
Dan maso 24 jam diperuntukkan kepadonyo.

Wajibkan buat jadual berkalo bersuo.
Dan wajibkan setiap saat membuat laporan bertulis?

Mari. Ese rayu. Apo laie yang mahu ese buat?
Untuk memuaskan hati kamu.

12.5.08

Kacau Bilau

Ku sangko ketonangan berpanjangan,
ruponyo kesadisan di tongah jalan.

Abis licin duit ese si penyamun itu kebas.
Tergendalo segalo kojo yang nak kono buat.

Kalau ese dapek tau makhluk mano yang celako itu,
mahu ajo ese rodok batang penyapu kat bontot lahanat tu.
Seharian ese pening lalat. Memikirkannyo.

Dalam kesodihan melando, ese dapek merasokan.
Mungkin itu bukan rezeki ese. Harus redho seadonyo.
Moga Tuhan sekalian makhluk, bakal menggantikannyo.
Dongan yang lobih sempurno.

Akhirnyo. Tompek ese mengadu.
Tidak lain hanyo padonyo.
Orang yang sering memberi semangat pado ese.
Yang sering menenangkan ese.
Diolah yang sempurno bagi ese.
Yang akan ese sayangi seumur hidup ese.

Selamat Hari Ibu buat Siti Zahrah binti Sulaiman.





Technorati Tags:
, , , , , , , ,

11.5.08

Ranis Mata

Pangkor Shoot


Masih laie dokek Jeti Lumut. Sodang menanti bas ke Kolompo dalam jam 6.30pm.
Sambilan lepak dokek mamak melopehkan ponat.
Nah, satu dolu buat tatapan rerakan blogger untuk konsep Ranis Mata.

Sudah ese bilang, mahu berendaman. Syok wooo...
Kan kalian sudah rugi sebab tidak mahu terbang bersamo-samo ese.

Kami menginap di Vikri Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Mungkin trip mendatang, mahu lepak di Teluk Nipah pulak.






Technorati Tags:
, , , , , , , , , , , ,

9.5.08

Pangkor

Ese terbang ke Pangkor bersamo cewek mungil.
Mahu berendam berbasahan bersamo cewek dalam laut masin.
Bilo baju basah, kalian pasti mulo berangan.

Kalau dokek sano ado coverage 3G mahupun ado wifi free,
mungkin ese akan update ini blog.

Ese biarkan Jaisi dalam wad dulu.
Nanti pulang, ese mahu lihat Jaisi cantik menawan.

Nanti kalian jengah dokek Ranis Mata.
Untuk hasil rendaman dokek Pangkor.

Sapo mahu ikut? Copek pasang sayap kalian.
Mari kito terbang bersamo-samo.




Technorati Tags:
, , , , , , , ,

8.5.08

Terbang Lagi

Ese tahu kamu sudah baco blog ini.
Tapi ado kamu ambil tahu apo yang berlaku.
Ado kamu risau tontang diri ese ini.
Ado kamu mahu bertanyo kabar?

Semalam. Di jalan itu ese buat drift sorang-sorang.
Jalan licin. Ini garo-garo tayar belakang yang dah botak gilo babeng.
Ese bawak tak laju. Cumo 80kmj ajo.
Tak macam selalu yang kalu jalan itu dah tentu 120kmj.
Tapi silapnyo ese semalam. Semaso membelok itu ese tertokan brek.
Langsung takleh nak grip dokek jalan.

Plannyo minggu dopan memang nak poie tukar tayar dokek Batu Pahat.
Tapi belum sompek laie nak tukar.
Nah. Dengan bumper sekali kono beli baru.
Kos yang sepatutnyo sedikit dah bertambah lagi banyak.

Potang semalam ditomani my bisnes partner.
Ese antor kereto untuk dibaiki. Bengkel tak jauh.
Sekitar Taman Universiti ajo.

Beli bar baru dan betulkan bar depan dengan upah= RM450 + RM160
Pasang bumper baru jenis PU = RM280
Spray bumper = RM120
Spray bonet kaler itam crystal = RM160

Total keseluruhan kos pembaikpulihan Jaisi = RM1170.00

Ado sapo-sapo dokek sini mahu jadi Along ese sekojap?

Oh ya. Handphone kamu yang keciciran masih bersamo ese.
Sebelum kejadian memang ese dah tercongok dopan rumah kamu.
Mahu hantar handphone tetapi kamu takdo.
Ese mahu jupo kamu sendiri.
Selain handphone ini. Ado sesuatu yang lain buat kamu.
Tetapi sekarang sudah tak dapek mau hantar handphone kamu.
Lantaran Jaisi sudah dimasukkan ke wad.






Technorati Tags:
, , ,

Jaisi


Nah, ini hadiah untuk mereko yang tidak ponah ingin percayo.
Dan inilah yang kamu mahukan bukan?
Mahu lagi?

Sudah ese katokan.

24 jam setiap individu itu tidak samo.
Dan inilah yang ese lalui dalam 24 jam hari ini.
Samo kah dongan kalian?




Technorati Tags:
, , ,

7.5.08

Masa

Orang seringkali memandang serong terhadap maso yang ese ado.
Maso yang suntuk untuk mencari rezeki.
Maso yang kini suntuk untuk diri sendiri.
Maso yang ado cumo saki baki kehidupan.

Ya, ese punyo maso sehari 24 jam. Tetapi tidak bermakno 24 jam ese
itu berkadar langsung dengan 24 jam orang lain.
Mungkin orang lain gunokan separuh ajo dari 24 jam yang ado.
Mungkin yang lain pulak gunokan hampir keseluruhan 24 jam yang ado.

Hidup seorang doktor tak samo dongan kehidupan seorang cikgu.
Begitu jugak hidup seorang usahawan tidak boleh samo dongan
kehidupan pegawai kerajaan. Maso itu walaupun di sebut emas,
tetap nilainyo bukan mengikut hargo pasaran.

Hargo sebuah maso bagi setiap individu, hanyo mampu dinilaikan
oleh individu tersebut. Untuk apo nilai-nilai maso yang orang itu ado
dan ingin digunokan jugo tak samo antara satu sama lain.
Mungkin orang ini mahu guno untuk separuh untuk bersosial,
dan mungkin orang itu pula mahu guno separuh untuk beribadat,
dan mungkin orang lagi satu pulak mahu guno untuk mencari rezeki.

Banyak kemungkinan dan setiap kemungkinan, ado alasan tersendiri.

Siapo mahu jual maso korang pado ese.
Meh ese nak beli barang sekilo duo.

Biar maso yang ese ado ini, ese gunokan hanyo untuk kehidupan orang.
Dan maso yang ese bakal beli nanti, ese ganti untuk melaksanokan
tanggungjawab atas kehidupan ese sendiri pulak.



Technorati Tags:
, , , , , , ,

6.5.08

Nips

Budak Kurus : "Makan lah pisang ni, biar habis. Best ni.. "

Budak Gemok : " Kecik2 dulu dah selalu makan pisang, bosan dah "

Budak Kurus : "emm.. best betol pisang nih" , sambil menggodeh laptop kurun 14.

Sambil membuko bungkusan coklat Nips yang Budak Gemok beli
dokek kodai tujuh sebelas, yang dah duo hari terbiar atas sofa empuk ruang tamu.

Budak Gemok : " Makan lah coklat Nips ni. best jugak coklat ni "

Budak Kurus : " Kecik2 dulu dah selalu makan Nips ni, bosan dah "

Budak Gemok mendengus terkono pulangan paku buah keras.

Itu antaro gurauan manjo tatkalo bersuo muko.
Kami. Jarang bersuo.
Kau keluar, aku pulang. Aku keluar, kau tido lagi.



Technorati Tags:,

3.5.08

Kawat

Kursus kawat itu mengeraskan bontot ese.
Malah kadang kalo mengejangkan urat perut.
Terbahak-bahak menahan gelak.

Amat bagus jugo penganjur menyusun tentatifnyo begitu.
Selang satu jam pasti bertukar sarjannyo.
Macam-macam gayo ado. Tidak jemu.

Duo hari diraso sekojap ajo bilo bertemu sarjan
yang pandai menyusun lenggok dan langkah.
Namun bilo ado sarjan yang lomau semacam itu.
Satu jam dirasokan terlalu lamo sekali.

Kalian kalau mahu dewaso.
Mahu meraso yang satu itu.
Kalian harus jugo ikuti kursus kawat ini.
Ya. Harus.



Technorati Tags:
, , ,

SMS

SMS
Short Messaging Service.

Kalian di luar sano, tau tak maksudnyo?
Kalau sudah namonyo SMS,
sudah tentu yang kalian dapat itu ringkas, padat dan tepat.

Ese, tidak suko meleret-leret membalas sms.
Kalau satu ditanyo, satulah jawapannyo.
Takkan duo atau tigo.

Tapi kalau kalian dapat itu ringkas, padat dan tepat.
Tidak perlu kalian raso mengganggu.
Kalau mengganggu, sudah pasti ese tidak akan membalas sms itu.

Dan dalam kepantangan ese, satu sms yang dihantar.
Punyoi 3 soalan. Namun yang berjawabnyo.
Cumo satu soalan. Yang duo laie diabaikan.
Apa kejadahkah itu semuo?

Kalian tidak tahu membaco?
Atau kalian ghairah menjawab soalan yang satu ajo?
Hinggokan terlupo dalam satu SMS, ado tigo soalan.
Yang perlu kalian jawab.

Gunokan SMS Bonus ( kalau Hotlink ) kalian sampai habis.
Jangan simpan untuk hari tuo.
Kerano sebahagian ado tempoh tamatnyo.





Technorati Tags:
, , , , , , ,

Dr. Love beri satu soalan buat pesakit.
Ringkas. Soalan objektif.
Hanyo ado duo jawapan. A mahupun B.

Jawapan yang cubo diberikan panjang berjelo.
Subjektif. Mako jawapan menjadi kurang tepat.

Dr. Love kato, Anda Gagal kali ini.
Silo cubo lagi.

Inilah bahano kerano tidak memahami kehendak soalan.

Selamat Hari Buruh pado semuo buruh-buruh di Malaysia.
Tidak termasuk buruh pakso dan minyak cap buruh.
Pastikan kalian dapek gaji duo kali gando pado hari ini jiko bekojo.

Putama bukan Putama yang 8 tahun dolu.
Putama sekarang Putama yang dah ado mangkuk Astro.
Kalu dolu, Tok Rimau kato duduk dokek selatan tanahair,
tak perlu pasang mangkuk Astro, dah boleh dapat 15 cenel.
Dan kini, Putama menerimo lobih dari 30 cenel.
Penat mau picit butang remote control.

Jaisi bukan lagi Jaisi yang 3 tahun dolu.
Jaisi sekarang Jaisi yang punyo urat belikat baru.
Kalu dolu Jaisi amik selekoh, bergoyang-goyang.
Kini Jaisi dongan steady ajo melayan selekoh.
Dalam minggu ini, Jaisi di ikat urat belikat jenamo Gabs.
Spring pado asalnyo buatan Jepun.
Adjustable Spring jenis High Low.

Mungkin esok atau luso, Jaisi mau tukar kasut pulak.
Getah sudah haus. Bahayo untuk kesihatan tuan dio.




Technorati Tags:
, , , ,

Related Posts with Thumbnails