'Ibu.. Ibuuu.. Dikau lah Ratu Hatikuuu...'


Tanggal 9 May, merupakan Hari Ibu di seluruh Malaysia. Bila kita lihat kat mana-mana sekalipun, akan menyambut Hari Ibu dan seluruh media samada media cetak atau media elektronik menyiarkan perihal yang berkaitan dengan hari ibu.
Eden termangu di meja mendengar radio berkaitan hari ibu dan mendengar panggilan dari ibu-ibu di udara membuatkan hati eden hiba dan fikiran mula teringatkan Mama,"Siti Zahrah Sulaiman" di rumah. Eden pun hantar sms pada Radio THR, dan DJ Richie membacakan ucapan yg eden antor utk mama eden. Tp mama eden tentu tak dengar radio THR dan tentunya dah tido lama dah. Alangkah indahnya di kala ini kiranya eden berada di kampung, di sisi mama dan dapat eden meluahkan rasa sayang padanya. Mungkin seorang anak seperti eden nih tidak menunjukkan rasa sayang dari segi zahir atau kata-kata tetapi sebagai anak yang lahirnya dari perutnya, dalam hati eden ni sentiasa menyayangi my mum. Syukur eden panjat ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan mama sepertinya yang dianugerahkan hati yang tabah menempuh segala dugaan dalam membesarkan anak-anaknya. Mungkin juga ibu-ibu yang lain cukup tabah membesarkan anak masing-masing tetapi bagi eden, my mum adalah segalanya bagi eden. Dalam membesarkan lima orang anaknya selama 30 tahun ini, mama eden terlalu memberikan segala kasih sayangnya pada anak-anak. Kehilangan suami setelah mendapat dua orang anak telah mengujikan ketabahan hatinya dalam membesarkan mereka. Sehingga mendapat suami yang baru, maka kehadiran anak sulung dengan suami baru menambahkan lagi susah payahnya dan seterusnya mendidik kesemua lima orang anak yang dilahirkan dari perutnya sehinggalah kesemuanya meningkat remaja dan ke dewasa.

Jasamu Tinggi Menggunung.

Mengenangkan jasa mama dan ketabahannya membuatkan hati eden sayu dan tanpa disedari air mata eden mengalir membasahi pipi. Eden tak tau kenapa tiba-tiba eden jadi sedih. Mungkin juga mengenangkan diri eden yang satu masa dulu terlalu nakal dan sampai sekarang masih lagi terkadang melukakan hati mama. Tidak pernah eden terus meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukakan hinggalah tiba di hari raya barulah aku mengucup tangannya memohon ampun dan maaf. Terlalu sukar bagi eden untuk melafazkan maaf secara terus atau on the spot sekiranya melukakan hatinya. Mungkin eden tidak diajar untuk melakukannya tetapi pernah terdetik untuk melakukkannya tetapi eden malu kerana dari kecil sampai ke besar tidak pernah eden melakukannya. Cuma eden dgrkan kata-katanya dan ikutkan segala suruhannya sebagai tanda eden memohon maaf tetapi bukan dengan ucapan kata-kata kemaafan. Eden harapkan walaupun bukan dengan kata-kata maaf, mama mampu memahami yang anaknya terdetik dalam hati mengakui kesilapan diri sendiri.

Mungkin suatu masa nanti, bila eden dah mendirikan rumah tangga atau meningkat ke alam dewasa, eden akan mula sedar dan dapat mengubah diri nih ke arah yang lebih positif. Eden melihat di sekeliling, cukup bertuah menjadi mereka yang dididik manja dan dapat melafazkan maaf kepada ibu mereka bila saja melakukan kesilapan. Dapat mencium dahi ibu dan dapat memeluk erat ibu mereka. Tetapi dalam hidup eden, bila meningkat dewasa ini terlalu jarang dan sudah tidak ada lagi peluk cium untuk mama dan mama pun tidak juga melakukan demikian. Tetapi bagi kehidupan eden, cukup memahami situasi itu dan eden harap mama juga memahami situasi dan keadaan anak-anaknya.

Kering air mata di pipi dan eden masih lagi mengelamun mengingatkan mama di kampung. Mungkin di tgh malam ini mama telah pun tido dengan nyenyaknya. Terkenang sewaktu eden di kampong, setiap pagi mama tidak pernah jemu, dari eden kecik sampailah sekarang untuk mengejutkan eden dari tidur supaya menunaikan solat Subuh walaupun eden cukup liat untuk bangun. Sememangnya mama cukup menitikberatkan soal sembahyang tetapi eden sendiri yang masih belum cukup matang memikirkannya. Kekadang eden menyesal dengan tingkah laku diri ini tetapi kekadang eden kembali alpa, lupa dan leka dengan nasihat mama. Teringat eden sewaktu eden bersekolah dahulu, cukup eden malas untuk bangun pagi menunaikan solat. Tetapi apa yang eden dapat adalah hadiah dari mama iaitu batang penyapu menyinggahi paha dan punggung. Kekadang eden melenting dan bangun bergegas ke bilik air tetapi eden lupa apa yang mama lakukan itu adalah suatu kewajipan baginya mendidik anak-anak ke arah jalan yang betul. Sekarang situasi itu diambil alih oleh adik eden pula dan kini bila eden meningkat ke alam dewasa, baru eden sedar yang mama terlalu tabah untuk menghadapi situasi yang sama dalam menjaga anak-anaknya. 'Ya Tuhanku, sungguh berat ujian yang kau berikan keatas seorang ibu. Aku mendoakan semoga segala pengorbanan ibuku akan kau balas dengan apa yang kau janjikan dan tempatkan ibuku nanti di kalangan yang sedikit diantara kami dan berikanlah syafaatmu keatas ibuku’.

Oh Mama, akan eden panjatkan doa untukmu semoga hidupmu sentiasa dirahmatiNya dan diberikan kesihatan yang sempurna untuk terus mendidik anakmu ini. Tidak dapat eden bayangkan jika hidup eden nanti tanpa diri mama dan di mana lagi untuk eden meluahkan kasih sayang, di mana lagi untuk eden nyatakan kegembiraan dan kedukaan eden nanti.
Hanya engkaulah ibuku yang satu yang cukup tabah menghadapai kerenah anak-anak. Hanya engkaulah ibuku yang satu yang aku cukup sayangi.!! I LOVE U MUM...

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails