Perjalanan Yg Jauh
Balik jerk dari kijer semalam.. eden terus packing barang secara ala kadar jerk utk dibawa balik ke Kg yang tercinto. Mmg setiap kali balik kg. mmg eden tak bawak banyak barang tp kalu balik ke JB.. memang penuh la satu keta ngan barang2 yang eden nak bawak. Tak kira la makanan ker.. barangan harian ker.. semua bawak.
Ready for long travel.! Kol 1 am lebih kurang gitu la kitorang bertiga, Eden, Huda dan isterinya Gee bertolak dari umah sewa kitorang kat Pulai Utama. Huda yang drive dulu sbb eden penat giler dan nak tido. Perjalanan melalui jalan dari Skudai-Kulai-Mersing-Pekan-Kuantan-Kuala Trg-Pasir Puteh-Bandar Tercinto Tanah Merah...Eden terjaga masa kat Mersing sbb benti nak carik toilet. So.. eden beli air utk segarkan mata tp kesegarannya tak lama sebab lepas setengah jam pastu eden lentok balik sampai sakit leher nih.. Then dah sampai kat Kuantan..hari dah nak cerah lebih kurang kol 6 am.. Huda dah tak tahan dan benti kat Petronas sambil isi minyak dan tukar driver. So.. eden gi basuh muka skit sbb nak drive lak skang.
Sampai kat K.Trg.. kitorang singgah kat Losong sbb nak beli keropok lekor. Kalu kat Trg.. keropok lekor yang paling best adalah kat Losong nih la.. dekat ngan Muzium Negeri. Eden beli dalam RM10 jerk.. nak beli banyak takut tak habis lak.. Then kitorang sambung perjalanan lagi. Sampai kat Jalan Airport.. kitorang singgah kat sekolah lama kitorang iaitu Sek. Men. Teknik Trg. Wah.. dah banyak berubah dah sekolah lama eden nih.. dulu hostel cuma ada 3 blok jerk tp skang dah ada 5 blok lak..then ada bangunan Dewan Besar. Pastu siap ada surau yang besor cam masjid gitu. Tangki air pun dah siap.. Dulu eden ingat laie masa tahun 1998.. semuanya dalam pembinaan. Sempat gak eden yang nakal ini pi panjat tangki air yang tinggi tuh.. Nampak gak airport kat hujung jalan tuh.. Eden round 1 lap pastu terus blah. Ingat nak jumpa warden tp disebabkan cuti.. nampak sunyi sepi jerk skolah dan hostel nih.
Sambung lagi perjalanan.. badan dah rasa lesu nih ditambah dengan leher yang sengal2 gitu.. mata pun kuyu semacam jerk.. dah nak hampir tengahari tuh eden singgah jap kat tepi pantai Penarik.. tak tahan nak drive sbb ngantuk dan lesu sangat.. So.. baring2 dulu kat bawah pokok beralaskan surat kabor lama.. tak dapat lelapkan mata pun sbb penat sangat.. cuma dapat rehat utk hilangkan kelesuan jerk la... Dah boring lepak tuh.. eden teruskan lagik drive dan akhirnya sampai jua la eden kat Bandar Tanah Merah.
Masuk ke Kg. Padang Siam... kg tumpah darah eden.. nampak lain skit. Dah ada bangunan yang tingginya 4 tingkat tuh dah siap.. milik wakil rakyat baru yang menang Parlimen Tanah Merah dan kebetulan wakil rakyat tuh sedara eden merangkap orang kg eden.. Di mana nak tumpahnya pembangunan kalu bukan ke tanah tumpah darahnya. Apehal pun eden nak kata bangga pun tak dan tak bangga pun tak... cuma syukur la kalu ada jugak pembangunan kat Kg. eden. At least anak2 muda kat Kg nih leh la tingkatkan pembangunan jati diri mereka.
Penat lom hilang.. eden di tinggalkan oleh family coz diorang sumer nak gi jalan2 umah akak eden kat Besut, Trg. Eden malas nak ikut sbb nak rehat.. so.. mmg btol2 rehat la sbb dari petang eden tido sampai la ke malam baru eden bangun. Tp.. diorang lom balik.. perut dah lapar.. uwwaaaaaa....... tunggu punya tunggu baru dorang balik.. tp sedihnya dorang tak belikan makanan utk eden.. takpe.. takpe.. eden makan jerk la kopok lekor yang di beli tadi..
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment