29.3.09

Gantung Akhbar

Bagi anak mudo zaman IT.
Penggantungan akhbar selamo 100 hari.
Tidak memberikan kesan sangat.
Petik jari. Maklumat dapat.

Tetapi malanglah bagi wargo tuo mahupun wargo kampong.
Yang mengharap dapat membaco.
Melalui tulisan di kertas.
Kerano tiado akan pandainyo melayari dunio hujung jari.

Dan dimano laie mereko.
Mahu memperoleh maklumat yang sebonar.
Daripado ditipu hidup-hidup.
Dongan media yang borat sebolah.

Menyekat suaro orang lain.
Adalah sifat bacul dan takut akan kebonaran.
Dan hal menyekat kebebasan orang.
Walaupun tidak melanggar etika mahupun undang-undang.
Ponah terjadi dalam sejarah hidup ese tidak lamo dolu.
Dan ese golarkan mereko itu adolah manusio setan.
Yang sentiaso menghalang kerukunan, silaturrahim mahupun suaro keadilan.

Sampai sekarang. Mereko masih tidak sodar.
Akan ke'setan'an mereko.
Sehinggolah ese harus menjauhkan diri.
Dari mereko semuo. Demi martabat diri.

Berbalik pado soal penggantungan akhbar.
Sikap bacul mengambil langkah primitif yang gentar untuk bersemuko dongan kebonaran.
Ia hanyo membayangkan kekerdilan jiwo, kemandulan idea, kelomahan dayo tahan.
Dan manifestasi minda tertutup kelas tigo. Iaitu kelas pemikiran bacul bawahan.

Kamukah lelaki bacul?

28.3.09

Tutup Lampu?

Saat lampu di tutup selamo sojam.
Satu tangan meraba-raba.
Mencari di mano pintu masuk.

"Eh, apo pasal dalam ni semuo berambut panjang ni?"
"Aik. Ado yang pakai tudung?" Hahhh???

Terus beliau gelabah.
Beliau dah tersalah masuk tandas pempuan.
Mencicit beliau lari keluar.
Nasib baik orang kek dalam tandas tadi tak perasan.

Ni gara-gara nak terkeluar dah amat sangat.
Tak sompek dah nak tunggu lampu di bukak kembali.

Selamatkan dunia dari pemanasan global.
Namun selamatkan dulu dunia dari keciciran sisa-sisa terbuang.

27.3.09

Surabaya-Day3

Seawal jam 9am waktu tompatan.
Kautsar sudah sampai menunggu di lobby.
Kami bersiap sepantas kilat.
Sememangnyo Kautsar seorang yang menopati maso.

Kami bersarapan 'sup bontot' di tompek yang paling enak.
Itu kata Kautsar lah. Tempatnyo cumo sebuah kedai kecil.
Yang cumo ado duo bangku panjang.
Walaupun di dalam kota bosar.
Tetapi seolah makan di sebuah kampong.
Bilang Kautsar, tempat itu tidak ramai yang tahu.
Dari kecil lagi Kautsar selalu makan di situ.
Juga terdapat nasi Rawon. Tapi kurang enak berbanding nasi Rawon di Nguling.

Sesudah makan. Kami menuju ke House of Sampoerna.
Dimano tempat bermulonyo rokok Sampoerna.
Kami disambut oleh seorang amoi yang menjadi tourist guide dalam muzium tu.
Beliau menerangkan satu persatu tentang sejarah yang ado.
Menarik dan tertarik dengan sejarah sebuah syarikat rokok terbesar di Indonesia ni.





Usai. Kami bergerak ke Jambatan Merah. Sekadar motret untuk kenangan.
Dan menuju pula ke pelabuhan Surabaya. Kelihatan 'macet' banget.
Kerana hari 'libur' dan ramai warga Madura berpusu-pusu untuk pulang ke kampong laman.
Menurut Kautsar, warga Madura merupakan warga yang kasar dan bengis.
Mereka jugak suka berhijrah dan merempat di sekitar Surabaya.
Malah ada yang membuat rumah di pinggir jalan keretapi.

Kami lunch di Restoran Ikan Bakar Cianjur.
Yang terletak di tongah Kota Surabaya.
Boleh dikatakan restoran ni agak glemer jugak.
Rata-rata yang makan adalah pelancong samada tempatan mahupun pelancong luar.

Tempat yang wajib dilawati adalah Masjid Al-Akbar.
Atau lebih dikonali dongan namo Masjid Agong.
Kebotulan yo semaso kami tibo, usai satu majlis pernikahan.
Sompek jugak kami menjengah ke dewan perkahwinan.
Sememangnyo di hias indah. Kelihatan seperti majlis yang agak bosar.
Kalau di Malaysia, mungkin kosnya sudah sekitar limo angko.
Tetapi di sano, difahamkan kosnya masih dalam lingkungan ompek angko yo.



Kami bergerak pulak menuju Pasar Turi.
Yang mano hampir keseluruhan pasar tersebut telah terbakar.
Ado setongah orang mengatokan ianyo 'sengaja' dibakar.
Memandangkan terdapat satu supermarket yang baru dibukak bersebolahan.
Tetapi tidak mendapat sambutan berbanding Pasar Turi yang sudah lamo dikonali.
Kami hampa. Tidak dapat melihat suasano sebonar pasar ini pado saat sibuk.

Hari dah mulo nak senjo. Kami singgah di Stesen Keretapi Pasar Turi.
Boleh dikatokan stesen keretapi yang agak sibuk.
Dan keretapi dari sini adalah menuju ke Jakarta yang mengambil maso sekitar 9jam

Kami mulo mencari rumah makan. Perut dah lapar.
Dan kami singgah di Dapur Desa. Rumah makan yang terlotak di Jalan Basuki Rahmat.
Setibo kami di pintu masuk. Satu gong di ketok kuat.
Seluruh pekojo dokek situ beramai-ramai melaungkan 'Sugeng Rawuh'.
Yang bermakno Selamat Datang.
Di sini keseluruhan pekojo adalah orang Jawa & Sunda.
Masakan jugak adalah masakan Sunda.
Kami memilih masakan dan lauk dan kemudian di panaskan dan dihidangkan.
Nampaknya rumah makan ini agak ekslusif dan menjadi tumpuan pelancong.



Seusai makan. Kami berjalan menikmati suasano malam di kota keduo terbosar Indonesia ni.
Kautsar bawak kami pusing-pusing dan melewati sebuah tompek dikonali dongan namo Dolly.
Naik berpinau bijik mato kami. Kalau mau tau tempat apo. Cubo korang tanyo makcik Gugel.
Tidak berani lamo-lamo. Cumo sekali lalu ajo dan kami bergerak keluar dari kawasan tu.

Kami sudahi malam ketigo kami di Surabaya dongan berkunjung ke dataran.
Tompek anak-anak mudo lepak dan menikmati live band.
Tapi saat kami sampai. Sudah agak lewat sekitar jam 11pm.
Live band pun dah habis dan kami cuma duduk minum dan merasai Murtabak Terang Bulan.
Murtabak yang agak besar seperti Murtabak Singapore.
Tetapi raso tidaklah seenak mano. Lobih sodap laie murtabak dokek J.B.
Kami pulang dongan kepenatan seharian. Kaki dah naik lenguh.

------------------------------------------------------------------------

Dan hari ke ompek, Kautsar sudah bersedio seawal pagi.
Menghantar kami ke Juanda International Aiport.
Kami terbang pulang dan tibo di Senai International Airport sekitar tongahari.

Bersiap untuk pulang ke Kota Surabaya.
Kami lalui jalan lain. Untuk mengelakkan 'macet' di sekitar Lapindo.
Perut dah lapar. Hujan jugak turun dongan lobat.
Kami singgah makan di Rumah Makan Sri.
Terlotak di Pandaan dan jugak dikonali dongan namo Istana Ayam Goreng.
Mungkin kami lihat masakan ayam goreng seperti ayam penyet.
Dan ayamnyo jugak kocik-kocik yo.

Selesai makan. Kami teruskan perjalanan.
Kali ni menuju jalan Tretes. Iaitu kawasan berbukit.
Kelihatan rumah-rumah banglo mewah tersergam indah di kaki bukit.
Kawasan ni seperti di Cameron Highland. Jalan jugak menyusur lereng bergaung dalam.

Sore' nya kami mulo memasuki Kota Surabaya.
Menuju ke penginapan di Hotel Metro.
Letakkan barang-barang dan kami keluar lagi.
Mencari tempat makan berhampiran.
Dan kami perlu menghantar Hendy ke bus station utk pulang ke Malang.
Beliau tidak dapat nemani kami pada malam itu.

Kami pulang untuk berehat kerana masih ada satu hari lagi esoknyo.
Untuk kami pusing satu Kota Surabaya.

bersambung...

24.3.09

Surabaya-Day2

sambungan dari SINI...

Kami tidor awal memandangkan jam tigo pagi nanti dah kono bangun.
Udaro yang sojuk membuatkan ese tidor memakai 3 helai baju.
Dan dilitup pulak dongan blanket tebal.

Izat. Mungkin tidak dapat tidor nyonyak barangkali.
Beliau dah kojutkan ese sekitar jam 3 pagi untuk bangun bersiap.
Beberapo Jeep 4WD sudah menunggu di luar untuk membawo tetamu ke puncak.
Untuk menyaksikan panorama indah matahari terbit.
Kami melalui kawasan 'gurun pasir' di kaki gunung Bromo.
Dan memanjat jalan berliku untuk ke puncak Gunung Penanjakan.

Kami sampai di puncak namun sudah ramai pelancong yang tibo lobih awal.
Mungkin dari beberapo hotel lain sekitar Cemoro Lawang.
Atau mungkin yang datang secara terus dari sebolah kawasan Malang.
Sempat jugak kami berempat memanaskan badan dongan kopi pekat di puncak Penanjakan.
Sememangnyo terdapat beberapo kedai minum dan kedai-kedai cenderamato.

Di puncak Gunung Penanjakan terdapat kawasan viewpoint yang dibino khusus.
Sudah ramai pelancong yang mengambil tempat di sudut paling menarik.
Kami yang sampai agak lewat mencari port terbaik untuk capture pemandangan indah nanti.
Namun semuo yang ado sudah berhimpit-himpit dan bersedio dongan kamero masing-masing.

Ese cubo mencari ruang di luar pagar. Dan menyelinap masuk melalui colah-colah pagar.
Mungkin agak bahayo berado di luar pagar. Kalau tersilap langkah.
Boleh terjatuh ke bawah dari puncak Gunung Penanjakan yang setinggi 2770m.
Dan ese dah dapek port terbaik dan tidak diganggu oleh manusio lain.

Masing-masing menanti penuh debar akan detik munculnyo mentari.
Samar-samar dikejauhan, rona cahaya mentari muncul diufuk timur.
Debar semakin kencang menyaksikan keindahan alam.
Sungguh indah tidak terkata.



Perlahan-lahan mentari menampakkan wajahnyo. Menorangai kawasan pergunungan tersebut.
Bahang mula teghaso panas. Namun kami masih tidak berganjak dari viewpoint.
Tidak puas-puas menikmati panorama indah melalui lensa kami.
Ese sendiri tidak berhenti dari menekan shutter kamera.
Bagi memastikan setiap detik itu tidak terlepas begitu yo.
Sungguh pantas ketakjuban itu berlaku.
Detik waktu yang mano dalam istilah fotografi di sebut 'Golden Hour'.

Semuo pelancong dah mulo turun dari puncak Penanjakan sekitar jam 7am waktu tompatan.
Namun kami masih menikmati udaro sogar di situ.
Sambil berbual dongan beberapo rakan photographer dari Jakarta.



Sekitar 8am, kami bergorak turun dari Gunung Penanjakan untuk ke destinasi seterusnyo.
Kami singgah di kaki Gunung Bromo. Belum sempat laie Jeep parking.
Penduduk tompatan yang berkuda mengekori dan merapati Jeep.
Mereko semuo berebut untuk menawarkan khidmat menyewo kuda mereko.
Untuk sewaan kudo di situ adalah sekitar RP40000 untuk duo hala.
Iaitu bermulo dari tempat parking dan dibawo naik ke check point Gunung Bromo.
Dan harus memanjat 120 anak tanggo untuk sampai ke puncak.
Untuk menyaksikan kawah gunung berapi yang masih aktif.
Asap kelihatan berkepul-kepul keluar dari kawah dan kedengaran bunyi air menggelegak.

Ese hampir 'pancit' memanjat Gunung Bromo. Berlagak kononnyo kuat.
Dan tak mahu menyewo kudo. Tak sampai separuh tanggo dah tercungap-cungap.
Namun ese gagahkan juo manjat sampai ke atas untuk mengutip pengalaman.



Turun dari puncak Gunung Bromo. Kami berlagak seperti Camel Trophy Challege.
Meredah lautan pasir untuk menuju ke sebalik pergunungan.
Melihat kawasan pemandangan hamparan hijau.
Yang mana mereko golarkan sebagai kawasan Teletubbies.
Tidak mengambil maso yang lamo. Kami cumo bergambar sekadar untuk konangan.



Kami bergerak pulang ke hotel untuk bersarapan pagi.
Badan mulo teghaso ponat. Kami harus check-out untuk bergerak pulang ke kota Surabaya.

23.3.09

Bacalah



Doluan. Ese suko gak baco novel.
Mungkin resmi remajo. Barangkali.
Antara novel yang ese baco adalah hasil tulisan Ahadiat Akashah.
Dan beberapo novel berunsur cinto dalam kekeluargoan.

Majalah. Untuk menceriokan diri sendiri.
Ese doluan melanggan majalah Ujang. Tak ponah miss.
Dan dokek rumah di kampung masih tersimpan koleksi Gila-Gila.
Tapi. Majalah Remaja atau Mangga di reject terlebih awal.

Buku berunsur agamo dan motivasi diri jugak menjadi pilihan ese.
Hasil tulisan Dr. Fadzilah Kamsah pun menjadi simpanan ese.
Termasuk beberapo buku dari H.M Tuah. Dan beberapo pakar motivasi lain.

Tetapi. Semonjak ese berkerjayo dan mempunyai perniagaan.
Malah sojak menceburi bidang fotografi.
Ese dah tak sompek nak duduk diam-diam.
Dan membaco buku. Dalam keadaan tonang.
Paling banyak ese bulih membaco dalam satu maso cumo sekitar duo tigo helai.
Dan akan bersambung ontah taktau bilo.
Bilo terpandang buku dokek atas mejo atau di rak.
Nak ambik baco, tibo-tibo ado bondo lain perlu dibuat.
Seperti mengomehkini akaun syarikat, mengolah gambar client dan sebagainyo.
Termasuklah untuk melayan perut yang kelaparan.
Terkadang pulak melayan bondo-bondo melaghokan.
Seperti melayari Friendster, Myspace mahupun Facebook.
Membuatkan maso untuk membaco itu terbantut dan terus terlupo.

Terkadang berangan. Mahu lepak di sebuah pulau yang indah.
Errr..seperti di Phi Phi Island barangkali. Sambil beristirehat.
Dan membaco seberapo jumlah buku sampai muntah.

Al-Quran? Err..errr.. Doluan hampir setiap malam.
Sekurangnyo dua muko habis dibaco selopeh solat Magrib menunggu Isyak.
Namun kini. Err..Errrr....

15.3.09

Salah

Kawan lamo ese YM.

"tak turun KL ker?"

"tak, banyak kojo yo kek JB ni. Ado job wedding."

"owh. ok, kawe nak gi KL minggu ni. carik pitih sikit"

"Bisnes apo eh sampai kor KL tu jang. Acu koban kek ese sikit."

"kalu nak pitih, mari lah turun KL. kawe cerito panjang lebar nanti."

Adoi. Dah sudah. Ese dah dapek tangkap dah jenis bisnes rahsio ni.
Adalah golongan bisnes yang macamano.
Ese cubo pancing laie kawan ese untuk gitau.

"ekau ni jang. kawan sojak kocik laie. takkan takleh cakap sikit apokobondo bisnes tu eh"
"kalu la menarik eh, ese pon nak jugak melabur"

"kalu kawe royak bisnes ni tak hilang modal, demo percayo dok?"

"Bisnes memerlukan pelaburan. Bisnes yang 'zero' kerugian adalah bukan bisnes."

Ese dah malas nak panjangkan laie sobab tongah sibok.
Dan ese tanyo laie sekali.

"Jang, kalu orang nak melabur, kalu taktau apokobondo bisnes tu. Camno nak melabur?"
"Kalu ese nak turun KL tanpo tahu apo satu pun hint, itu satu pembaziran nyato."

"Ok. Ni company ****. Penah dengar?"

Dongan pantas. Ese terus bertanyo dongan makcik Gugel.
Dan dapat jawapan.

"Owh.. ponah sangat. Kek JB ni bisnes ni dah lamo dah jang. Dah terkubur dah pun"
"Porak perando eh. Dah lamo dah ese tahu ni. Sojak awal 2008 laie."

"Eh, yo kor? Lagu mano bisnes ni kat JB? Caro lagu mano?"

"Biaso lah jang. nak copek kayo, melabur lah bosar-bosar. Takdo duit, buat loan bank."
"sekali lotak berpuluh ribu. kalu rajin dan pandai manipulate people, dapat la balik modal"
"dalam maso beberapo bulan yo buek bisnes ni. Tapi bilo kaput, merano nangis tak berlagu."

"Owh, salah tu caro tu. Ni kat KL ni tak melabur berpuluh ribu pun. Sikit jer."
"kawe baru buat 3 bulan dah untung lebih dari 8K dah ni."

"bagus la gitu jang oiii.. kalu dah nampak ado untung. Teruskan yo lah."
"kalu macam tak nampak laie untung kek mano, ese nak nasihatkan yo."
"lobih baik melabur dokek bisnes konvensional, untung sikit tetapi risiko rondah."
"dan berpanjangan. sobab buek bisnes sendiri, company sendiri."
"untung dan rugi sendiri tanggung. tak libatkan orang lain."

Ese sudahkan perbualan YM ni dongan memberikan sedikit kato semangat.

"Jang, sok kalu dah kayo, kawin la cecopat. Ekau tu dah kojo gomen, dah kojo totap."
"tunggu apo laie jang. Ekau kono kawin dolu dari ese. sobab ekau laie tuo."

Begitulah.
Mereko yang baru-baru berjinak dongan dunio bisnes Money Manipulation.
Apo yang orang lain buat. Itu salah. Ini salah. Plan dan strategi tak boto.
Dan apo yang mereko buek, itulah yang boto dan bonar.
Bilo terantok, baru nak tengadah?

14.3.09

Leceh

Tak ramai yang suko.
Buat bondo yang melecehkan.
Apatah laie merumitkan.

Ramai yang suko.
Buek bondo yang sonang yo.
Kalu bulih, cakap-cakap yo dah siap.

Apatah laie kalu itu tidak menguntungkan mereko.
Mungkin hanyo sebolah mato yo dipandang.
Itupun kalau dipandang.

Jarang sekali kito jumpo.
Orang yang bertindak tanpo arahan.
Yang boleh berfikir tanpo perlu dikerah.
Walaupun untuk kebaikan.

Ramai yang kito jumpo.
Menunggu arahan.
Tak diarah. Mako melunjurlah kaki, tersandarlah badan.
Menanti arahan seterusnyo.

10.3.09

Cemoro Lawang

Ese selamo ni tak ponah laie poie ke perkampongan di kaki gunung.
Paling tidak pun dokek Cameron Highland yo. Yang dah agak moden skit.
Jadi tak dapek nak menikmati suasano perkampongan yang btol-btol aman damai.
Yang tidak sibuk dongan kereto mahupun mat rempit.

Cemoro Lawang, sebuah perkampongan di dalam Kabupaten Probolingo.
Terlotak kek kaki beberapo gunung di sekelilingnyo.
Gunung Bromo, Gunung Batok, Gunung Penanjakan dan Gunung Semeru.

Potang yang redup tu. Kami ( ese, izat dan hendy ) jalan kaki.
Pusing-pusing carik gambar landscape dan gambar penduduk tompatan.
Cuaco yang sojuk dan berkabus. Kemungkinan sekitar 15 darjah celcius.
Rumah-rumah disini di bino rapat-rapat. Dan disebolah rumah pasti ado tanaman.

Hendy banyak bercerito tontang kehidupan masyarakat suku Tengger.
Yang merupokan wargo asal di pergunungan ni.
Suku Tengger mudah dikonali dongan setiap mereka pasti membawo satu kain batik.
Yang mano kain tersebut diberi sojak mereko lahir.
Dan harus dibawak bersamo kemano yo mereko poie.
Ado yang ikat kat leher macam budak-budak buat pakai macam Superman.
Namun Cemoro Lawang kini sudah didatangi beberapo pendatang dari daerah luar.

Potang tu. Asal terserompak yo dongan penduduk tompatan.
Yang baru pulang dari kojo.
Mereko akan menyapo mesra kami.

"Selamat sore" sambil mereko tersenyum mesro.

Dan kami. "Sore mbakk".


Mereko sungguh ramah. Dan terdetik di hati.
Alangkah mereko ini sungguh menghormati tetamu.
Dan mereko amat gembiro kalau dimintak untuk di ambil foto.
Ado yang bertanyo untuk mendapatkan foto mereko.
Dan dalam hati ese.
Mungkin. Jiko ado rezeki laie.
Ese akan kesano laie dan bawak gambar mereko berbingkai sebagai hadiah.

9.3.09

Surabaya-Day1

Catatan perjalanan gamble buat kali pertamo ke Surabaya.

Ketobang 'Udara Asia' berlopeh dari Senai International Aiport sekitar jam 7.30am.
Perjalanan lancar. Sebolah kiri ese seorang wargo Lombok yang nak pulang ke kampong laman.
Sebolah kanan pulak seorang cewek yang vouge gitu. Mau pulang ke kota Surabaya.
Sompek mengorat saat ketobang dah nak mendarat yo. Tapi tak sompek nak nanyo namo.
Ese kan pemalu gitu. Muahahaha.

Kami, ese dan Izat menyusur keluar dari balai ketibaan.
Tulisan 'Ayares' terpampang pado satu kertas A4 putih.
'Tourist Guide' dah menunggu. Hendy dan Kautsar, jejako Surabaya.
Dan kami dibawak menaiki Avanza hitam untuk terus menuju ke destinasi, Mount Bromo.

Sepanjang jalan, ese tidor. Terjago bilo jalan 'macet' ketiko sampai di Sidoarjo.
Lantaran bencano Lapindo menyobabkan jalan di penuhi air.
Hampir setongah jam jugak nak melopehkan diri dari kesosakan.
Ado wargo tempatan yang menjadi 'polis bantuan' melancarkan pergerakan kenderaan.
Dan mereko diberi wang sekitar RP500 atas bantuan.


Kami singgah makan di restoran Rawon Nguling, di Kabupaten Probolingo.
Nguling merupakan namo kawasan dimano terlotaknyo restoran tersebut.
Masakan nasi Rawon disini dikatokan spesel dan cukup terkonal kek Surabaya.
Kami yang belum ponah laie tahu tontang nasi Rawon ni cukup teruja.
Hidangan tibo dan kami lihat nasi di penuhi dongan sup dan terdapat daging.
Dan sedikit anak taugeh. Disobabkan lapar, habis jugak ese tolan.


Perjalanan disambung kembali. Hampir satu jam laie mahu sampai ke kawasan pergunungan.
Kami singgah membeli beberapo barang keperluan sebelum Avanza memanjat jalan berbukit.
Memasuki kawasan pergunungan, dah teraso sojuk menyucuk tulang ese.
Jalan dah kebasahan dan diselaputi kabus.
Kami sempat singgah beberapo tompek untuk captured pemandangan yang menarik.

Kami tibo di Cemoro Lawang, kawasan perkampongan di kaki gunung.
Tonang sungguh jiwo ini ese ghaso.
Melihat suasano perkampongan yang menghijau dongan tanaman di sekitar rumah.
Sompek jugak kami captured beberapo wargo tompatan sodang bercucuk tanam.
Kebanyakan mereko menanam kobis dan bawang untuk dipasarkan di kota Surabaya.

Sampai di hotel, Cemara Indah. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan.
Terhampar di dopan mato sebuah padang pasir gersang dan terdapat gunung.
Ya. Gunung Bromo yang sentiasa berasap dan masih aktif.
Disebolahnyo pulak Gunung Batok. Dan jauh di belakangnyo terdapat Gunung Semeru.
Gunung yang tertinggi di Jawa Timur, iaitu sekitar 3676m dari aras laut.

Ese teruja. Sungguh teruja melihat pemandangan indah ini.
Cuaco sojuk menyengat tulang. Selopeh check-in dan melayan kopi panas.
Kami menghabiskan maso potang tu dongan bersiar sekitar kampong.
Berjalan keliling kampong dalam kabus dan suasano yang aman damai.
Ghaso macam nak buat rumah satu yo kat situ.

Malam mula menjongah. Suasano sunyi.



bersambung....

2.3.09

Hangin

Ese hangin. Hangin giler.
Tak ponah laie ese menjawab macam tu dongan bos ese.

"Bila nak hantar barang ke client ni?"

Dapat panggilan dari nombor pejabat saat ese keponatan.
Dah potang menjongok ke sonjo dah.
Mungkin ese hangin. Sobab tongah-tongah kojo banyak.
Bulih plak bos bawak sorang laie staf untuk poie kursus kejadah ontah.
Sodangkan ado beberapo laie sebuthargo yang perlu di selesaikan.
Ese sabar. Ese cubo tonang. Cubo buek sorang-sorang.

Sambil membebel. Hobi.

"Hah? Ntah, tunggu ado maso. Taktau bilo ado maso."
Ese jawab dongan sedikit tinggi suaro. Hangin.

"Hari ni buat apa? Habis tu bila nak hantar?"
Bunyi nada macam menekan. Mano ese tak hangin dan tensen.

"Tengok lah, ado maso nanti hantarlah. Bilo-bilo taktau laie."
"Nanti kawe carik lah maso untuk antar."

Amboi-amboi. Memang sah dia tak amik tau.
Yang beberapo kojo dok nunggu dalam job list ese ni.
Dia hanya tau arah dan tunggu ianya siap.

Ese suspek. Bos taktau barangkali job list yang tongah queue nih.
Biar ese senaraikan dokek sini.

Khamis - Jumaat :
- Siapkan empat tender dari UTHM sampai ke malam.
Kalau satu ese tak kisah. Ini ompek tender. Semuo nak kono buek boto-boto.
- Hidayat bantu siapkan tender Kejora. Kalau takdo orang bantu, maunyo ese tak dapek siapkan.

Isnin :
- Hantar tender ke UTHM, Parit Raja dan pecut pulak ke Kejora, Desaru.
Keduo-duonyo perlu di hantar sebelum menjelang 12 tongahari.
( korang boleh bayangkan tak? )
- Sarapan roti dan se-tin milo semaso sodang memecut mengojar maso.
- Dari Desaru memecut laju pulak ke Syarikat Maju, jaga site untuk pemasangan network cabling. Ini kerano sudah appointment yang sepatutnya disiapkan hari Sabtu.
Sodangkan technician tidak dapat datang pada Sabtu.
- Singgah Petronas, makan roti laie dongan Redbull sambil menunggu technician.
- Berkejar balik sebelum 4.30pm kerana ada temujanji di PPIPS-UTM.
- Tak dapat selesaikan kojo di PPIPS lantaran alatan tiada. ( beberapo pensyarah cuti )
- Terima 3 lagi sebutharga dari pejabat PPIPS.

Selasa :
- Selesaikan sebutharga tertangguh untuk CTMC-UTM semalam. Urgent.
- Dan selesaikan juga pembetulan sebutharga untuk CEPP-UTM. Urgent.
- Fax-kan sebutharga dan laporan pada ICT-Johor dan buat semakan.
- Makan goreng pisang dan keropok lekor yang kerani tolong belikan. Tak sempat gi lunch.
- Ada temujanji untuk selesaikan tugasan di PPIPS yang tertangguh semalam.
- Selesai di PPIPS, sambung temujanji dongan seorang reseacher CTMC untuk projek software.
- Temujanji luar waktu kojo untuk ambil printer dari Syarikat Maju.

Dan, apa laie yang tertangguh?
- Invoice yang perlu dihantar pada ICT-Johor.
- Printer yang perlu dihantar dan diambil di Pejabat Tanah Johor Bahru.
- Dua sebutharga dari Antara Steels termasuk menghantar barang.
- Tiga sebutharga dari PPIPS.
- Invoice untuk dihantar pada Syarikat Maju.
- Sebutharga untuk CTMC bagi projek software.
- Ambil gambar di seluruh PASTI, Johor Bahru.
- Ambil gambar tertangguh sekolah yang belum beri maklum balas.
- Memastikan smart card siap dalam bulan March untuk penghantaran.


Nah, itu setakat hari ini.
Bukan ese tidak buat kojo.
Tetapi kojo-kojo yang sepatutnya ese kono buat.
Sudah bertambah dalam senarai queue nyo.

DAN.

Ese pun mahu menjago kredibiliti ese.
Takkan yang bos suruh yo ese kono siapkan dolu.
Habis? Yang job ese queue banyak-banyak ni.
Ado orang yang bulih tolong selosaikan kor?
Client bukan telefon bos bising-bising.
Tapi client akan telefon ese. Push ese.

Bos apa tau?
Yang bos tau, dia jaga client dia.
Dia jaga kredibiliti dia sahaja.
Dan menjaga nama dan job sendiri.
Job dia. Semua nak copek siap.
Kalu suruh staf sorang tu buat.
Bagi pagi, tengahari nak siap.
Bagi ptg, ptg tu jugak nak siap.
Atas alasan. URGENT.

Harus kami?

Mungkin kami jarang merungut di depan-depan.
Mungkin kami jarang meluahkan sebegini di depan-depan.
Mungkin kami jarang melawan.
Mungkin kami mengikut apa saja arahan dan laksanakan.
Mungkin kami masih sabar.

Tapi ingat. Kami juga punyo perasaan.



* emosional pulak ese di senjohari ini.

1.3.09

Pisang

Pisang apo yang ekau suko makan?

"Pisang Berangan"

Tibo-tibo ado satu minah mencelah dalam keriuhan.

"Pisang hidup"

Erkk...

Related Posts with Thumbnails