• Imaginasi


Barang yang terminat tempohari maso dokek City Square [rujuk entry 5 Dec] kini sudah menjadi hak milik mutlak den selopaih not-not dari wallet Polo itam bertukar tuan di MPH, Jusco semalam. Tidak budget pun buku itu ado dokek situ, sekadar menjongah menghabiskan maso.

Balik ke rumah, den selak ala kadar dan baco isi kandungan jo. Belom sompek laie nak mentelaah intipati di dalamnyo dan den biarkan ajo di atas mejo bersamo barisan ilmu-ilmu yang lain kerano Dik Cerdas mintak dibelai terlobih dahulu.

Malam ni ado kesompatan. Sambil berehat, den selak satu persatu dan hayati setiap baris yang ado. Tertarik dongan salah satu topik.. "Berfikir Seperti Juara". Mengaitkan tontang dayo imaginasi yang merupokan tunggak kejayaan ramai cendekiawan. Saintis terkenal, Albert Einstein mengatokan pendapatnyo pado dunio.."Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan!".

Kita lihat juo kejayaan Tun Dr. Mahathir memodenkan Malaysia. Kito tolak tepi dolu 'perihal' yang lain yg mungkin korang fikirkan. Apo yang beliau laksanokan dalam negaro adolah merupokan imaginasi beliau ketiko menuntut di universiti ketiko belom laie berjinak dongan dunio politik. Maso itu tentu beliau belom terpikir yang beliau akan jadi Perdana Menteri tetapi bilo beliau sudah berpeluang..apa laie di tunggu?. Terus sajo beliau laksanokan imaginasi beliau dan akhirnyo banyak yang kito mampu lihat sekarang seperti terhasilnyo kereto Nasional, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain.

'Imaginasi Menolak Kemustahilan' dan " Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang dungu.." kata Napoleon Bonaparte.

Kerano tidak mau tergolong dalam golongan orang-orang dungu... sobab tuh den selalu berimaginasi di atas 'kudo jantan' den... agar mampu menolak sebarang kemustahilan dan beroleh kejayaan.


Nota Kaki :
- dikutip dari ' 55 Petua Orang Berjaya ' oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails