22.5.08

Edisi Siasat II

Bantuan dari Bukit Aman datang.
Membantu pegawai di taman tompek ese main petang-petang ini.
Yang kurang arif tontang kes yang ese adukan.

Pegawai dari Bukit Aman datang tigo orang.
Naik sebuah Proton Waja.
Mereko mahu sambung laporan dari ese.
Dan buat mirroring pado hard disk di pejabat ese.
Dimano di tompek komputer ese bukak email tersebut.
Bos ese terkejut tengok ramai orang tidak dikenali datang.
Beliau memang cepat curigo pado orang.
Sering.

Ese tengok alat untuk buat hard disk mirroring memang canggih.
Khas untuk forensic department.
80GB Hard Disk memakan maso sejam lobih.

Sambil itu pegawai tu tanyo macam-macam.
Dan ese pun tanyo beliau macam-macam.
Kami saling tukar pendapat.
Beliau bertanyo tontang Celcom Broadband.
Serta teknologi yang digunokan.

Dan ese masih berpendapat,
Pegawai walaupun dari Bukit Aman,
tetap tahap pengetahuan IT mereko sangat kurang.

PDRM harus sodari hakikat ini.
Dan harus ambil tindakan untuk hantar pegawai mereko.
Kursus khas mengenai teknologi terkini.
Dan pengetahuan am tentang dunia siber.

Harus.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails