Mereko buek laie...

Sorang jejako keding melangkah masuk ikut pintu kecik... nasib baik muat. Beliau toleh belakang, ado sorang 'big brother' nak masuk jugak.. pun nasib baik muat setolah disengetkan badannyo.

Dalam hati jejako tersebut..."Apo la lomah btol office nih, pintu kecik giler. Cam taknak kasik orang masuk jo.."

Raso membuak-buak dalam dado ditambah dongan kepanasan di dalam ruang opis yang sederhano bosar dan suram itu. Aircond ado tapi mungkin bukan untuk menyejukkan tapi sekadar hiasan jo ataupun ambil syarat.

Mintak borang dan isi borang. Lopaih isi borang, tengok dokek cermin di kaunter kot2 ado tertampal kaunter khas untuk urusan beliau tuh.. tp takdo nampak pun dorang tampal apo2. Jadi jejako tersebut terus masuk line dan beratur untuk berurusan dongan petugas di kaunter.
Sambil beratur.. beliau tengok jam, 3.00pm. Beliau tengok kaunter.. ado 5 kaunter semuonyo tapi yang dibuko utk berurusan hanyo 2 kaunter ajo.

Uiks.. apo guno ado banyok kaunter? Orang makin ramai berbaris.. dah berpusing-pusing ikut lorong yang disediakan tu.. mano laie pekorjo yang lain atau di situ mmg hanyo ado 2 orang pekerjo jo untuk urusan di kaunter?

Jam dah jadik 3.15pm.. tp masih blom jugak sampai turn jejako itu. Masih ado 2 orang dokek dopan. Pekorjo yang kasik borang dokek jejako tersebut td hanyo tengok dan tengok dan tengok jejako tersebut memegang borang yang dah di isi itu.
Jam 3.30pm.. baru sampai giliran jejako tersebut.. lalu dihulurkan borang dan jugo sampul yang dibawo utk berurusan. Tibo-tibo...

"eh dik.. apa nih? haa.. nih sebelah sana la".. dengan nada selamba kak chik kat kaunter tuh mengarahkan sambil tunjuk kat kak ngah yang kasik borang pado beliau tadi.

Perghh.. hangin siot.. hangin. Jejako tersebut dah mendengus. Dalam hati beliau mahu sajo beliau maki hamun dan panggil Pengurus office tersebut. Dah la beliau berdiri beratur dekat setongah jam.. padahal urusan tuh dah leh setel dari tadi dalam 5 minit jo.
Ini semuo garo-garo ketidakprihatin 'kak ngah' yang kasik borang tadi. Sedangkan dia dah tengok jejako tuh doh melangut beratur bersamo borang yang dia kasik td.. tp langsung dio takmoh tanyo jejako tersebut. Nak kato salah jejako tersebut... di office cawangan lain, beliau ponah kono dah sekali.. tp terbalik. Bilo nak gi kaunter khas.. dorang soh beratur. Tp kat office ini pun jejako itu kono laie sekali... bilo beratur, dorang soh poie kaunter khas.
Aduhai.. aduhai... Nasib baik ari tuh jejako tersebut segak bergayo. Kalu la beliau selekeh jo ari tuh.. dah sure kono maki hamun dah pekorjo dokek situ sebagaimano ponah terjadi sebulan lopaih.

Ado sorang akak ngandung.. buncit mungkin dah 6 bulan ke atas.. pun beratur. Dopan dio masih ramai laie orang lain dok beratur. Muko dio dah berkerut.. sambil tangan memegang pinggang. Aduss... ontah berapo lamo agaknyo cik akak ngandung tuh kono beratur situ. Mungkin akan cocah sojam kot.

Yer.. kisah jejako di atas adalah kisah bonar. Kisah bonar yang melibatkan perkhidmatan dan prestasi yang ditonjolkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran yang tidak asing lagi bagi rakyat mesia iaitu Pos Malaysia Berhad. Ini la akibatnyo kalau tolah di swastakan. Semuo nak save budget..pekorjo pun hanyo 2 orang walau ado 5 kaunter kat situ.. bangunan pun buruk.. sistem dah sah dan nyato la memang langsung tak canggih. Syarikat swasta terkemuka yg lain dah lamo pakai sistem bernombor.. sediakan kerusi dan tak perlu nak berdiri beratur lamo-lamo. Pekorjo plak camno nak senyum kalu nengok pelanggan berderet beratur.. dah sah mereko banyak kojo. Yang ikhlas dongan kojo sajo mampu senyum.. itupun senyum tawar.

Aduhai..kalu bukan kerano terpakso.. den takmoh laie jojak kaki dokek opis yg 'serbo daif' ini.



Pepatah Melayu :
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails