18.9.08

Ulser Mulut

Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan.
Ulser mulut merujuk kepado lapisan membran yang terdodah
disobabkan oleh kecederoan pado lapisan mukus.
Mukus bertindak sebagai pelindung kepado sel-sel di bawahnya.
Ulser mulut biasonyo berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kalo
melibatkan anok tokak. Sekiranyo masalah ini berulang, ianyo dikenali sebagai Ulser Apthous.

Ulser boleh dikonalpasti melalui beberapo tando, sepeti:

  • terdapat bukoan bulat berwarno putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
  • mempunyai saiz sekitar 2-5mm
  • ulser boleh wujud lebih daripado satu samo ado berkelompok atau di kawasan yang berbezo pado satu maso
  • mengakibatkan bengkak
  • sakit terutamanyo apabilo kawasan ulser terkono sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, bondo keras dan lain- lain.
  • boleh berulang tetapi tidak berjangkit
  • sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu

PUNCA-PUNCA

Penyobab utamo masih bolom diketahui dongan jolaih. Bagaimanapun, terdapat beberapo faktor dikaitkan dongan ulser:

  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • tahap immuniti yang rendah
  • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
  • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • stress
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • kekurangan vitamin C
  • kekurangan vitamin B12
  • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
  • kanser oral
  • kitaran haid
  • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • pengambilan steroid
  • dehidrasi yang keterlaluan

RAWATAN & PENCEGAHAN

  1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangkan sakit
  2. Rawatan laser dikatokan paling berkosan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
  3. Debacterol-mengandungi asid yang dapek membunuh bakteria di kawasan ulser.
  4. Bonjela-sejenis gel yang dapek mengurangkan kesakitan.
  5. Rawatan tradisional seperti melotakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
  6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamonyo pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunoan bahan kumuh yang antiseptik.
  8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas
  9. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
  10. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
  11. Minum air dengan banyak
  12. Bawa bertonang dan kurangkan stress.


Owraitt... tu dia aih tontang penyakit ulser mulut ni.
Yang pasti, tidak berjangkit.
Jadi, mano-mano awek yang mahu bagi ese french-kiss,
jangan takut-takut yo.
Twink.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails