23.5.08

Promotion

Tadi. Ese singgah di Watson. Tingkat bawah Jusco.
Di taman tempat ese main petang-petang.

Listerine kaler ijau kat umah dah habis.
Jadi mahu cari yang kaler biru pulak.
Sebab mau tau apobondo perisonyo.
Yang hijau itu menyengat sangat.
Pedih kalau kumur lamo-lamo.
Terbeliak bijik mato. Macam dalam iklan.

Dekat tag hargo terpampang.
Listerine 750ml, RM20.50 , 10% Discount. NOW RM18.45.
Ese ambil satu. Kaler biru. Tartar Control.

Syampoo pun dah kono tonggeng botolnyo.
Jadi ese sambar syampoo sekali.
Clear, Anti-Dandruff - Extra Strength.
Kepalo ese sojak akhir ini banyak ketombe.
Ese nak tengok sejauh mano extra kekuatan syampoo ni.

Sambar satu Snickers dan satu battery petak 9V.
Kat kaunter. Bayar pakai tunai.
Kos hampir mencecah not sekeping besar kaler biru cair.
Raso macam mahal pulak. Was-was.

Ese keluar Watson. Dan cek bil, satu-satu.
Ruponyo Listerine tak ditolak sebanyak 10%.
Ese masuk semula. Dan komplen.
Cashier gelabah sebab bilo scan, takdo discount terpampang.
Dio panggil Asst. Manager. Beliau jengok tag yang terpampang.
Memang salah mereka. Sekali dipapar, harus dikiro.

Lalu beliau key-in semula dan tolak 10% dari nilai harga Listerine.
Jumlah menyusut tidak banyak. Cumo kurang lebih RM2 ajo.
Tapi sebab sengajo mahu tunjuk hak pelanggan.
Dan mahu sodarkan mereko, yang mereko harus prihatin terhadap
segalo tando hargo yang ditawarkan.
Kalau sudah habis tempoh promosi, tag harus di tukar.

1 comment:

anuarsalleh said...

Den tak reti kiro! Ekekeke...makwe yg tolon check kan resit salu...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails