Di panggil masuk bilik siasatan jenayah - Bahagian Komersial.
Balai Polis di taman tempat ese bermain petang-petang.
Depan ese seorang Inspektor wanita yang muda lagi.
Mungkin dia masuk polis dengan STPM.
Kurang lawa. Jadi tak terlintas nak ngorat.
Kalau tidak, ese dah hulur name card dah.
Biasalah. Dasar buayo darat.
Ese perhati satu persatu beliau menaip laporan.
Sekejap huruf kecik, sekejap huruf besar ditengah2 perkataan.
Bila tersalah taip tanpo disedari, ese tegur.
Lalu beliau padam habis satu baris.
Dan taip semula.
Kemudian beliau mahu merekodkan laporan ese.
Secara bertulis.
Soalan diajukan kurang yakin. Lalu beliau bertanyo ese.
Betulkah soalan berkenaan.?
Aduh. Takkan yang disoal keno betulkan soalan yang bakal dijawab?
Ese nak copek. Jadi ese betulkan satu persatu.
Ese jawab baris demi baris. Cumo ado 5 soalan ajo.
Taipan terhenti-henti. Kerano kerap silap menekan keyboard.
Laporan yang sepatutnyo memakan maso mungkin 15 minit.
Menjadi lobih dari setongah jam.
Jadi, saranan ese pado pihak berkuaso terutamo kerajaan Malaysia,
pandanglah serius perihal ini. Hantarlah anggota-anggota yang bertugas
terutamo bahagian pentadbiran supayo lobih cekap menggunokan
teknologi terkini yang ado. Takdo lah terkial-kial nak menaip laporan.
Walau apo pun, ese berterimo kasih pado PDRM kerano membantu.
Technorati Tags:
Polis, PDRM, Inspektor, Jenayah Komersial
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
1 comment:
Ini kes nyanyo bang...
Post a Comment