9.3.09

Surabaya-Day1

Catatan perjalanan gamble buat kali pertamo ke Surabaya.

Ketobang 'Udara Asia' berlopeh dari Senai International Aiport sekitar jam 7.30am.
Perjalanan lancar. Sebolah kiri ese seorang wargo Lombok yang nak pulang ke kampong laman.
Sebolah kanan pulak seorang cewek yang vouge gitu. Mau pulang ke kota Surabaya.
Sompek mengorat saat ketobang dah nak mendarat yo. Tapi tak sompek nak nanyo namo.
Ese kan pemalu gitu. Muahahaha.

Kami, ese dan Izat menyusur keluar dari balai ketibaan.
Tulisan 'Ayares' terpampang pado satu kertas A4 putih.
'Tourist Guide' dah menunggu. Hendy dan Kautsar, jejako Surabaya.
Dan kami dibawak menaiki Avanza hitam untuk terus menuju ke destinasi, Mount Bromo.

Sepanjang jalan, ese tidor. Terjago bilo jalan 'macet' ketiko sampai di Sidoarjo.
Lantaran bencano Lapindo menyobabkan jalan di penuhi air.
Hampir setongah jam jugak nak melopehkan diri dari kesosakan.
Ado wargo tempatan yang menjadi 'polis bantuan' melancarkan pergerakan kenderaan.
Dan mereko diberi wang sekitar RP500 atas bantuan.


Kami singgah makan di restoran Rawon Nguling, di Kabupaten Probolingo.
Nguling merupakan namo kawasan dimano terlotaknyo restoran tersebut.
Masakan nasi Rawon disini dikatokan spesel dan cukup terkonal kek Surabaya.
Kami yang belum ponah laie tahu tontang nasi Rawon ni cukup teruja.
Hidangan tibo dan kami lihat nasi di penuhi dongan sup dan terdapat daging.
Dan sedikit anak taugeh. Disobabkan lapar, habis jugak ese tolan.


Perjalanan disambung kembali. Hampir satu jam laie mahu sampai ke kawasan pergunungan.
Kami singgah membeli beberapo barang keperluan sebelum Avanza memanjat jalan berbukit.
Memasuki kawasan pergunungan, dah teraso sojuk menyucuk tulang ese.
Jalan dah kebasahan dan diselaputi kabus.
Kami sempat singgah beberapo tompek untuk captured pemandangan yang menarik.

Kami tibo di Cemoro Lawang, kawasan perkampongan di kaki gunung.
Tonang sungguh jiwo ini ese ghaso.
Melihat suasano perkampongan yang menghijau dongan tanaman di sekitar rumah.
Sompek jugak kami captured beberapo wargo tompatan sodang bercucuk tanam.
Kebanyakan mereko menanam kobis dan bawang untuk dipasarkan di kota Surabaya.

Sampai di hotel, Cemara Indah. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan.
Terhampar di dopan mato sebuah padang pasir gersang dan terdapat gunung.
Ya. Gunung Bromo yang sentiasa berasap dan masih aktif.
Disebolahnyo pulak Gunung Batok. Dan jauh di belakangnyo terdapat Gunung Semeru.
Gunung yang tertinggi di Jawa Timur, iaitu sekitar 3676m dari aras laut.

Ese teruja. Sungguh teruja melihat pemandangan indah ini.
Cuaco sojuk menyengat tulang. Selopeh check-in dan melayan kopi panas.
Kami menghabiskan maso potang tu dongan bersiar sekitar kampong.
Berjalan keliling kampong dalam kabus dan suasano yang aman damai.
Ghaso macam nak buat rumah satu yo kat situ.

Malam mula menjongah. Suasano sunyi.



bersambung....

5 comment:

Encik Shino said...

aii kan netup gunung..x kelik redland mano..

hohohhooo sejuk2 tu keno cari perangat etekk hahaahaha


:P bilo kito nak gi gangbang nii.

filanastasia said...

mr ayares :wah.. best best.. neh yg buat nak pg skali lagik neh..

pst.. mcm pernah jek fila amek gambo bukit tu.. bukit yg sama ka?? hahahha

Unknown said...

ada bukit lain ke selain dari bukit tu di Bromo tu? hehehehe

Anonymous said...

Huhu, dah sampai Surabaya tuu...tapi kalau ada tourist guide menanti gamble apo kobondonyo...hehe

filanastasia said...

mr ayares : hahaha... nak g check gambo nanti.. nak kompem kan bukit sama ker... ngeh ngeh..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails