Seawal jam 9am waktu tompatan.
Kautsar sudah sampai menunggu di lobby.
Kami bersiap sepantas kilat.
Sememangnyo Kautsar seorang yang menopati maso.
Kami bersarapan 'sup bontot' di tompek yang paling enak.
Itu kata Kautsar lah. Tempatnyo cumo sebuah kedai kecil.
Yang cumo ado duo bangku panjang.
Walaupun di dalam kota bosar.
Tetapi seolah makan di sebuah kampong.
Bilang Kautsar, tempat itu tidak ramai yang tahu.
Dari kecil lagi Kautsar selalu makan di situ.
Juga terdapat nasi Rawon. Tapi kurang enak berbanding nasi Rawon di Nguling.
Sesudah makan. Kami menuju ke House of Sampoerna.
Dimano tempat bermulonyo rokok Sampoerna.
Kami disambut oleh seorang amoi yang menjadi tourist guide dalam muzium tu.
Beliau menerangkan satu persatu tentang sejarah yang ado.
Menarik dan tertarik dengan sejarah sebuah syarikat rokok terbesar di Indonesia ni.
Usai. Kami bergerak ke Jambatan Merah. Sekadar motret untuk kenangan.
Dan menuju pula ke pelabuhan Surabaya. Kelihatan 'macet' banget.
Kerana hari 'libur' dan ramai warga Madura berpusu-pusu untuk pulang ke kampong laman.
Menurut Kautsar, warga Madura merupakan warga yang kasar dan bengis.
Mereka jugak suka berhijrah dan merempat di sekitar Surabaya.
Malah ada yang membuat rumah di pinggir jalan keretapi.
Kami lunch di Restoran Ikan Bakar Cianjur.
Yang terletak di tongah Kota Surabaya.
Boleh dikatakan restoran ni agak glemer jugak.
Rata-rata yang makan adalah pelancong samada tempatan mahupun pelancong luar.
Tempat yang wajib dilawati adalah Masjid Al-Akbar.
Atau lebih dikonali dongan namo Masjid Agong.
Kebotulan yo semaso kami tibo, usai satu majlis pernikahan.
Sompek jugak kami menjengah ke dewan perkahwinan.
Sememangnyo di hias indah. Kelihatan seperti majlis yang agak bosar.
Kalau di Malaysia, mungkin kosnya sudah sekitar limo angko.
Tetapi di sano, difahamkan kosnya masih dalam lingkungan ompek angko yo.
Kami bergerak pulak menuju Pasar Turi.
Yang mano hampir keseluruhan pasar tersebut telah terbakar.
Ado setongah orang mengatokan ianyo 'sengaja' dibakar.
Memandangkan terdapat satu supermarket yang baru dibukak bersebolahan.
Tetapi tidak mendapat sambutan berbanding Pasar Turi yang sudah lamo dikonali.
Kami hampa. Tidak dapat melihat suasano sebonar pasar ini pado saat sibuk.
Hari dah mulo nak senjo. Kami singgah di Stesen Keretapi Pasar Turi.
Boleh dikatokan stesen keretapi yang agak sibuk.
Dan keretapi dari sini adalah menuju ke Jakarta yang mengambil maso sekitar 9jam
Kami mulo mencari rumah makan. Perut dah lapar.
Dan kami singgah di Dapur Desa. Rumah makan yang terlotak di Jalan Basuki Rahmat.
Setibo kami di pintu masuk. Satu gong di ketok kuat.
Seluruh pekojo dokek situ beramai-ramai melaungkan 'Sugeng Rawuh'.
Yang bermakno Selamat Datang.
Di sini keseluruhan pekojo adalah orang Jawa & Sunda.
Masakan jugak adalah masakan Sunda.
Kami memilih masakan dan lauk dan kemudian di panaskan dan dihidangkan.
Nampaknya rumah makan ini agak ekslusif dan menjadi tumpuan pelancong.
Seusai makan. Kami berjalan menikmati suasano malam di kota keduo terbosar Indonesia ni.
Kautsar bawak kami pusing-pusing dan melewati sebuah tompek dikonali dongan namo Dolly.
Naik berpinau bijik mato kami. Kalau mau tau tempat apo. Cubo korang tanyo makcik Gugel.
Tidak berani lamo-lamo. Cumo sekali lalu ajo dan kami bergerak keluar dari kawasan tu.
Kami sudahi malam ketigo kami di Surabaya dongan berkunjung ke dataran.
Tompek anak-anak mudo lepak dan menikmati live band.
Tapi saat kami sampai. Sudah agak lewat sekitar jam 11pm.
Live band pun dah habis dan kami cuma duduk minum dan merasai Murtabak Terang Bulan.
Murtabak yang agak besar seperti Murtabak Singapore.
Tetapi raso tidaklah seenak mano. Lobih sodap laie murtabak dokek J.B.
Kami pulang dongan kepenatan seharian. Kaki dah naik lenguh.
------------------------------------------------------------------------
Dan hari ke ompek, Kautsar sudah bersedio seawal pagi.
Menghantar kami ke Juanda International Aiport.
Kami terbang pulang dan tibo di Senai International Airport sekitar tongahari.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment