Bersiap untuk pulang ke Kota Surabaya.
Kami lalui jalan lain. Untuk mengelakkan 'macet' di sekitar Lapindo.
Perut dah lapar. Hujan jugak turun dongan lobat.
Kami singgah makan di Rumah Makan Sri.
Terlotak di Pandaan dan jugak dikonali dongan namo Istana Ayam Goreng.
Mungkin kami lihat masakan ayam goreng seperti ayam penyet.
Dan ayamnyo jugak kocik-kocik yo.
Selesai makan. Kami teruskan perjalanan.
Kali ni menuju jalan Tretes. Iaitu kawasan berbukit.
Kelihatan rumah-rumah banglo mewah tersergam indah di kaki bukit.
Kawasan ni seperti di Cameron Highland. Jalan jugak menyusur lereng bergaung dalam.
Sore' nya kami mulo memasuki Kota Surabaya.
Menuju ke penginapan di Hotel Metro.
Letakkan barang-barang dan kami keluar lagi.
Mencari tempat makan berhampiran.
Dan kami perlu menghantar Hendy ke bus station utk pulang ke Malang.
Beliau tidak dapat nemani kami pada malam itu.
Kami pulang untuk berehat kerana masih ada satu hari lagi esoknyo.
Untuk kami pusing satu Kota Surabaya.
bersambung...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment