sambungan dari SINI...
Kami tidor awal memandangkan jam tigo pagi nanti dah kono bangun.
Udaro yang sojuk membuatkan ese tidor memakai 3 helai baju.
Dan dilitup pulak dongan blanket tebal.
Izat. Mungkin tidak dapat tidor nyonyak barangkali.
Beliau dah kojutkan ese sekitar jam 3 pagi untuk bangun bersiap.
Beberapo Jeep 4WD sudah menunggu di luar untuk membawo tetamu ke puncak.
Untuk menyaksikan panorama indah matahari terbit.
Kami melalui kawasan 'gurun pasir' di kaki gunung Bromo.
Dan memanjat jalan berliku untuk ke puncak Gunung Penanjakan.
Kami sampai di puncak namun sudah ramai pelancong yang tibo lobih awal.
Mungkin dari beberapo hotel lain sekitar Cemoro Lawang.
Atau mungkin yang datang secara terus dari sebolah kawasan Malang.
Sempat jugak kami berempat memanaskan badan dongan kopi pekat di puncak Penanjakan.
Sememangnyo terdapat beberapo kedai minum dan kedai-kedai cenderamato.
Di puncak Gunung Penanjakan terdapat kawasan viewpoint yang dibino khusus.
Sudah ramai pelancong yang mengambil tempat di sudut paling menarik.
Kami yang sampai agak lewat mencari port terbaik untuk capture pemandangan indah nanti.
Namun semuo yang ado sudah berhimpit-himpit dan bersedio dongan kamero masing-masing.
Ese cubo mencari ruang di luar pagar. Dan menyelinap masuk melalui colah-colah pagar.
Mungkin agak bahayo berado di luar pagar. Kalau tersilap langkah.
Boleh terjatuh ke bawah dari puncak Gunung Penanjakan yang setinggi 2770m.
Dan ese dah dapek port terbaik dan tidak diganggu oleh manusio lain.
Masing-masing menanti penuh debar akan detik munculnyo mentari.
Samar-samar dikejauhan, rona cahaya mentari muncul diufuk timur.
Debar semakin kencang menyaksikan keindahan alam.
Sungguh indah tidak terkata.
Perlahan-lahan mentari menampakkan wajahnyo. Menorangai kawasan pergunungan tersebut.
Bahang mula teghaso panas. Namun kami masih tidak berganjak dari viewpoint.
Tidak puas-puas menikmati panorama indah melalui lensa kami.
Ese sendiri tidak berhenti dari menekan shutter kamera.
Bagi memastikan setiap detik itu tidak terlepas begitu yo.
Sungguh pantas ketakjuban itu berlaku.
Detik waktu yang mano dalam istilah fotografi di sebut 'Golden Hour'.
Semuo pelancong dah mulo turun dari puncak Penanjakan sekitar jam 7am waktu tompatan.
Namun kami masih menikmati udaro sogar di situ.
Sambil berbual dongan beberapo rakan photographer dari Jakarta.
Sekitar 8am, kami bergorak turun dari Gunung Penanjakan untuk ke destinasi seterusnyo.
Kami singgah di kaki Gunung Bromo. Belum sempat laie Jeep parking.
Penduduk tompatan yang berkuda mengekori dan merapati Jeep.
Mereko semuo berebut untuk menawarkan khidmat menyewo kuda mereko.
Untuk sewaan kudo di situ adalah sekitar RP40000 untuk duo hala.
Iaitu bermulo dari tempat parking dan dibawo naik ke check point Gunung Bromo.
Dan harus memanjat 120 anak tanggo untuk sampai ke puncak.
Untuk menyaksikan kawah gunung berapi yang masih aktif.
Asap kelihatan berkepul-kepul keluar dari kawah dan kedengaran bunyi air menggelegak.
Ese hampir 'pancit' memanjat Gunung Bromo. Berlagak kononnyo kuat.
Dan tak mahu menyewo kudo. Tak sampai separuh tanggo dah tercungap-cungap.
Namun ese gagahkan juo manjat sampai ke atas untuk mengutip pengalaman.
Turun dari puncak Gunung Bromo. Kami berlagak seperti Camel Trophy Challege.
Meredah lautan pasir untuk menuju ke sebalik pergunungan.
Melihat kawasan pemandangan hamparan hijau.
Yang mana mereko golarkan sebagai kawasan Teletubbies.
Tidak mengambil maso yang lamo. Kami cumo bergambar sekadar untuk konangan.
Kami bergerak pulang ke hotel untuk bersarapan pagi.
Badan mulo teghaso ponat. Kami harus check-out untuk bergerak pulang ke kota Surabaya.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
1 comment:
cantek nye pemandangan kt sane.
wawa xleh gi sane la.
sejuk ekk?
owh wawa x bleh tempat sejuk2 ni.
cepat cramp l0h!
huhuhu!
Post a Comment