Staff Meeting

Today ada staff meeting lagik tp ini utk bulan May punya.. so.. agenda yang menarik perhatian eden adalah ttg pembukaan outlet baru kat Jusco Taman Univ. dan outlet tuh akan di bukak pada tgh bulan nanti. Why eden gembiro? Takde la gembiro sangat mano pun.. tp eden akan di transfer ke sana nanti dan akan menjadi staff GEN 1 kat sana. Tp nak dikatakan eden raso laie suka eden dok kat SP nih sbb kat sini Rest. Manager cukup sporting.. satu kepala dan susah nak jumpa Manager yang paler otak cam En. Zul nih.. so.. rasa cam taknak transfer lak ke Tmn U.. tp apakan daya eden bukannya bos dan takleh kata apa. Tp takpe.. dalam pada tuh eden gembiro sbbnya dekat ngan umah satu hal.. pastu dekat ngan ANW Tmn U satu hal.. dan lagik satu outlet baru tentu semuanya baru dan eden suka buat kerja dengan benda2 yang baru sbb nanti eden leh jaga sebaik mungkin mengikut citarasa ajinomoto eden..

Apo Nak Jadik?

Today.. ada rancangan khas kat TV3 ptg tadi sempena sambutan Hari Ibu tajaan Daia dan hosnya adalah Nurul bini Ajai. Eden sempat gak nengok rancangan tuh sebelum eden poie kijer.. tp yang eden sedih sangat dalam rancangan nih bila diorang tunjukkan slot kat Umah Orang Tua.. dorang tanya camne perasaan sorang ibu yang dok kat situ dan tidak di lawati oleh anak-anak. Sedih siot dengar luahan orang2 tua kat situ. Ada yang anak2nya tak penah jenguk dah bertahun lamanya dan makcik tuh sendiri tak tau kat mana anaknya berada skang. Ada lak makcik nih di hantar anaknya ke rumah orang tua tuh.. adush... apa sudah jadik pada anak-anak merdeka yg tinggal dalam negara yang cemerlang, gemilang, terbilang dan daun lalang ini.. Lenggok mengikut tiupan angin. Apa sudah jadik? Apa kejadahnya semua ini!?! Dimana rasa tanggungjawabmu wahai anak-anak Mesia yang dilahirkan dari perut perempuan yang bergelar ibu.? Mengapa kamu membiarkan ini terjadi dalam hidupmu? Adakah kamu merasa susah utk menjaga seorang sahaja ibumu, wahai anak-anak zaman merdeka?
Dan lagik satu eden cukup tersentuh dengan kata-kata sorang ibu tua.. katanya begini.. " Makcik ada anak.. ada sedara mara tp disebabkan makcik takde nih [sambil gerakkan jari tangan menandakan duit ]... sedara pun takde la.. sedara hanya ada bila kita ada nih..[ menggerakkan jarinya lagi..]."
Ya... btol ibu tua..sedara hanya akan mengaku sedara bila kita ada duit.. bila kita senang tp bila kita susah, sedara mana yang sanggup membantu dan sanggup utk susah bersama-sama?.

Syukur Ke Hadrat Ilahi...

Kat rancangan tuh jugak tunjuk slot bersama anak-anak yatim.. sedih siot eden rasa tp seb baik eden control sbb tgk bersama member.. Eden teramat syukur coz eden masih lagik mempunyai kedua orang tua eden.. Bagaimana perasaan mereka yang dari kecik lagik tidak penah merasa kasih sayang ibu? Sejak lahir lagik dan tak penah tgk wajah ibu sbb ibu mati semasa melahirkan mereka. Betapa sedihnya kalau kita yang alami nasib seperti mereka tp mereka tetap tabah meneruskan kehidupan ini walaupun tanpa ibu mereka. Tp korang?? Ader ibu, korang nak melawan.. ader ibu, korang nak tengking dan sergah.. ada ibu, korang nak tipu dia. Ada ibu, korang sanggup malukan dia.. Kang seksok Tuhan amik ibu korang baru la korang rasa camne agaknya bila korang dah takde ibu lagik. Masa tuh la baru korang tau yang betapa penting dan berharganya sorang ibu. Kalu bleh korang nak undur masa nih.. tp malangnya korang hanya mampu putar jarum jam ke 'anti-clockwise' jerk..tp masa tetap korang takleh putarkan dan ia akan terus berjalan meninggalkan korang..

So.. gunakan la masa yang ada nih utk berbakti sepenuhnya kepada ibu korang. Pada yang masih muda remaja dan di tanggung ibu bapa... hargailah mereka sebaiknya. Mungkin korang tak mampu bagik wang ringgit lagi tp bagi la tanggungjawab korang utk menjaga hati mereka sebaik mungkin. Nasihat ini bukan utk korang aja.. tp jugak utk eden yang masih lagik terlalu banyak menyusahkan ibu bapa eden. Harap ia mampu memberi kesan kepada semua..

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails