Orang seringkali memandang serong terhadap maso yang ese ado.
Maso yang suntuk untuk mencari rezeki.
Maso yang kini suntuk untuk diri sendiri.
Maso yang ado cumo saki baki kehidupan.
Ya, ese punyo maso sehari 24 jam. Tetapi tidak bermakno 24 jam ese
itu berkadar langsung dengan 24 jam orang lain.
Mungkin orang lain gunokan separuh ajo dari 24 jam yang ado.
Mungkin yang lain pulak gunokan hampir keseluruhan 24 jam yang ado.
Hidup seorang doktor tak samo dongan kehidupan seorang cikgu.
Begitu jugak hidup seorang usahawan tidak boleh samo dongan
kehidupan pegawai kerajaan. Maso itu walaupun di sebut emas,
tetap nilainyo bukan mengikut hargo pasaran.
Hargo sebuah maso bagi setiap individu, hanyo mampu dinilaikan
oleh individu tersebut. Untuk apo nilai-nilai maso yang orang itu ado
dan ingin digunokan jugo tak samo antara satu sama lain.
Mungkin orang ini mahu guno untuk separuh untuk bersosial,
dan mungkin orang itu pula mahu guno separuh untuk beribadat,
dan mungkin orang lagi satu pulak mahu guno untuk mencari rezeki.
Banyak kemungkinan dan setiap kemungkinan, ado alasan tersendiri.
Siapo mahu jual maso korang pado ese.
Meh ese nak beli barang sekilo duo.
Biar maso yang ese ado ini, ese gunokan hanyo untuk kehidupan orang.
Dan maso yang ese bakal beli nanti, ese ganti untuk melaksanokan
tanggungjawab atas kehidupan ese sendiri pulak.
Technorati Tags:
masa itu emas, masa, emas, doktor, cikgu, peguam, usahawan, pegawai tinggi kerajaan
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
1 comment:
same here.. sometime.. just wishing i have more than 24 hours.. but it's all what we have.. so chill...
Post a Comment