2.3.09

Hangin

Ese hangin. Hangin giler.
Tak ponah laie ese menjawab macam tu dongan bos ese.

"Bila nak hantar barang ke client ni?"

Dapat panggilan dari nombor pejabat saat ese keponatan.
Dah potang menjongok ke sonjo dah.
Mungkin ese hangin. Sobab tongah-tongah kojo banyak.
Bulih plak bos bawak sorang laie staf untuk poie kursus kejadah ontah.
Sodangkan ado beberapo laie sebuthargo yang perlu di selesaikan.
Ese sabar. Ese cubo tonang. Cubo buek sorang-sorang.

Sambil membebel. Hobi.

"Hah? Ntah, tunggu ado maso. Taktau bilo ado maso."
Ese jawab dongan sedikit tinggi suaro. Hangin.

"Hari ni buat apa? Habis tu bila nak hantar?"
Bunyi nada macam menekan. Mano ese tak hangin dan tensen.

"Tengok lah, ado maso nanti hantarlah. Bilo-bilo taktau laie."
"Nanti kawe carik lah maso untuk antar."

Amboi-amboi. Memang sah dia tak amik tau.
Yang beberapo kojo dok nunggu dalam job list ese ni.
Dia hanya tau arah dan tunggu ianya siap.

Ese suspek. Bos taktau barangkali job list yang tongah queue nih.
Biar ese senaraikan dokek sini.

Khamis - Jumaat :
- Siapkan empat tender dari UTHM sampai ke malam.
Kalau satu ese tak kisah. Ini ompek tender. Semuo nak kono buek boto-boto.
- Hidayat bantu siapkan tender Kejora. Kalau takdo orang bantu, maunyo ese tak dapek siapkan.

Isnin :
- Hantar tender ke UTHM, Parit Raja dan pecut pulak ke Kejora, Desaru.
Keduo-duonyo perlu di hantar sebelum menjelang 12 tongahari.
( korang boleh bayangkan tak? )
- Sarapan roti dan se-tin milo semaso sodang memecut mengojar maso.
- Dari Desaru memecut laju pulak ke Syarikat Maju, jaga site untuk pemasangan network cabling. Ini kerano sudah appointment yang sepatutnya disiapkan hari Sabtu.
Sodangkan technician tidak dapat datang pada Sabtu.
- Singgah Petronas, makan roti laie dongan Redbull sambil menunggu technician.
- Berkejar balik sebelum 4.30pm kerana ada temujanji di PPIPS-UTM.
- Tak dapat selesaikan kojo di PPIPS lantaran alatan tiada. ( beberapo pensyarah cuti )
- Terima 3 lagi sebutharga dari pejabat PPIPS.

Selasa :
- Selesaikan sebutharga tertangguh untuk CTMC-UTM semalam. Urgent.
- Dan selesaikan juga pembetulan sebutharga untuk CEPP-UTM. Urgent.
- Fax-kan sebutharga dan laporan pada ICT-Johor dan buat semakan.
- Makan goreng pisang dan keropok lekor yang kerani tolong belikan. Tak sempat gi lunch.
- Ada temujanji untuk selesaikan tugasan di PPIPS yang tertangguh semalam.
- Selesai di PPIPS, sambung temujanji dongan seorang reseacher CTMC untuk projek software.
- Temujanji luar waktu kojo untuk ambil printer dari Syarikat Maju.

Dan, apa laie yang tertangguh?
- Invoice yang perlu dihantar pada ICT-Johor.
- Printer yang perlu dihantar dan diambil di Pejabat Tanah Johor Bahru.
- Dua sebutharga dari Antara Steels termasuk menghantar barang.
- Tiga sebutharga dari PPIPS.
- Invoice untuk dihantar pada Syarikat Maju.
- Sebutharga untuk CTMC bagi projek software.
- Ambil gambar di seluruh PASTI, Johor Bahru.
- Ambil gambar tertangguh sekolah yang belum beri maklum balas.
- Memastikan smart card siap dalam bulan March untuk penghantaran.


Nah, itu setakat hari ini.
Bukan ese tidak buat kojo.
Tetapi kojo-kojo yang sepatutnya ese kono buat.
Sudah bertambah dalam senarai queue nyo.

DAN.

Ese pun mahu menjago kredibiliti ese.
Takkan yang bos suruh yo ese kono siapkan dolu.
Habis? Yang job ese queue banyak-banyak ni.
Ado orang yang bulih tolong selosaikan kor?
Client bukan telefon bos bising-bising.
Tapi client akan telefon ese. Push ese.

Bos apa tau?
Yang bos tau, dia jaga client dia.
Dia jaga kredibiliti dia sahaja.
Dan menjaga nama dan job sendiri.
Job dia. Semua nak copek siap.
Kalu suruh staf sorang tu buat.
Bagi pagi, tengahari nak siap.
Bagi ptg, ptg tu jugak nak siap.
Atas alasan. URGENT.

Harus kami?

Mungkin kami jarang merungut di depan-depan.
Mungkin kami jarang meluahkan sebegini di depan-depan.
Mungkin kami jarang melawan.
Mungkin kami mengikut apa saja arahan dan laksanakan.
Mungkin kami masih sabar.

Tapi ingat. Kami juga punyo perasaan.



* emosional pulak ese di senjohari ini.

19 comment:

Nanie Harris said...

kalau bos camni kena byk sabar...tp kadang2 mmg geram gak...rasa nak luku2 jer...

filanastasia said...

mr ayares : emo itu tidak salah.. fila pun boleh emo kalau cengitu..

sampul yg manyak-manyak tu ker yg kena hantar?? ish ish..

kamu patut dapat asst untuk bantu melancarkan kerja..

sila ke spa jika kelapangan.. take care...

Unknown said...

assistant dah ada.. cuma assistant pun punya kerjanya sendiri..
tp kadang2 assistant kena buat keja bos dulu walaupun tengah buat keje yang ese minta bantu..

tu yg jadi ese jugak akhirnya kena buat..

thephotographer said...

terima kasih ayareh... dalam mu sibuk2...

Anonymous said...

huhuu..nie staf die...tular,bos igt tau dh siap..ayt bos yg ssh aku nk lpe "xde alasan"..ayt die mmg btol2 ssh nk tdo...kalo dpt tdo pun tp leh bwa smpi mmpi..mmpi ngeri lak tu....

Unknown said...

xde alasan eh...

tp kalu bos bagi alasan xpe eh?
standard laaa tuuu....

apa kata kita cakap gini....
"bos..bila gaji nak naikkan?"
"tiada alasan"

muahahahhahaaa...

areyart said...

haha...setuju sangat2..
ni plak luahan seorang lagi mangsa..
tertera ym di skrin.."masuk jap.."
setelah diberi penerangan ringkas maka misi pun bermula...
baru je nak melabukan punggung di kerusi..."hidayat..."(sambil melambai tangan memanggil)
misi kedua pula diterima..URGENT!
abis yg pertama td pun urgent juga..belum sempat nak duduk da dapat misi kedua..tu tidak termasuk misi2 delayed..
apolah nasib badan.....

filanastasia said...

aduhai.. bertabahlah.. huhuhu

Unknown said...

semoga kami diberikan ketabahan hati dan kecekalan menjalankan tjawab yang ada..

sekali pikir.. haruskah aku mengikut jejak langkah rakan2 dengan berdiri di atas tapak kaki sendiri...
jatuh bangun duduk bersila meniarap...
sendiri punya tanggung...

Seri said...

sabar2

filanastasia said...

mr ayares : jgn terburu-buru okies.. fikirlah sewajarnya.. just remember.. setiap yg berlaku, ada ketentuan nya.. chill out.. kamu kan kuat org nya...

Unknown said...

hehehhee....thanx..

kalu tidak sabar...mungkin tidak sampai ke tahun ke-4 ese di sini..

Encik Shino said...

entri demo hok panje skali kawe baco..hahah guano weh emo sangat nii..keno g releks palo etek gakkk..
kwe pn sumbat nii..jeng palo.

mikemurano said...

warikhh..pokoba...

AIN NAZRI said...

isk isk isk kijam sungguh bos ayares nie.. seb baek dapat staff mcm ares yg mmg berdedikasi.. kalau dia dapat staff mcm izya dah lama dah izya bomohkan..wakakakaka...

Yana Ismail said...

alaahai..marah btol bro sorgni..sabar ek?hmm..yana speechless..huh

Unknown said...

xpe, xpe, tgh tenangkn diri jap ni.. Sejuk banget.

-ayares @ puncak gunung bromo,surabaya

filanastasia said...

mr ayares : sejuk eh?? sewa baju tak?? amacam? dapat nengok matahari terbit??

psstt.. atas puncak pun sempat online.. hahaha.. btw.. ros ader titip kad beserta wang.. sila ambil bila pulang nanti ya...

areyart said...

nak cenderahati dari surabaya boleh (^_^)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails