Best balik kg?

Selama 4 hari eden kat kg.. tak banyak mana sangat aktiviti yang di buat.. tp ader la jugak. Kebanyakan aktiviti ialah menghadiri majlis Maulidur Rasul yang orang kampung a.k.a sedara mara jemput. Pastu selain tuh jadik driver kepada family eden terutamanya kakak eden nih.

02 May 2004 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1425, merupakan hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pagi nih eden nengok rancangan sambutan Maulidur Rasul peringkat negara.. actually.. rancangan tuh la yang mengejutkan eden dari tido sbb kuat sangat family eden bukak sound tv tuh. Sambutan tuh ada bagi anugerah.. dan kali nih ada sorang tokoh bangsa Cina yang dapat anugerah. Lepas zohor terus eden pi umah atok sedara eden kat kg. sebelah sbb dia buat majlis solat hajat dan maulidur rasul.

03hb May.. pun sama jugak. Ada majlis maulidur rasul kat umah atok sedara eden jugak. Semalam tuh atok sedara belah atok.. kali nih atok sedara belah nenek lak.. Lepas majlis tuh, eden balik. Family lak ajak gi KB... sbb nak gi shoping skit terutama akak eden nih hah nak nengok pakaian pengantin. Tak jammed sangat KB sbb eden pi waktu dah petang.. Singgah kat Mydin Supermarket.. eden amik jerk ape yang nak sbb nanti mama eden yang bayarkan. Amik dan amik pastu letak dalam troli.. tp eden bukan main amik jerk.. amik benda yang eden perlukan jerk la.. Ayah eden lak dia ada pesan soh belikan polish keta jenama Kitz tuh..

04hb May.. eden pi bandar T.M lak.. beli toto < tilam Toto laa > yang awek eden pesan utk mak dia. Beli 2 beg.. satu yang set punya dan satu lagi yang hanya tilam saje. Pastu eden blah balik umah packing barang2 utk bawak balik ke jb lak. Aduss.. dah eden kata mmg banyak btol barang2 yang eden nak bawak.. dalam kotak la.. dalam beg lagi.. pastu siap Toto 2 beg lagik.. mau penuh keta Huda kali nih.. seb baik Wira.. kalu Kancil.. mana nak muat semua tuh..

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails