24.1.09

Gam

Dolu.
Sewaktu hingus sudah koring.
Zaman tu belum wujud laie Ecstasy.
Budak-budak kampung yang tak abis sekolah.
Suko bonar hisap gam.

Gam kasut satu botol.
Yang dijual di kodai ese.
Berhargo sekitar RM1.
Dalam botol kaco.
Buatan Malaysia.

Kalu budak-budak datang boli gam.
Dorang gitau nak buat baiki kasut koyak.
Tapi. Dalam maso samo.
Dorang mintak 'plastik air batu' tu.
Untuk buat bubuh gam.
Dan sedut dari plastik tu.

Ese. Terpengaruh dongan rakan sebayo.
Kerano ingin mencubo.
Sebotol gam dikongsi berduo.
Sedut punyo sedut.
Khayal macam bermimpi.
Konon berperang dan tembak-tembak.
Ado yang mati kono tembak.
Jatuh berdebuk.
Lakonan nampak macam real.
Padahal khayal tak sodar apokobondo.

Habis satu botol.
Tambah laie satu botol.
Khayal laie. Berangan duduk di awan.
Seronok macam tinggal di kayangan.

Sudah habis khayal.
Otak ghaso pusing. Pening.
Sekali termuntah.
Keluar habis apo kejadah.

Sudahnyo.
Ese serik nak isap gam laie.
Itulah kali pertamo dan kali terakhir.
Konangan dan pengalaman.
Zaman hingus dah koring.

2 comment:

MazrulHisyam said...

Kau isap gam yo...padan lah kughuih koring! Isap susu tak po ;)

AyAres151 said...

itu doluuu...zaman nakal2...sekali yo... pertamo dan terakhir..

orang kato..zaman mudo yang jahil...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails